Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.
Dah lama tertunda entri kraf kertas menggunakan halaman (muka surat buku-buku lama) ni. Hari ini kita belajar buat gift tag (tag untuk hadiah) yang dwifungsi. Maknanya selain daripada dijadikan tag hadiah, kita boleh guna sebagai penanda buku.
Material dan peralatan untuk hasilkan DIY gift tag seperti dalam gambar di bawah:
Keperluan asas yang diperlukan. |
- Kertas buku lama
- Kad daripada tona yang sama
- Paper cutter
- Corner rounder punch
- Decorative border punch
- Clear stamps/rubber stamps pilihan
- Ink pad
- Penebuk lubang kecil
- Glue tape
- Bakers Twine (Jika tiada, boleh guna sebarang benang/tali/reben)
- Hiasan kraf lain yang difikirkan sesuai seperti alphabets foam, fonts sticker dan adhesive craft diamentes.
Langkah-langkah:
1. Potong kertas buku lama dan kad mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan paper cutter.
2. Setelah itu, dengan menggunakan corner rounder punch, buat kemasan melengkung pada bahagian atas bucu kad. Seterusnya, gunakan border punch untuk buat corak menarik pada bahagian bawah kad.
Sudah dirapikan :) |
3. Selanjutnya, tampal kertas buku lama ke atas permukaan kad dengan glue tape. Pilih clear stamps atau rubber stamps yang sesuai. Capkan di atas kertas buku lama.
Saya suka menggunakan ink pad warna hitam. |
4. Tebuk lubang kecil, masukkan bakers twine dan simpul. At this point, tag hadiah penanda buku kita ni dah boleh dikira siap. Bahagian belakang biarkan kosong, nanti gunakan untuk tulis simple note/wish.
Boleh guna benang/reben/tali untuk gantikan bakers twine |
Jika ingin hasilkan gift tag yang lebih istimewa, bolehlah ditambah dengan hiasan yang kalian rasa sesuai. Ikut kreativiti masing-masing, guna apa yang ada :)
Hasil akhir. |
Selamat Mencuba!
Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
wahh creative!! syoknya ada cutter tu!
BalasPadamMemang seronok, Eny. Akak kalau boring2 buat border dekat kad.
PadamBoleh buat side income, tapi rajinnya tu kena lebih sikit hehehe
Padamohoooiii.. cantik... terpku bijik mata kat situ...
BalasPadamTerpaku bijik mata? Dah cabut balik? Hihihihi
PadamHye Kak Farrah.. Assalamualaikum.. Rindu Firah tak..? hik2
BalasPadamWsalam. Hi, Firah! Rindu? Tak,...tapi i missss u!
PadamKreatifnya Farrah- comel :)
BalasPadamBiasa-biasa aja, sis. Saja guna semula kertas2 lama :)
Padamcantik!!! :)
BalasPadamThanks, Gary :)
Padamwow cantik.. nampak exclusive.. Syida bagi 10 bintang... :-)
BalasPadamYeayyyyyy! Titew dapat 10 bintang! 10 bintang!
PadamKat sini macam susah sikit nak cari bahan-bahan amcam ni. Ke, saya yang tak tahu nak cari dekat mana T___T
BalasPadamTak pe. Mana tahu lepas ni jalan2 Farah terjumpa kat mana2. Tapi selalunya peralatan dan brg kraf a bit pricey, kena pandai2 cari :)
PadamBagus kraf ni....saya sebelum ni buang sahaja kertas2 yang dah tak pakai..
BalasPadamHaaa lepas ni Fida boleh cuba buat. Bahan2 semuanya senang nak cari :)
Padamawwww so cantik....... dulu Sha suka kraf ni.. lelama ai is malassss.... hahaha... tunggu ada rumah sendiri... nak follow tuto kat sini je,,
BalasPadamIt's ok, Sha. Kraf2 ni tak ada expiry date. Nanti bila dah dtg rajin, dah ada umah sendiri, bolehlah berkraf semula :)
Padamcomelnya penanda buku.. memang kreatif.. :)
BalasPadamAiza,..lamanya tak dgr khabar! Yg penting penanda buku ni kita guna semula bahan terbuang :)
Padamx pandai dan x rajin nk buat....nak dari Farrah boleh.....eheheh...x malu mintak
BalasPadamBoleehhhhhh. Tak de hal. Cuma kena tunggu saya ada masa utk buatkan sis set yg baru :)
Padamsalam singgah sini FM...comelnya.....
BalasPadamThanks so much sebab rajin singgah sini, Diana :)
Padamsuka sangat wana tengok hasil yang akhir tu..memang sangat cantik la kak..
BalasPadamWana pun bila free boleh cuba buat. Boleh buat promotion pakej kek + gift tag :)
Padamwana sentiasa kagum dengan hasil kerja tangan akak..semua mengagumkan!!! i likeeeee!!! ;D
BalasPadamThanks so much, Wana. Akak besar hati tau Wana suka :)
PadamSS nak buat kad besday... Cikgu bagi idea boleh?
BalasPadamBoleh. SS nak buat tema apa? Kad tu nak yg jenis simple ke complicated?
PadamSentiasa terbaek sis farah... hihi...
BalasPadamKak... yg tulisan blkng tu randomly selected kn?
Bukan sbb page tu ada unsur2 motivasi ke? Kan?
Main pakai je, Huda. Tak pilih2 pun. Tapi kena tengoklah buku apa yang kita nak pakai. Sambil buat tu kena baca2 gak la tulisan nya. Takut ada yang tak proper :)
PadamRajinnya! Kagum dengan Kak Farrah. Dah lah kreatif pulak tu! :D
BalasPadamTak delah kreatif mana, Dylla. Buat utk isi2 masa lapang, bolehlah :)
Padamwaaa.....gitu jer ehhhh...tgk mcm senang jer kannnn...hihihi
BalasPadamMemang senang je, Sis D. Nanti free2 boleh cuba buat :)
Padamwah cantik2... kreatif sungguh! mana nak cari border punch tu yea? selalu jumpa corner punch je...
BalasPadamBorder punch boleh cari di kedai buku Popular. Harganya pun reasonable :)
PadamAssalam..
BalasPadamComelnye...sangat kreatif kerjatangan farrah nie...suka tengok.
Thanks, nam. Nam pun boleh cuba buat. Senang je, asalkan barang2nya cukup :)
Padambest Nye tengok kerja-kerja kraf farrah
BalasPadamNanti FL dah besar sikit, kita buat sama2 ye :)
Padamnak sekeping?
BalasPadam(muka x malu)
;-)
Tunggu ye. Nanti saya buat banyak2. Bagi sorang satu :)
Padamcantik hasilnya walaupun simple.. suka punch yang Farrah gunakan.. cantik dan menarik..
BalasPadamAda punches ni, syok sikit buat kerja, Eyda :)
PadamKita jeles ni hihihi
BalasPadamApa nak jeles,..cubalah buat :)
PadamSyok la ada semua alat menjadi krafnyabkreatif sangat kak farah
BalasPadamBarang2 ni beli sikit2, Ekin. Dah kumpul semua baru leh buat macam2 :)
Padamcantiklah hasil dia
BalasPadamyang corak bunga tu memanga da cutter dia rupanya
saya baru tahu
Ye, YY. Ada banyak design. Kita pilihlah yang mana berkenan dan rasa2 kita boleh guna banyak kali utk byk projek :)
PadamHasil dia memang cantik!!! sukanya :)
BalasPadamMehla buat sekeping dua, Cik Mimie :)
Padam