3 Cara Masak Adobo

Jumaat, Julai 31, 2015

Salam Jumaat! Pagi tadi,  intai search keywords blog ni. Phrase '3 cara memasak adobo' ni memancing perhatian. Mesti yang mencari merangka-rangka nak masak adobo kan...

Pagi 310715
Adobo ni merupakan hidangan popular dari Filipina. Bahan utama yang digunakan dalam adobo ialah cuka, kicap, bawang putih dan lada hitam. Keempat-empatnya dijadikan perapan untuk protein (daging atau ayam) yang kita nak masak. Buat adobo seafood pun boleh.

Berbalik kepada 3 cara masak adobo, saya pernah tonton salah satu rancangan realiti masakan Filipina. Para peserta diminta untuk menyediakan adobo dengan 3 cara:
  • Adobo ayam/daging atau khinzir
  • Adobo Makanan Laut (Seafood)
  • Adobo daging/ayam/seafood yang dimasak dengan santan

Saya pernah cuba dua yang pertama. 
Belum terlintas nak buat adobo santan lagi. Rasanya lebih kurang masak kicap tetapi ada masam-masam cuka. Nak sediakan pun mudah. Bahan-bahannya memang kita ada di rumah. Nak cuba buat adobo hujung minggu ni? Klik pada pautan di bawah.





31 ulasan

  1. ingatkan apalah adobo ni..hihihihihi... makanan rupanya..salam jumaat kak

    BalasPadam
  2. adobo??? baru dengar.. 1st time ni degar pasal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi adobo ni ala2 variasi masak kicap dgn cuka je Intan :)

      Padam
  3. Farrah...kite ade buat entry khas untuk Farrah..

    http://dorsettpink.blogspot.com/2015/07/tq-blogger-farrah-famf-tower.html

    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai,..apasal susah2. Tersipu shy2 cat saya kat sini. Nanti saya terjah ye. Thank youuuuuu!

      Padam
  4. first time dgr masakan ni..berasal dari Sepanyol kot..

    ramainya peminat lagu dahsyat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2. Term adobo tu yg dari Sepanyol,..tak silap saya. Tapi, dish chicken adobo ni significant dengan masyarakat pinoy.

      Padam
  5. ayam ni ekin tak Cuba buat lagi

    BalasPadam
  6. pes time dengor ni kakk. mcm senang jee

    BalasPadam
  7. hahahha festaim dlm hidup kita dgr perkataan adobo...uniknya! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah festaim merasa makan adobo pulak :)

      Padam
  8. First time baca and dengar... ^_^

    BalasPadam
  9. Baru tahu tentang adobo nie. Hehe...

    BalasPadam
  10. Tak pernah buat lagi. Rupanya ada banyak jenis adobo ni

    BalasPadam
  11. adobo? pertama kali dgr ni...nk try lah...

    BalasPadam
  12. rupanya ramai yg cari chord lagu

    BalasPadam
  13. Adobo? rasa mak mertua saya kat Sepanyol pernah masak ni...hahaha

    BalasPadam
  14. Adobo...boleh try nanti...baru lah boleh fefeling cam dekat filipino..haha

    BalasPadam
  15. first time dengar.. kalau Farrah tak agi tau memang tak tau ianya sejenis masakan..

    BalasPadam
  16. Adobo ni mskn org filipine kn, tau pun sbb tgk rancangan masakan.....

    BalasPadam
  17. adobo...igtkan dia nak taip adabi...sekali mmg betul ada masakan adobo....adehh....nmpak sgt xtau...haahaha

    BalasPadam
  18. Sampai skrg... SS confuse nak sebut menu ni...

    BalasPadam
  19. tapi pelik kan namanya kak farrah
    hehehhe
    ayu pon blm try lagi nie

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.