Biskut cornflakes ni biskut ketiga yang dibakar untuk Syawal. Sebelum ni dah buat Tat Nanas Cheddar (resepi di sini) dan biskut Oreo Chocolate Chips (resepi di sini).
Resepi yang saya nak kongsi ni sangat mudah! Tak guna telur pun.
Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy
Bahan-bahan:
- 250 gram mentega
- 1/2 cawan gula castor
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 200 gram cornflakes (ramas kasar)
- 100 gram sultana
- 1 sudu teh esen vanila
Langkah-langkah Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
- Masukkan cornflakes dan sultana. Gaul sehingga adunannya sekata.
- Bentuk-bentukkan adunan menjadi bebola kecil. Tekan sedikit untuk leperkan. Susun atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.
Saya buat dua style. Yang ini untuk dihidangkan kepada tetamu. Cekebon dah siap-siap masuk balang raya dah :) Bahagian biskut yang ada sultana tak nampak pulak.
Biskut Cornflakes Rangup |
Lebihan adunan saya letak dalam paper cups. Nak cepat bakar dan cepat siap!
Stok gatal gigi untuk kunyah depan TV ;) |
Dua-dua sedap dan rangup. Budak-budak mesti suka makan dan enjoy rasa lemak manis biskut ni.
Selamat Mencuba!
Psst! Kalau tak ada sultana/kismis, boleh juga guna kurma yang dicincang.
boleh Cuba utk tahun akn datang
BalasPadamala Kak Ekin.. cookies cornflakes ni mmg all year around boleh makan..
Padamlaju je ngap kan kan.. buat slalu pun xpe..
Betul tu CT. Tak yah tunggu tahun depan :)
Padamxdang buat hati nk balik Kelantan aritu tu hihihihi...
Padamyang ni yang kalo ada jumpa kat mana2 mmg rembat beli.. punya pemalas nak buat.. haha.. baik beli je la.. Kak Farrah rajin xpe.. yang ada kismis tu utk diri sendiri je =D
BalasPadamHihihi akak ni pun rajin bermusim, dik. Buat sendiri banyak sikit. Then leh agih2. CT suka yg ada kismis gak eh? Samalah kita!
Padamnampak sedap ni..pinjam resepi untuk raya haji nanti..raya puasa tak sempat dah
BalasPadammeh sebalang dua kak.. nak buat utk raya haji ? kat mana nak membaking tu Kak Sal ? ahahahaha...
Padampastu ada hati nak raya di prantauan ye wakakaka..
Sebab bajet nak raya di perantauan lah kena stok biskut cornflakes banyak2 :)
Padamkak ekin raya Kelantan tak ada rasa nak makan biskut raya hihihi jln2 rumah org minum air saja...
PadamCT balik bangi mid Oges.. agak2 rumah Kak Farrah pintu terbuka dak ?
BalasPadamnak lontong T.T xda sapa buat lontong untuk CT tahun ni sob sob.. semua lemang..
ceq dahla x makan lemang.
Sedihnya dia! Mid ogos rasanya ada...kalau tak de lontong, nanti nasi himpit agak magikkan jadi lontong ye :)
Padamsedap tu Farrah.. makan sambil layan TV, maunya nanti tinggal balang jelah..
BalasPadamBetul...biskut ni sesuai sangat untuk kunyah2 depan TV :)
Padambestnya.. kunyah2 sambil layan TV
BalasPadamterbaikkkkkk! jangan jatuh dagu udah le :)
Padambila ada peluang beraya di rumah dak Farrah ni..nk mkn biscuit cornflakes
BalasPadamBila nak beraya rumah kita nya, sis....sis dah terbang beraya ke Bangkok tuh!
PadamSedapnya :) suka conrflake ranggup2 ni :)
BalasPadamBiskut cornflakes memang dap dap dap kan!
PadamSaya lebih suk buat cornflakes madu ja
BalasPadamAkak tak merasa biskut cornflakes madu tahun ni :)
PadamWahh....biskut raya....boleh cuba buat ni utk raya haji nnti...terima kasih sis kongsi resepi ni..
BalasPadamBoleh cuba! Boleh cuba utk raya hati :)
Padamayu tak buat tapi ada budak opis bawak ni
BalasPadammmg sedap la rasa dia kak farrah
Memang sedap kan,..akak suka sangat biskut cornflakes!
Padamsultana tu kismis ke? kali pertama dengar,
BalasPadambookmark!
BalasPadam