Resepi Mudah - Kerabu Jambu Batu

Khamis, Mac 26, 2015

Saya suka makan buah jambu batu. Kaya dengan serat, buah ini juga jatuh kategori rendah indeks glasemik. Jadi, apabila makan ikut portion yang betul, kandungan gula dalam darah tidak akan spike dan kita akan lambat rasa lapar.


Sebut tentang jambu batu, siapa pernah makan kerabu jambu batu? Jom cuba resepi mudah ni. Senang sahaja untuk membuatnya. Sedap ke tidak? Dap dap dap!

Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji jambu batu (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili padi (hiris)
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 3 - 4 sudu besar kerisik kering/kelapa goreng
  • garam dan gula secukup rasa
  • perahan jus air limau nipis secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan.
  2. Satukan dengan bahan-bahan lain. Masukkan air limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!


38 ulasan

  1. Wahhh jambu batu leh wat kerabu ke...adess
    Belacan tu alahan la jwbnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak yah laa letak belacan Ekin.. cuma rasanya jadi kureng skit..

      Padam
    2. yang tak boleh buat kerabu cuma batu aje... he he he...

      Padam
    3. Kak eyda ok2... nak cari jambu batu la lps ni...

      Padam
    4. Betul cakap eyda tu, ekin. Tak yah letak belacan pun sedap je. Akak ni pun allergic belacan, cuma bila buat kerabu ni saja gatal letak sikit :)

      Padam
    5. Statement kerabu SS kelakau la :)

      Padam
    6. Ok kak farah hihihi... x cubaxtaw kan...kena cuba la

      Padam
  2. 1st time dengar kerabu jambu batu.. selalu buat makan saja atau cicah ngan garam belacan jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe akak memang asingkan siap2 sebiji utk dibuat kerabu, eyda. Kalau tidak memang tak sempatlah :)

      Padam
  3. selalu jambu wat cicah..hurm sedaaapppp..
    selain pelam(mangga), jambu batu pun boleh wat kerabu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jambu tu nak diparut memanjang macam buah mangga pun sedapppp :)

      Padam
  4. sedapnyee... tertelaN liur tengok gambar T__T

    BalasPadam
  5. Aikkk.. Semalam khamis... Patutnya Kekhamis Jambu Batu.. Kalu tak abis... Simpan sampai jumaat... Jadi Kejumaat Jambu Batu.... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis laa semua Ke dah keluar..

      Padam
    2. Saya balas komen hari Isnin, SS. So, kesnin jambu batu lah ye...

      Padam
  6. Balasan
    1. Eh, baik-baik, Nies! Jatuh air liur kena baju kang! :)

      Padam
  7. nangis laaaa mangga asam boi lepas ni ada saingan ahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha mangga asam boi tetap jadi pojaan ramai.

      Padam
  8. wana tak penah try makan kerabu jambu batu..sesuatu yang jaragn dibuat dan sangat2 menarik ni kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi best kalau sebelum makan tu kita sejukkan dulu, Wana :)

      Padam
  9. farra buat frozen,pack mai kat khaty ckit..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kick, Khaty. Meh datang sini, saya jamu :)

      Padam
  10. Terliur tgk..tapi Cik Mimie alah dengan belacan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah letak belacan pun tak pe, Cik Mimie. Tetap sedappppp!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.