728 x 90

Isnin, 8 Jun 2015

Projek Buat Instant Shawl (Bahagian 2)

Entri susulan kepada Projek Buat Instant Shawl.
Alhamdulillah, percubaan pertama buat 'shawl segera' menjadi!!!

Setelah belek, belek dan belek lagi instant shawl yang saya beli, inilah lakaran kasar cara mudah untuk jahit shawl kita. Oh, maafkan lakaran tangan kejung saya! Bagi yang pertama kali cuba, disarankan untuk pakai shawl di atas kepala (jangan main redah jahit je!) dan pinkan. So, apabila shawl siap nanti akan mengikut kesesuaian wajah dan keselesaan kita.

'Orang malas' macam saya jahit di tempat-tempat tertentu je.


Ini pula rupanya setelah siap dijahit. Akan membentuk segi empat. Senang nak lipat atau sangkut pada hanger =)

Instant shawl dah sedia untuk disarung!



Tunggu apa lagi?
Time untuk melaramlah!












 Tattadaaaaaaa!

Kira jadilah ni kan?
Melaram jumpa si cilik je pun ;)

Senangkan? Haaa, siapa yang rajin tu bolehlah bukak mesin jahit dan terrrrrr...(kononnya bunyi mesin jahit!) sekarang. Tetapi ini untuk buat instant shawl yang simple ye. Yang ada dua muka, ropol,.. kelim,..kedut tu semua kena tanya pada yang pakar. Cari di youtube ke. Tak pun boleh tanya Intan a.k.a dorsett pink dan Dr. Shikin. Mereka berdua ni lebih dahulu buat instant shawl. Kan Intan kan? Kan Shikin kan?


50 ulasan:

  1. Waaa..sudah berjaya buat..thniah farrah..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Sis D. Shawl dalam gobok dah boleh diusahakan jadi instant. Kena tunggu angin rajin sampailah :)

      Padam
  2. Muka tak sesuai pakai shawl :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aihhh, akak tengok ok je,..actually klu ikut bentuk muka, akak pun tak sesuai rasanya hahaha

      Padam
    2. Bukan tak sesuai, cara pakai tu yg menentukan comel ke idak kat muka kita.. ;)

      Padam
    3. Hahahhaa. Ni pun memilih jenis apa yg pakai. Takleh betul pakai cotton. Nampak boollatt betul. haa

      Padam
    4. Huhuhu samalah kita. Akak kalau salah pakai, lagi boolat dari bola golf bentuknya!

      Padam
  3. yeah!! menjadi! seronoknya! kretif n rajin btol! bestnya homeade instant.. nk satu... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi tak rajin mana pun, fifie. Akak jahit lompat2 je tuh, janji tudung tu melekat & terletak. Nak satu? Kena tunggu akak jadi pengusaha instant shawl yg berjaya hahaha

      Padam
  4. Assalam Kak Farrah sayang..maaf lamanya wana x lepak tower akak..bz yang amat!! Serius rindu nak lepak lama2 kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Wana. Tak perlu minta maaf. Faham sangat komitmen Wana banyak. In Shaa Allah, lepas ni lagi busy. Sibuk buat kuih raya kan :)

      Padam
  5. Wah..akak dah makin upgrade dah ni..seni kraf dah lompat ke semi jahitan pula..hebat akak..salute!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah tidak..tidak..tak upgrade. Akak kan tak suka mesin jahit hehehe ini projek khas untuk buat instant shawl je :)

      Padam
  6. Wah menjadi jadi instant shawl la nk buat gak tapi xfhm la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang mana yang tak faham tu. Alah, lepas ni kita whatsapp k

      Padam
    2. wah..ajar dalam wassup gitu...hehehe

      Padam
    3. Ok kak Farah hihihi gigih nak hasilkan ni bnyk sangat shawl ni

      Padam
  7. kak farrah untuk ayu satuuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu xnak cuba buat ke? hehehe

      Padam
    2. Itulah. Akak pulak yang jadi segan rasa cam nak menyorok kat loteng! Ayu bukan mahir ke bab jahit menjahit ni ;)

      Padam
    3. tapi xpandai la bab2 shawl ni
      yang pling ayu xtau adalah memilih kain
      kalau masuk kedai2 kain tu mmg kuar tangan kosong je
      sbb xtau nak pilih mane
      hahahaha

      Padam
  8. Wah, berjaya sudah.. :) Best2!! xyah beli pin tudung dah..hehe jimat..ekekeke

    BalasPadam
  9. wah menjadi projek instant shawl Farrah..

    BalasPadam
  10. jimat ni, tak payah beli kat kedai.shawl yanh ada tu taklah membazir kan.

    BalasPadam
  11. perhhhh terror betul...

    fuh fuh fuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahakss...ni kenapa nak fuh jauh2 lak...

      Padam
  12. mampu tengok dan mampu beli jer lah... tak reti menjahit...hihihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nrul...ce korek sikit ilmu dari kak Farrah ko tu

      Padam
  13. shawl tu macam skirt kita la. hehehehehe...
    teringin nak menjahit tapi ermmm...

    BalasPadam
  14. Jahit lompat tu sebenarnya ok.. xdak la nmpk sangat macam tudung tu dijahit, gaya letak pin je tu.. ada ruang loose skit.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jahirt lompat? bila tukang jahit berbicara hihihi

      Padam
  15. Sekarang nini ptefer instant cotton sebab senang bentuk....hihi

    BalasPadam
  16. alhamdulillah :)
    beruntung nyer dpt jahit tudung sendiri...
    tahniah!

    BalasPadam
  17. model tu....model tu..mcm kenal je hiksss

    BalasPadam
  18. Farrah...sis JM ada terina hadiah instant shawl dari kawan blogger...sampai sekarang tersimpan baik...bila pakai x sesuai dgn bentuk muka

    BalasPadam
  19. sis JM lebih sesuai pakai shawl dan belit sendiri...x sampai 5 min dah siap...maybe sbb dah biasa :-)

    BalasPadam
  20. wah! tahniah ye! berjaya akhirnya
    suka tengok orang pakai shawl
    kalau saya tak cantik kalau pakai

    BalasPadam
  21. Kalu macam ini lah punya shawl... Mawar Fareeda bertingkat boleh tutup kedai! He He He...

    BalasPadam
  22. Model tu nape comel sangat... Nak ngorat boleh? He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak JM !! tengok ni tengok SS.. dia nak ngorat Kak Farrah =P

      Padam
  23. Siap akhirnya..
    Saya main bedal je jahit asal muat nak sarung kat muka.

    BalasPadam
  24. Kak Farrrrrah expose mukaaaa !!! Kak Farrah expose mukaaaaaaaaa hehehe..
    instant sngt senang kan.. sarung je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahah....satu dalam seribu entri

      Padam
  25. tahniah farra..kadang2 mencuba sesuatu yang baru mendatangkan kepuasan yang tidak terhingga..keep it up

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...