Tutorial Kraf Kertas - Sticky Notes Tag

Selasa, Mac 29, 2016

Tutorial hari ini kita buat DIY mudah yang sweet and simple tetapi cukup eksklusif untuk dijadikan hadiah. Boleh beri pada teman-teman, rakan sepejabat atau dijadikan titipan istimewa sebagai tanda penghargaan/ingatan. Hadiah Hari Guru ke,..Friendship Day ke...Selain itu, planner addicts boleh letak tag kecil mudah bawa ini di dalam planner mereka. Adik-adik yang masih belajar pun sesuai guna sticky notes tag untuk buat reminder atau tanda halaman buku.


Sticky Notes Tag


OK. Jom kita tengok apa yang diperlukan. Tak banyak pun. Yang pasti, kos nak membuat sticky notes tag ini sangat rendah.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kad/ Kertas Keras - dipotong mengikut saiz pilihan. Kad yang saya gunakan dari seleksi Kraft Basics Cardstock Pad, Popartz keluaran POPULAR. Tebal kad 180gsm. Oklah. Cukup kuat untuk tampung 3 mini sticky notes.
  • Sticky notes - Saya beli pek sticky notes ini di Mr. DIY. Satu pek berharga RM1.00. Boleh digunakan untuk buat 2 sticky notes tag. Boleh juga guna sticky notes dalam bentuk atau saiz yang lain. Terpulang pada kreativiti dan ketersediaan bahan.
  • Straps - Strap dengan pencangkuk ini boleh dibeli di kedai cenderahati dan kedai menjual barangan kraf. Spotlight (IPC) dan Daiso pun ada jual.


Selain daripada itu, kita juga perlukan:
  • Eyelets - cenonet-cenonet kecil tu.
  • Eyelet pliers - yang bertangkai pink
  • One hole puncher (lubang kecil)
  • Glue tape


Cara-cara:

Potong kertas/kad. Saiz potongan bergantung kepada sticky notes yang kita akan gunakan. Pastikan ada margin yang cukup di sekeliling sticky notes. Perlahan-lahan tanggalkan sticky notes dari pek. Letak glue tape secukupnya di belakang kertas sticky notes yang terakhir. Kemudian, tampal sticky notes di atas kad/kertas.

Seterusnya, kita perlu buat lubang kecil untuk masukkan strap/tali. Gunakan one hole puncher, tebuk lubang di bahagian atas kad. Untuk hasil yang lebih cantik dan kemas, letak eyelet pada lubang yang dibuat. Sila baca entri ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai eyelets dan eyelet puncher.

Rupa setelah diletakkan eyelet.
Haaa,...apabila dah letak eyelet, bolehlah kita pasangkan cangkuk strap pula.

Siap!

Tak ada eyelets dan eyelet pliers? Susah nak cari one hole puncher mata kecil? Tak jumpa straps? Don't worry. It's not an iron clad rule to use all the above-mentioned things. Pandai-pandailah ubah ikut kesesuaian. Boleh sahaja guna puncher biasa untuk buat lubang pada tag. Instead of using eyelet/s, gantikan dengan ring reinforcement (Tak tahu apa? Pi google sat naa...). Straps pula, gantikanlah dengan sebarang tali atau benang. Jika masih tidak jelas, nanti saya tunjukkan apabila ada kesempatan. Insya-Allah.

Boleh intai Cara Buat Keychain Fridge Magnet with Sticky Notes di sini.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

57 ulasan

  1. Comelnya sticky notes tu akk...kita xpenah tgok ada corak2 ni...sllu plain je... cool project btw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah sebelum tertanya tanya gak Ada eh sticky note bercorak

      Padam
    2. Sekarang ni macam2 corak ada, Aisya. Tetapi keluaran Post-It memang plain lah. Warna je dipelbagaikan :)

      Yana, ada...memang ada.

      Padam
  2. saya suka...saya suka!
    suka tengok ajelah...kalau sendiri buat boleh demam...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha tak adalah sampai demam, YY. Senang je ni. Pejam sebelah mata pun buleh!

      Padam
  3. nicelah kak farrah.. mmg sesuai nak bg kat kawan2 kan.... banyak buat nak bagi kat siapa tu??hihihihihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih teacher CT usik Ikhwan ;)
      Ni semua dah bagi orang, Ikhwan. Gambo je tinggal kat akak utk buat tuto.

      Padam
    2. hahahahaha.. amboi tcher.. teacher lah buat bg kat saya.. ke guanee??? hahahaha..

      gambo yg cukup membantu kak farrah.. :D

      Padam
    3. Harap2 jelas dan membantu hihihi

      Padam
    4. sakat2 sket.. kekadang IY ni bleh tahan gak tahap durhaka dia kak..

      Padam
  4. cantik dan sangat mudah membuatnya! :))

    BalasPadam
  5. hello !! i datang nak membuat serangan nak mengekalkan takhta.. hopefully tak kena tendang keluar bulan ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah anda pasti tak kena tendang bulan ni? ;)

      Padam
    2. hahahaahhaa... amin.. moga tce xkena tendang.. tendang masuk goal takpe.. :P hihihih

      Padam
    3. harap2 teacher CT memang takhta.,. hihhihiihhi

      Padam
    4. Baik betul adik2 ni doakan teacher CT :)

      Padam
    5. i xdela rakus sngt.. i nak sedang2 je.. i tngh2 pun oklah.. ehehe..

      Padam
  6. kak !! kalo sticky notes tu jgn la yang lawa2 sangat.. nanti sayang nk guna guano ? dok tersimpan elok ja.. nak guna sticky notes yang plain tu ja.. baru x syg nak guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak yah nak sayang2. Kalau lawa, berserilah sikit kerja kita tu. Lepas tu, dapat korang ingat akak lebih sikit :)

      Padam
    2. dengar tu teacher CT.. jawapan bernas dari kak Farrah..hihihihih..

      Ke guaneee??? kalau sayang nak guna meh bg kat saya nak guna..hihihihi takpe letak dalam frame.. kahkah

      Padam
    3. kak farah ... tak yah bagi siti roro ... bagi i je kak...

      ha ha ha ...

      Padam
    4. Eh, lupa lak akak nak tanya Ikhwan. Sampai tak notebook kecik dgn magnetic bookmark? Akak hantar address Tganu utk Jom Cuba Nasib Peribahasa. Dah lama dah,..

      Padam
    5. kakhuda ye ke guna ? buka gantung sana sini ke hahahha ...

      Padam
    6. bhahaha.. bukan apa kak.. ketas tu lawa.. nanti kita conteng2.. mana nampaknya cantik kertas tu ??

      IY tu jeeeelly !! ahaha..

      Padam
  7. ni.. Kak DP mesti suka ni.. bhahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe betul2,...eh akak dah pernah bagi dia ke tak tag ni? **Garu2 dagu tak ada janggut

      Padam
    2. ehehe sbb korang jenis guna macam ni sesuaila.. kalo CT mmg laaa sayang nak guna. akak kasi last time ada dalam dashboard kete tapi x guna2 pun.. cantik benor..

      Padam
  8. baru tinggal few comments dah mai da robot !! tapi akan ku gigih !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kegigihanmu kebanggaanku, dik :)

      Padam
    2. nampak sangat banyak dah komen! , chaiyok kak siti!

      Padam
    3. hahahha.. tulah jgn komen banyak sangt tcher,, Si robot tak suka..hihihih

      Padam
    4. hahahahah , tips dari IY tu kak ct jgan komen banyak banyak

      Padam
    5. ahahah amboi hampa dua sakan rebut takhta.. xkan i nak duduk tngk ja..

      Padam
  9. Sally pernah buat jugak sekali...tapi bukan niat nak buat cecantik laa...sebab sally pun sticky notes yg palstik tu dah hilang belakang dia..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhh akak paham. kira buatkan baju/lapik baru utk belakang yang copot tu kan ;)

      Padam
  10. bila tgk hasil kerja akak ni nampak mahal sangat.. kemas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak mahal ke,..hikhikhik pegi kembanf idung jap ;)

      Padam
  11. Alahai nape comel sangat stick note card tu... kena cari gak la ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kecil macam tu sesuai buat tanda2 buku kan :)

      Padam
  12. yang penting... playa pink ... (eh apa nama benda tu? )

    ha ha ha

    BalasPadam
  13. Sukanya MD tengok ni Farrah....comel dan cantik sangat....

    BalasPadam
  14. Sukanya MD tengok ni Farrah....comel dan cantik sangat....

    BalasPadam
  15. Kak Farrah nak tips jadi kreatif please T.T Kak Farrah banyak memang idea sendiri or ada tengok pinterest ke apa ke ehh?

    BalasPadam
  16. tak reti la nak komen pe.
    yg pasti, ini semua terbaik!

    BalasPadam
  17. terbaik sangat n kreatif kak farah ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.