Khamis, Disember 25, 2014

Sangria,..the HALAL version ;)

Sangria ni sebenarnya sejenis minuman yang berasal dari Spain. Lebih kurang macam air punch beralkohol dengan potongan pelbagai jenis buah di dalamnya. So, kita akan dapat nikmati rasa buah-buah yang dimasukkan ke dalam sangria. Sambil minum sambil makan buah. Ala ala infused water lah cuma sangria lebih berperasa.

Version dari dapur FAMF Tower version yang dah kena modified. Saya gunakan teh dan madu, then masukkan hirisan epal merah, lemon dan halia. Kebetulan badan rasa bloated. Burpp burppp je. Selalunya saya akan buat Teh Halia dan Lemon. Kali ni nak ubah selera,...nak something refreshing to quench my thirst as well ;)

Sangria Epal, Lemon & Halia

Mula-mula, rendam teh dan hirisan halia dalam air panas. Biarkan hingga teh kembang dan rasa halia keluar meresap ke dalam air. Then, masukkan beberapa sudu madu dan kacau hingga sebati. Potong buah-buah yang ada, masukkan ke dalam air teh. Tambah air sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Boleh pelbagaikan resepi ikut citarasa sendiri. Tak mahu guna teh, boleh guna jus atau sirap (cuma kena pandai agak-agak manisnya), masukkan buah-buhan dalam tin ke,...masukkan nata de coco ke...terpulang. Cuma, potongan buah tu biarlah nipis-nipis atau didadu kecil. Especially kalau nak beri anak-anak minum. Bimbang nanti ada yang tercekik buah pula.


41 ulasan:

  1. memang bagus kalau minum air ni. hilang segala angin. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat masa tengah angin. nyah lah kau segala angin. hahaha

      Padam
  2. rasa-rasa leh keluarkan angin di badan x kalau minum air nih. sebab der halia. ngeh2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh, eyja :)
      Tapi akak tak letak banyak sangatlah. Just nice...

      Padam
  3. halia tu sedap ke buat air kak farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapppp. Tapi bagi yang tak suka/tak tahan makan halia memang tak digalakkan lah :)

      Padam
  4. heheh senang citer campak aje apa adenya dalam dapur tu.. teh haliaaa sedap and yes.. lepas tu burping aje kejenye hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Apa ada dalam dapur je....campur-campur pun sodap!
      Yess...akak memang suka teh halia ;)

      Padam
  5. halia blh buang angin dalam badann , emm dapnyaaa air tuuuuu . hehe

    BalasPadam
  6. Sambil minum sambil makan buah tu sama tak dengan sambil menyelam minum air?
    *Abislah soklan cari pasal... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah bolehla kira macam tu. Bijak, SS! Bijak peribahasa ;)

      Padam
  7. Good luck..^^ jom join my 1st GA..

    BalasPadam
  8. Eh..td komen tuk entry GA..tp xtaw plak tmsok kt entry ni..huhu.. Xberkaitan lgsung komen nyer..sori2.. Minuman mcm tok detox jer..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak pe, Yana. Insya Allah ada kesempatan akak join ye :)

      Padam
  9. saya asyik masuk angin je perust sebab jarang sarapan... lepas ni kena beli halia dengan teh banyak2 la.. hehehe... madu pun dah ada. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aipppp, jangan biasakan skip breakfast. Sarapan pagi tu meal paling penting. Merajuk peyot tu nanti baru tau :)

      Padam
  10. ooo itk buang angin ka.. dok taw.. setakat minum air halia ja.. nie siap letak buah lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak delah strong sangat rasa halia tu sebab ada buah2 lain :)

      Padam
  11. ooo itk buang angin ka.. dok taw.. setakat minum air halia ja.. nie siap letak buah lagi...

    BalasPadam
  12. Resipi sendiri ke k.Farrah?
    Boleh jadi chef macam 5rencah 5rasa tu lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ni namanya resepi campak2 apa yang ada kat dapur :)

      Padam
  13. Macam sedap je..boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  14. Memang best kalau angin keluar.. rasa badan lebih ringan. Slalu letak lemon je. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kan...lega kalau angin dah keluar. Kalau tidak ketat je kepala...

      Padam
  15. dah terbayang2 rasanya nii.. fuhhhhh..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh diplebagaikan ikut taste kita Cik Nadyya :)

      Padam
  16. Halia..?? kentut je lah keje nye kan... hehe... macam cocktail pun hado jugak...

    BalasPadam
  17. sangria baru tahu.., hehehe.. mcm koktail cuma perisa manis ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 and sangria yang kita buat tak de wine/brandy :)

      Padam
  18. bagus minuman ni..boleh keluarkan angin dalam badan..

    BalasPadam
  19. dah lame x buat teh halia nie.. xberapa suka la halia.. tapi bila minum rase nak sendawa je..hahah...

    BalasPadam
  20. Terbayang peel fresh perisa epal :)

    Kalo minum sejuk mesti sedap kan kak. Pastu time tu cuaca tgh panas. Angin sepoi2 bahasa ^^

    BalasPadam
  21. Oooo air halia tu... ayu penah minum teh halia kak... xboleh pergi laaa

    BalasPadam
  22. menarik ni. boleh pelbagaikan lah ek akak air dia..

    BalasPadam
  23. senang jer cara nk buat dia, rupanya...nnt nk try!! excited dah ni :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.