Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Selasa, Disember 22, 2015

Assalamu'alaikum,
Belakangan  ini, saya asyik buat entri mengenai makanan je. Hari ini nak 'berbagi' resepi salah satu kuih kegemaran saya, kuih sagu berkuah. Selalu buat sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut selepas meal. Nak menyediakannya pun mudah!

Beginilah rupanya :)


Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Bahan-bahan:
  • 1 cawan sagu
  • 2 cawan air (untuk tanak sagu) + secukupnya untuk kuah santan
  • 1 kotak santan
  • Gula kabung atau gula melaka secukupnya
  • secubit garam
  • sedikit pewarna
  • 1 helai daun pandan

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Rendam dahulu sagu selama lebih kurang 20 minit. Ini untuk memudahkan proses sagu tu mengembang apabila dimasak. Tidaklah memakan masa sangat. Setelah direndam, buang airnya dan tuskan.
  2. Masukkan dua cawan air ke dalam periuk. Didihkan. Kemudian, masukkan sagu dan sekali sekala kacau sehinggalah sagu bertukar menjadi jernih. (Sila abaikan sagu saya yang masih ada lagi tak betul-betul kembang. Ni kes tak sabar nak cepat sangat siap!)
  3. Setelah sagu jernih, kembang dan mengental. Masukkan beberapa titis pewarna. Saya guna pewarna kuning. Kacau rata hingga semuanya tergaul sebati. 
  4. Pindahkan sagu ke dalam loyang/mangkuk hidangan. Rata dan mampat-mampatkan. Biarkan sejuk.
  5. Sementara itu, panaskan santan dengan sedikit air (lebih kurang secawan).  Letak daun pandan dan secubit garam. Gula kabung/gula melaka dimasukkan ikut citarasa dan nak manis mana.
  6. Sedia untuk dihidangkan. 

Saya suka hidangkan kuih sagu ini dengan kuah santannya panas/suam-suam. Jika tidak mahu menggunakan santan, boleh juga tukar dengan susu cair.

Selamat Mencuba! 

36 ulasan

  1. Sedapnya.. Rsa mcm nk cri skrng jgk.. Lapo.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi,...cari sagu segera. Boleh buat untuk minum petang :)

      Padam
  2. wahh sedapnyer kuih sagu berkuahj., ;)

    BalasPadam
  3. Paling best makan sagu tu dulu then hirup kuah dia sejuk2.. perghhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lagi2 bila dah simpan dlm peti sejuk beberapa jam. Memang best!

      Padam
  4. Nmpk sdp sgt ni kak..mudah plak ya nak mmbuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah, Lya. Sedap dijamu utk minum petang :)

      Padam
  5. SS ske kuih sagu kaler pink yang ada kelapa tu... X tahu apa nama kuih tu tapi sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat tempat saya panggil kuih sagu je. Saya pun suka! Cekebon pun suka! Bott pun suka! :)

      Padam
  6. Belum pernah makan yg versi cikgu ceketed... Cam sedap je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah, SS. Tapi yg ni saya buat tak manis sangat. Manja2 gitu :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Bolehla sepotong dua. Tapi dia tak makan dengan kuah. Makan kosong je :)

      Padam
  8. Sedapnya kuih sagu berkuah ni farah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting mudah dan murah nak buatnya, Diana :)

      Padam
  9. Sedap makan ni farah bila time cuaca panas² ni kan...

    BalasPadam
  10. wahhh dapnyaaa. lamanya xbuat. dulu masa xkeje rajin la buat. skg da xde masa. wuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa,..Nadya gigih bekerja sekarang kan,..nanti bila free terus buat dua tiga loyang. Puas makan! :)

      Padam
  11. Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...
    Nak sikit ...

    BalasPadam
  12. suka hat niiii ! selalu makan warna merah.. yang ni kuning diraja pulak... heee

    BalasPadam
  13. kuih sagu kuih kegemaran sy...sekian...hahahah

    BalasPadam
  14. sedap nyer !!!!!
    asben aida suka kuih gini.
    tapi bini nyer tak reti buat :) ha ha...

    BalasPadam
  15. Haaaa ni lah resipi yang saya nak cariii! Haritu baru makan yang colour merah then cakap kat ibu nanti nak buat sendiri hehe

    BalasPadam
  16. Sedapnya.. cepat dan mudah disediakan..

    BalasPadam
  17. balik kg nanti nak buatla.. ramai2 makan sedap sket kan..

    BalasPadam
  18. kalo buat ngan susu cair.. kena masak jugak ke Kak Farrah ?

    BalasPadam
  19. ayu kalau makanan mcm nii ayu angkat tangan la kak farrah
    ayu tau makan je
    hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.