Gift Ideas - What I Like About You

Ahad, Mac 22, 2015

Salam Ahad! Hari ini saya nak kongsikan satu idea menarik untuk DIY Gift - What I Like About You Notes

Ingat lagi tak sambutan hari lahir Cekengah yang bertemakan media sosial pada awal Mac? (Baca mengenainya di sini.) Salah satu gift yang saya sediakan untuk Cekengah ialah Her33Likes. Mengangkat tema Facebook, di dalam kotak ini mengandungi 33 catatan 'Like' daripada ahli keluarga dan kawan-kawan Cekengah memberitahu apa yang mereka suka tentang Cekengah@Rena @Koyeen@Ida@Cikibam. Minah ni banyak nama timangan! Mengapa 33? Heheheh sebab tahun ini umurnya cecah 33 tahun! (It's a kind of a gentle reminder to you, sis! Umur dah banyak!)

Cekengah's 33 Likes

Bagaimana nak buat 'What I Like About You'? Mudah sahaja.

Apa yang kita perlukan:
  • Beberapa keping kad putih/kertas tebal
  • 1 kotak kosong 'name card' (Boleh guna kotak lain yang bersesuaian.)
  • Gambar 'Like' dan logo Facebook (Boleh search di internet.)
  • Program untuk editing seperti Photoshop
  • Mesin Pencetak
  • Pemotong Kertas (paper cutter)

Setelah berjaya kumpul catatan-catatan 'Like', bolehlah kita mulakan kerja editing. Tampal gambar Facebook Like dan personalise nama untuk setiap kad. Adjust warna font tu supaya sama dengan colour Facebook.

Proses Editing

Selesai edit 'Likes', buat pula bahagian hadapan (Lihat gambar yang pertama tadi ye). Letak logo Facebook, dan tulislah tajuk yang sesuai. Saya tambah sekali 'butang' Like, Comment dan Share. Then, kita cetak atas kad putih. Setelah itu, potonglah mengikut saiz name card menggunakan pemotong kertas (paper cutter). Susun dan masukkan dalam kotak.

Dah siap!

Gift ni bersifat personal dan ada sentimental value. Sudah tentu si penerima akan gembira dan berbesar hati sebab dapat titipan istimewa daripada insan-insan tersayang dalam hidupnya :)


Tips Penting & Saranan:
  1. Jangan terikat dengan tema yang saya pilih. Tidak semestinya Facebook Likes. Kalian boleh buat tema, bentuk dan saiz kad yang berbeza. Ikut kreativiti, ikut kemampuan dan bahan yang ada.
  2. Rancang lebih awal. Kalian perlu ruang masa untuk hubungi rakan-rakan dan menunggu respons mereka. Oh, jangan lupa pesan pada mereka untuk simpan rahsia agar rancangan istimewa anda ini tidak sampai ke pengetahuan tuan empunya diri ;)
  3. Tiada kotak yang sesuai untuk isi kad? Gunakan penebuk kertas untuk buat lubang pada kad dan satukan kad-kad dengan kemasan ikatan reben.
  4. Tiada komputer? Tiada Photoshop? Tiada printer? Tak jadi masalah. Kita boleh buat buku skrap mini. Minta keluarga dan teman guna handwriting untuk tulis dan hias kad tersebut. Kemudian, kita compile.

Selamat Mencuba!


35 ulasan

  1. Kalu SS dapat likes tu... Tah apa laaa orang akan tulis pasal SS tu... Ha Ha Ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM likes Kak Nam (SS)...beliau seorang yang kelakar, sporting, baik hati, pemurah, periang, perihatin, pemberi semangat..i love u Kak Nam!

      Padam
    2. Bestnya kalau saya pun dapat camtu..

      Padam
    3. wahh kak JM punya ucapan buat SS..

      Padam
    4. SS senget..tapi baik hati, pemurh, suka bagi org gelak dan paling penting pantai mengarah 'DRAMA'.. haha..

      Padam
    5. mesti laa tulis yg baik2...insyaAllah...hihihi

      Padam
    6. Apa kena mengena pantai pulak ni QA? Pantai mana?

      Padam
    7. Hahahah nampak tak SS? Rasanya kalau kita buat LIKES untuk SS kena jilid tebal. Tak leh pakai standard name card ni.

      Padam
    8. maunya 1 kontena ucapan untuk SS..

      Padam
    9. @Shikin - nak jugak ke? Kita kumpul likes utk birthday Shikin tahun depan ye.

      Padam
    10. @izzeyda - betul tu, eyda. SS berdoyon peminat,..stalker...paparazi pun berkenan kat dia :)

      Padam
    11. Manaaaaa? Manaaaaa? Manaaaa likes utk SS? Ha Ha Ha...

      Padam
    12. SS tunggu kontena ZF hantarkan nanti.. kan ZF ada kontena.. hehehe..

      Padam
  2. wahhh.. kreatiffff.. tp nadya xrajin n xde masa. wuuu T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, Nadya. Nanti bila ada masa terluang, boleh buat untuk si dia yang dirindu :)

      Padam
  3. boleh lawan bos ni , kreatif sangat..hehehheheehehe.... ^^

    BalasPadam
  4. Cekngah x baca ke blog akak... hihihihi...beza 3 tahun umr ekin dgn cekngah.. tapi org kata muda lagi

    BalasPadam
  5. menarik untuk dicuba.. thanks kak Farrah mencetuskan idea sebegini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, eyda. Boleh juga buat bookmark, guna theme ni dan beri pada guru anak2 sempena Teacher's Day :)

      Padam
    2. thanks kak Farrah.. nanti boleh bagi idea kat anak2 untuk hari guru nanti.. mesti diaorang suka..

      Padam
  6. TQ. selalu kita membazir je. antara nak buat dengan tak nak buat je

    BalasPadam
  7. saya like kak Farrah MF sebab dia kreatif, peramah, pandai masak dan selalu komen blog saya.. ngeh ngeh ;)

    BalasPadam
  8. Kreatifnya! Saya tak pernah pula fikir nak buat benda macam ni.

    BalasPadam
  9. banyak betul idea farra yang luar biasa

    BalasPadam
  10. idea yang sangat bernas dan sangat2 kreatif..

    BalasPadam
  11. alamakkkk...bday dia da lps...kalu x da lama sy buat cm ni...x pe x pe...thn dpn bleh buat ;-)

    BalasPadam
  12. hehehe Momoe is one of my nicknames.. dapat dari kawan sma2 kaki shopping
    sebab kami suka beli beg kat kedai Momoe ehehe.. aigooo..

    BalasPadam
  13. this idea is good.. aduhai siapalah nk tlg buat kat kiteee..
    okay.. muka hello kitty pun okay.. =P laalallala..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.