Khamis, Mei 21, 2015

Saya Cukup Tidak Suka

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


63 ulasan:

  1. Balasan
    1. Biasalah, Zarul. Hidup ni kadang2 kita tak kacau orang, orang kacau kita ;)

      Padam
    2. sapa berani kacau Kak Farah ni.. habaq mai saya....

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul kata ZF banyak kan bersabar kebenanran akan muncul jua

      Padam
    2. Insya Allah, the truth will prevails,..it's just a matter of time.

      Padam
  3. kata2 tu sama terjadi dalam kehidupan wana..kadang2 sampai stress, tertekan akibat banyak berfikir apa yang 'dia' buat pada wana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkan, Wana. Akak cuba untuk tak fikir tapi kadang2 ganggu fikiran jugak!

      Padam
    2. betul, kekadang kita nak buat macam benda tuh tak jadi.. tapi adakalanya ianya tetap mengganggu fikiran kita..

      Padam
    3. Yes, bab mengganggu fikiran tu yang tak best :)

      Padam
  4. nasib baik ada ayat yg last tu...mula2 risau gak...rasanya bukan tujukan tuk sis JM kan kan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ayat akhir tu perlu. Nanti tak pasal2 saya hurt insan2 yang tak sepatutnya ;)

      Padam
  5. Kenapa ni kak farah.
    Lama saya tak singgah sini. Maafkan saya wahai kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala aRz, tak perlu minta maaf. Dah sudi datang ni pun akak dah happy :)

      Padam
  6. ishh...x perlu tolong orang mcm tu..menyakitkan hati je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sakit hati sis bila fikirkan. Tapi rezeki saya lah nak hadap semua ni :)

      Padam
  7. haap2 lah orang tu orang tu baca entri ni kan..ke dia mgmg x baca blog nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi entahlah...mana tau ada stalker tak diundang :)

      Padam
  8. Bila ada yg dengki pada kita itu tanda kehidupan kita lebih baik dari mereka..
    membujuk diri sendiri kalau ada yg wat onar kat I..
    Stay strong Kak Farrah yg comel.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan,...orang2 begini memang kita tak perlu layan.
      Aiseyyy, bab Syida memujuk akak ni yang best ni! Akak kan leh perasan comel dgn Syida je.... :)

      Padam
    2. tak perlu tunggu org puji kita cantik ke, comel ke.. kita puji aja diri sendiri.. tapi tak perlu nak uar-uarkan kat luar, nanti ada yg mengutuk lagi.. :D hahahaha...
      Kita je tahu kita comel.. HAHAHAHAHAAAAA

      Padam
    3. Hahahaha untuk kita-kita aja :)

      Padam
  9. sabar banyak2 kak Farrah.. Eyda paham sangat bila kita berada dalam keadaan tersebut.. biar jelah, asalkan Allah mengetahui akan diri kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Eyda. Itulah bila difikir-fikirkan, biarlah orang nak kata apa. Yang penting kita di mata Allah. Yang penting insan penting dalam hidup kita tahu & kenal siapa kita :)

      Padam
    2. yup, betul tuh kak Farrah..

      Padam
  10. alahai.. kesian nye kat farrah. pasti farrah tengah stress kan sekarang... sabar ye kak. meh luahkan kat saya. hehe (perasan nak jadi counselor.. hahaha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Last few weeks memang stress sikit. Lagi2 apabila orang keep on twist stories. Tapi alhamdulillah, sekarang dah OK. Buat apa yang nak risaukan pandangan orang. Intan offer nak jadi counselor? Bestnya! Terharulah. Thanks so much! Tapi tak leh kacau Intan, ada banyak journals nak baca,..ada thesis nak kena siapkan...

      Padam
  11. Ujian ALLAH :) Itu maknanya dia sayang dekat kita.. Yang penting ALLAH tahu siapa benar dan siapa salah :) Sabar ye Kak Farrah.. # Muahciked

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Cik Mimie. Nah, amik flying kiss ni :)

      Padam
  12. Pada akhirnya, kita dapat menilai siapa yg benar-benar ikhlas dengan kita dan siapa yg tidak. Pelajarannya memang pahit tapi pengajarannya berbaloi utk kita jadikan pedoman sepanjang hayat. Stay strong and be happy. Life must go on.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Gee. Betul, at the end of the day kita dapat pengajaran yang sangat berharga. Buat saya berfikir semula siapa yang worth it berada dalam hidup saya, siapa yang tidak :)

      Padam
  13. Yeszzerrr! SS pon cukup tak suka... Bengang'sss kannnnsss...

    BalasPadam
  14. Nasib baik coretan ni bukan utk blogger... Kalu x... SS dah lari bawah pokok pisang! Merajok! Kah kah kah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok pisang yang dinampaknya..haha

      Padam
    2. Hahaha ayat akhir tu macam disclaimer. Sebbaik SS tak lari majuk bawah pokok pisang. Susah nak panggil Sis JM untuk pujuk SS nanti. Tak pasal-pasal jadi Memori Daun Pisang lak! :)

      Padam
    3. senang je nk pujuk SS tu...kasi kiss je hiksss

      Padam
  15. Inilah masam masin hidup... Redhoooo always!

    BalasPadam
  16. kdg kita terfikir...besarkah dosa kita terhadap mereka sehgga sanggup diperlakukan sebegini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Anies. Buat kita fikir, teruk sangat ke layanan saya pada merea? Confused sendiri :)

      Padam
  17. Moga sentiasa dikurniakan kesabaran yang tinggi ya kak Farrah :)

    BalasPadam
  18. Bersabar ye Farah..cuak pulak bila baca ni tadi.. dah la baru berkenalan hhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi salam perkenalan buat Ibu Zarith. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Maaflah, kenal2 dah kena baca entri sentap jiwa saya :)

      Padam
  19. saya cukup tak suka bila orang terus suka-suka menuduh kita padahal dia xtau cerita sebenar. dia berpihak pada satu sisi sahaja. lepas tu buat onar, kata kita macam-macam. hmmm sabar la ye kak Farrah. itu je saya mampu bagi. saya doakan mereka semua menyesali tindakan macam tu. x baik aniaya orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Amy. Akak anggap itu bahagian akak je lah. Sometimes dalam life kita kena terima yang some people are broken and incorrigible :)

      Padam
    2. Masalahnya orang memang suka dengar satu pihak dan makin kusutkan keadaan. Akak anggap bahagian akak jelah, Amy. Dalam life ni some people are simply broken & incorrigible. Tak boleh ambil kira dah :)

      Padam
  20. biasa la sis, org kalau tak ada PHD mmang tenang hidup kita sis. nina pun ada hadap org2 mcm ni.
    buat tak peduli okay..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nina. Betul tu. Buat tak pedulilah jalan yg terbaik! :)

      Padam
  21. mane2 org pon akan mengalami masalah cmni kot kak farrah
    tak ape lah orang sekeliling ada boleh support akk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesssss betul tu. Ada gangguan & onar, ada juga sokongan :)

      Padam
  22. jarang Kak Farrah up entri beremosi macam ni.. mesti ur so down kan..
    chin up kak.. orang2 yg tak penting macam ni campak tepi je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much CT! Masa ni memang down sangat. Tapi sekarang dah OK :)
      Muahhhhhhhhhhh!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.