Selasa, Disember 09, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 2 - Hias)

Assalamu'alaikum. Hari ini kita nak sambung hias Trifold Shutter Card kita. Last week dah buat base (sila baca di sini), jadi sekarang ni kita nak decorate. Seperti yang saya nyatakan sebelum ni, pemilihan kad yang bercorak untuk base card lebih memudahkan kerja kita. Kalau tak nak hias sangat pun tak mengapa. 

Baiklah, untul kad ini, saya memilih tema pink, stripes & Japan. Beri sentuhan ala-ala Jepun sedikit. Once dah decide on tema tertentu, carilah kertas bercorak/berwarna yang dirasakan sesuai dengan tema yang kita pilih.

Base card & kertas-kertas untuk hiasan.

Saya pilih designed/patterned papers dari tona warna yang sama; kertas dengan design belang-belang dan satu kertas dengan corak payung orang Jepun. Yang bulat-bulat tu pula, embellishments 3D seakan-akan bentuk tanglung. Oh, kita juga akan guna sedikit crafts diamentes. Sila rujuk di sini.




Tampal panel/tetingkap kad dengan kertas yang telah dipilih.
Proses menghias bermula. Gunakan glue tape atau glue stick untuk tampalkan kertas pada setiap panel. Saya mulakan dengan panel-panel di bahagian tengah. Ruang tengah ni untuk kita tulis ucapan/wish buat penerima kad.


Lengkapkan bahagian panel/tetingkap yang kecil pula.

Tampalkan kertas pada empat panel kecil di bahagian tepi kad. Saya lekatkan crafts diamentes pada tengah-tengah payung. Bagi bling-bling sikit :)


Final touch-up!

Seterusnya, saya:
  1. Tulis sentiment/ucapan pada bahagian panel yang kosong. 
  2. Siapkan muka hadapan. Tambah satu kertas kecil dengan gambar payung Jepun. Diamentes di bahagian dalam ditukar letak kat luar pula.
  3. Tampal 'Made with Love' (guna rubber stamp) - guna dimentional sticker supaya bahagian tu 'terapung' sedikit.
  4. Tambah nama penerima kad guna Alphabet Embellishments & Font Stickers.

DAH SIAP!


Ehem,..ehem! Tuan punya nama yang tertera kat atas tu, sila email akak alamat surat-menyurat ye ;) I want to surprise you tapi tak ada address! So, kita tukar...kasik kejutan cara lain dekat sini hehehe.



41 ulasan:

  1. Serius cantik. Kena banyak sabar mahu buat ini kad. Hehe.

    Saya baru tahu ada tema jepun mcm akak sebut tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, itu tema ikut kepala sendiri, Budak. Kan base card tu dah belang-belang. Bagilah feeling-feeling Jepun sikit dengan pinky-pinky merah & payung. Mood sakura gitu :)

      Padam
  2. ohh, begitu rupanyaa. paham lah saya mcm ni. hehe

    BalasPadam
  3. sangat complicated tapi hasil superb!
    ehh name kite (perasan jap.haha)
    okay, tahniah kepada org yg di suprise kan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, perasan lama pun OK je...bukan kena bayar :)

      Padam
  4. CT combination colour ni oohmai..
    trend kan skarang nak pastel pastel heheh

    ps : bday CT may okay :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ada setengah tahun nak pikir,..tapi kena ada s/th related to Hello Kitty :)

      Padam
    2. yes..!!! yes..!! hello kitty *flyingkiss* my forever fev cat ( but recently CT bace yang hello kitty is not a cat..) wuuuut..??

      Padam
  5. untunglah siapa dapat kad ni lebih cantik dari beli di kedai :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheeh mana nak sama dengan kad cantik2 kat kedai tu, kak. But one thing for sure, lebih jimat & lebih personal buat sendiri :)

      Padam
  6. Menarik, thanks untuk perkongsian tutorial nih.. ntah bila nak mengkreatifkan diri macam dulu2.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, eyda. Sambil-sambil. Kumpul balik barang2 sikit demi sikit. Ada masa terluang boleh cuba buat.

      Padam
  7. oh, nama saya ya.. hadiah?
    baiklah kak,akan diemail ya.. :)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. chan tu apa...arigato tu terima kasih...

      Padam
    2. Chan tu cara kita address orang dengan sapaan mesra. Ala-ala 'dear/dearie' :)

      Padam
  9. Cantiknya..cantiknya :) Kena teliti nak buat kad ni kan? hehe..Cik Mimie tak kreatif..hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Mimie jangan cakap macam tuh,..belum cuba belum tahu ;)

      Padam
  10. Comel nyerr... nampak macam mudah... tapi rasa2 susah kot... kekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, sis. Insya Allah tak susah mana. Kena hati-hati bab ukuran tu je :)

      Padam
  11. guna glue stick rupaanya...perkongsian yang baik kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul aRz, guna glue stick atau glue tape. Kemas sikit kerja kita, tak comot/basah kalau terlebih gam.

      Padam
  12. teruja wana tengok hasil yang dah siap tu..canteekk sangat kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Wana. Nanti, Wana boleh cuba2 buat. Boleh buat tag/kad utk letak pada kek :)

      Padam
  13. alahai sis..cantik sangat ni!!tak sampai hati nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen acik buat saya gelak besar..tak sampai hati nak buat ye...

      Padam
  14. heshh cantik betol la kak farah buat. nape la nama kitew ni Ana bukan Nana hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah insya Allah, ada rezeki utk ana satu hari nanti :)

      Padam
  15. bestnya nana dapat! untunglah dia. xpe, saya pun dah dapat dari akak. hehehehehe... ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh nanti ada rezeki, dapatlah lagi...doakan moga umur akak panjang, sihat...leh buat kad utk Amy :)

      Padam
  16. wahh cantik.. suka colour dia tu :)

    BalasPadam
  17. creative nya lah Farrah =D ... suka !!! cantik !!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.