Takkan Gembira kalau Asyik Fikir Orang

Khamis, November 20, 2014

Tengah hari tadi sempat main 'pin-mengepin' dekat Pinterest. Jumpa poster ni.

Credit

Perhatikan nombor 1, 3, 6 dan 10. Memang kalau diikutkan, 'gembira' tu sangat subjektif. Yang penting, gembira tu sebenarnya datang dari dalam diri. Apa yang menggembirakan kita, mungkin tidak bagi orang. Perkara kecil yang boleh datangkan kegirangan pada orang lain, mungkin tidak cukup bagi kita. 

Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain

(1) Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tentang kita. Baik/buruk, betul/salah, kita tidak akan ubah persepsi mereka. Asyik layan 'apa orang kata' pun tidak menjamin yang kita akan jadi lebih baik.

(3) Jangan sama sekali bandingkan permulaan kisah kita dengan pertengahan kisah orang lain (Erk,..macam direct translation pulak!) Dah nama pun 'permulaan'. Manakan sama dengan pertengahan cerita. Kalau nak bandingkan juga, carilah perbandingan yang setara ;)

(6) As I mentioned earlier, kebahagian kita tak terletak dalam tangan orang!

(10) Belajar jadi diri sendiri. Letih sebenarnya kalau kita cuba nak jadi orang lain ;)


Tak ada sebab untuk tak gembira!


42 ulasan

  1. betul tu kak..kalau asyik pikir cakap2 orang lain, makan diri juga..diri sendiri yang merana..

    BalasPadam
  2. In addition, jangan asyik pasang muka ketat. Orang pun takut nak tegur. :) Nice sharing sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi pasang muka ketat sekejap....ok dah! Balik muka asal :)

      Padam
  3. setuju sangat ni kak Farrah!kadang-kadang kita asyik risau pandangan orang, hakikatnya orang pun tak ada masa nak ambil tahu hal kita.hehe.tapi saya selalu amalkan prinsip ni, kalau kita belajar bersyukur, kita akan happy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sal. Once kita hargai apa yang kita ada, kita akan gembira :)

      Padam
  4. sha antara orang yang tak yakin diri, dan jugak sangat sakit hati dengan kerjaya orang lain sebab sha tak mampu nak dapat semua tu... (sebab dari kecik my mom's very protocol sebab Sha sakit)... so Sha kurang matang etc...

    tapi dah start motivate, orang lain boleh, why not me?? kannnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sha. Kalau orang lain boleh, kita pun boleh. Cuma kita kena belajar achieve sesuatu guna cara kita,..kepakaran kita...

      Padam
  5. Berhenti fikir tentang orang lain!
    Yess, thanks k.Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lately asik fikirkan orang yang sakitkan hati saya (patient).
      What a waste, kan k.Farrah?
      Spoil je!

      Padam
    2. Tak pe, Shikin. Balik rumah tengok muka heroi-hero, makan masakan mak,...sure happy balik!
      Memang tak berbaloi kalau biar orang rosakkan mood kita,..tapi kadang2 perangai yang kita jumpa tu pun menduga sangat!

      Padam
  6. saya mcm kak ayunie.. sibuk fikirkan orang lain. berubah boleh (*bermotivasi) lepas tu down balik.. kita takut pandangan orang lain pd kita..walaupun sebenarnya kebahagian kita terletak pd diri kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak buat macam mana,..kita memang hidup dalam masyarakat yg bersikap judgemental so kita sendiri akan fikirkan tanggapan orang lain pada kita.
      Akak selalu pesan pada diri, jangan hiraukan pandangan orang,..fikirkan pandangan Allah :)

      Padam
  7. Betul tu kak. Masa saya join kursus integriti pun penceramah cakapa benda yang sama. Percaya pada diri.
    Dan apa yang diperkatakan oleh penceramah tersebut sebenarnya telah di buktikan zaman terdahulu sebelum kita ketika kerajaan Monggol yang ketika itu dipimpin oleh Hulagu Khan. Dia seorang yang sangat percaya pada kebolehan dirinya. dan membawa kepada kemenangan kerajan monggol menakluk banyak negara ketika itu yang diperintah oleh kerajaan abasiyah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KIta ada sejarah untuk bimbing kita,...utk kita jadikan contoh,.. tapi biasalah kadang2 rasa tak percaya pada kebolehan diri sendiri tu lebih mendominasi,...

      Padam
  8. Nice sharing...suka sangat yang ni...
    memang betul...kebahagiaan kita bukan terletak pada orang lain...
    pedulikan apa orang kata...
    Buat perkara yang anda suka :)

    BalasPadam
  9. gembira untuk diri sendiri dan gembira kan Allah itu lebih baik sebab Allah terima kita apa adanya.
    manusia ni kalau kita nak gembira pun kadang dia tak suka :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul! Padahal kita yang pilih utk nak gembira,...datanglak penyakit hati dia kan,...

      Padam
  10. wah sangat stuju. jgn samakn cerita idup kite dgn novel . ekkk. heee ~_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Novel? Jangan sama sekali! Kisah novel adalah kelangsungan cerita kita yang tidak ada dalam realiti :)

      Padam
  11. 1 tu saya memang suka. sebab itu memang habit saya. x peduli apa orang fikir. tapi kalau benda tu melibatkan someone yang saya sayang, a bit terasa kalau diorang x percayakan saya. hmm..

    2 dengan 3 masih mencuba... kadang2 terasa down...

    10 is me! weirdo :D

    BalasPadam
  12. diri sendiri kena wajib happy dlu..!!
    kitaaa enjoy.

    BalasPadam
  13. Ayu ade akaun pinterest ni... tp siyes xpandai nk gune akaun tu.. ade pin kak farrah jugak.. tp akaun ayu kosong.. ahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh takpa. Nanti rajin2 explore lah pinterest tu. Banyak idea boleh dapat kat situ :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.