Syukran Ya Ukhti Huda

Isnin, November 23, 2015

'Mengapa Saya Masih Memetik Gitar' merupakan karya Yusuf Islam yang diterjemahkan. Naskhah ini hadiah pemberian seorang adik blogger, Huda, pemilik blog Real Life is Real.

Selain daripada buku, saya juga dapat sekeping fridge magnet.
Istimewanya fridge magnet ni sebab ada terjemahan ayat 21, Surah Ar-Rum:

'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan - Nya telah diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir.'

Sweet and thoughtful note from Huda

Dear Huda,
I'm touched! Terharu  dan grateful terima kiriman ini. Terima kasih banyak-banyak wahai adinda. Sungguh amat beerti. Akak tak mampu nak membalasnya tetapi please remember that you are and will always be in my doa. Insya-Allah. Moga Allah mengurniakan kelapangan dalam setiap urusan dunia dan akhirat, memberkatimu dengan rezeki yang mencurah-curah dan melimpahi ruang hidupmu dengan sebaik-baik makna.

Tampal kat Bloggers' Board

Sesiapa yang belum kenal Huda, marilah jengah dia di Real Life is Real. Secara peribadi, saya suka entri-entrinya. Banyak yang mendidik jiwa, melunakkan hati :) Pergi dulu, baca beberapa entri dan kalian akan bersetuju dengan saya. Jika entri-entri di Blog Kanda SS saya bacakan kepada Cekebon saat Cekebon sunyi,..boring (lagi-lagi time hujan dan Cekebon tak dapat nak tengok Channel Oasis atau Al-Hijrah kegemarannya), entri-entri blog Huda saya pilih untuk diperdengarkan kepada Cekebon apabila Cekebon gusar hati, tengah down/sakit. Habis baca, akan ada senyum di wajah syurga saya,..dan saya tahu Cekebon dah OK :)

Again, thanks so much, Huda :)

Psstt! Nampak tak Mummy Julia dan hero-heronya ada kat board tu jugak? Tunggu next entry :)


82 ulasan

  1. tahu daaaaa sapa kasi ehehe.. Kak Huda hehe.. tahu je dia kan kan..

    BalasPadam
  2. adeh.. robot sana sini.. bencik tol..
    tapi apakan daya.. pejam matalah jugak.. kalo dak nanti tak bw pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar kak CT hehehe sama sama menentang si robot itu hahaha

      Padam
    2. Robot ni memang dah tak makan cakap langsung! :)

      Padam
    3. kak farrah tolong babab robot tuuuu pleasee..... :P

      Padam
    4. stress dek robot tu semua org. termasuk aida ni hah :(

      Padam
    5. Memang stress! Lagi2 klu dia tak puas hati dgn pilihan kita, kena buat lagi sekali :)

      Padam
  3. wah ,hai huda!
    heheh, uniknya FM tu ada ayat alquran lagi,
    sempat jenguk blog huda tadi pagi, nanti pergi lagi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah... Jarang jumpa... Menarik dan bermanfaat :)

      Padam
    2. Itulah, akak selalu jumpa diorang buat fridge magnet khat je. Buat ayat Quran/terjemahan lebih baik kan :)

      Padam
    3. Hi yang halus yang lembut... hihihi

      Padam
    4. pernah dapat FM tuh daripada Huda..

      Padam
    5. Tapi sweet pula Huda panggil begitu :)

      Padam
  4. Alhamdulillah, rezeki kak farah tahniah..")

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, murah rezeki kak Farrah. Tahniah ya :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Tahniah Kak Farrah... Bertambah dan terus bertambah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih KTC :)

      Padam
    2. hi kakak tiri cinderella.. awak nampak baik lah.. tak macam dalam buku :P

      Padam
    3. Eksyen jer tuu... Acah acah baik... Wakwakwak

      Padam
    4. Kakak tiri cinderella yang ini memang baik, Luna. Tak caya gi singgah blog dia :)

      Padam
  7. alhamdulillah....dpt kenalan mcm huda kan.....saling ingat mengingati...heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur,...gembira ada kenalan begini,..SIs D pun termasuk dalam kategori yang sama tau!

      Padam
  8. Salam singgah isnin Farah....Alhamdulillah dan tahniah Farah... hadiah yang penuh bermakna dari seorang sahabat alam maya..

    BalasPadam
  9. Tahniah3x, Dah habis baca ke belum tu....???

    BalasPadam
  10. ehhh awat kat FM tu mummy nampak lagi comey..hahahahaha :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... win lah mummy...

      Dlm fm ke luar fm ke maintain comel gitu

      Padam
    2. Tak payah nak malu2, mummy. Betullah kata Dak Huda tuh. Memang maintain comel :)

      Padam
  11. Thanks na sudi meriahkan blog mummy.. muahhsss tu je mummy mampu kasi sebagai tanda penghargaan..

    BalasPadam
  12. Mummy pun selalu ronda blog huda.. banyak info yang berguna untuk panduan bersama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Padahal budak huda tu pun tah apa2... tak terpandu... terbabas juga stering kadang2... huhu

      Padam
    2. Hi mummy... mcm polis peronda pulak... haha

      Padam
    3. hahahhahaha.. hamboiii huda wat lawak pulak dia.. babab kang!..kikiki

      Padam
    4. Adeh, polis peronda katanya. Orang serius, dia buat lawak pulak budak Huda ni :)

      Padam
  13. alhamdulillah farah, alangkah indah nya sahabat di alam maya ni kan walaupun trpaksa mengeluarkan kos membeli mengepos, ini lah sahabat nama nya kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kak Noor. Kos beli hadiah dan kos pos letak tepi,..yg penting ukhuwah yang terjalin :)

      Padam
  14. tahniah Farah dapat hadiah daripada Huda..

    BalasPadam
  15. Tahniah Kak..murah rezki akak.brtmbh koleksi dri blogger

    BalasPadam
  16. wahhh best tu dpt hadiah buku..sy pun suka kalu dpt hadiah cenggini ;-)

    BalasPadam
  17. dah abis baca ye.. boleh le pinjam kan farrah..kikiki :)

    BalasPadam
  18. masyaAllah. mesti terharu dpt hadiah bermakna dr rakan blogger kan

    BalasPadam
  19. deep betul ayat-ayat kat fridge magnet tu...

    BalasPadam
  20. Tahniah farrah dapat FM lagi.. Buku tu menarik tajuknya.. ;)

    BalasPadam
  21. Sis farah... errr aci tak sorokkan tulisan huda yg buruk tu... baik sikit je dari tulisan doktor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan senang tau nak dapat tulisan doktor.. insan terplih je tau..kikiki :P

      Padam
  22. Mujur masa espeyem dulu tulisan cantik xde markah

    BalasPadam
  23. Moga Allah mengurniakan kelapangan dalam setiap urusan dunia dan akhirat, memberkatimu dengan rezeki yang mencurah-curah dan melimpahi ruang hidupmu dengan sebaik-baik makna.... Allahumma aameen...

    Jazakillah khayr atas doa...

    Doa kn slalu ... i need everyone doa ... :-)

    BalasPadam
  24. Semoga ukhuwah antara korang berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. aaminnn :)

    BalasPadam
  25. wow. indahnya hadiah.
    alhamdulillah... tahniah ekk farah :)

    BalasPadam
  26. Tahniahh boleh buat koleksi hadiah dari bloggeerr hihi

    BalasPadam
  27. semoga selamat membaca akak.. bestkan kalau ada blogger baik hati mcm ni.

    BalasPadam
  28. wah...menariknya pemberian dia
    tahniah ye kak farrah
    ni yang best dalam dunia blogger ni kan

    BalasPadam
  29. Balasan
    1. Cik Manisah Lesing memang baik hati... Dan pemurah.... Semoga Allah murahkan rezeki!!!

      Padam
  30. Nama Kanda SS dipetik dalam entry ini... Patut SS batuk2 aje... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batuk2? Baik2, Kanda. Terkeluar anak tekak tu nanti,..

      Padam
  31. Cikgu Ceketed mute tak ayat2 SS yg kadang kala macam jamban pecah tu untuk telinga Cekebon? Adusss... Ha Ha Ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah tak mute langsung! Itu yang cekebon suka. Kadang2 dia gelak sampai keluar air mata! Then, siap tanya nak confirm kan,..."Dia tulis macam tuh?!"

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.