DIY Kad Hari Guru - Guna Scrabble Tiles

Selasa, Mei 03, 2016

Dalam entri terdahulu, saya ada bercerita tentang printable scrabble tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf. Baca mengenainya di sini. Saya dah cetak dan potong berkeping-keping scrabble tiles untuk beberapa projek kraf dan DIY. Salah satu daripadanya ialah kad hari guru buatan tangan seperti di bawah.


Terima Kasih, Guru
Mudah sahaja nak sediakan kad hari guru menggunakan scrabble tiles. Download scrabble tiles di sini atau boleh cari printable scrabble tiles yang lain. Banyak pilihan ada terutamanya di Pinterest. Pilihlah yang mana berkenan di hati.

Potong scrabble tiles satu persatu. Untuk memudahkan kerja kita, saya cadangkan cetak scrabble tiles di atas kertas sticker putih bersaiz A4. Sesudah dipotong, susun dan lekat sahaja di atas base card. Jika gunakan kertas atau kad putih biasa, kena pakai gam. Gunalah glue stick atau glue tape supaya tampalan kita tidak sememeh ;) Tambahkan seri dengan kemasan reben.

Kad di atas, saya susun perkataannya seolah-olah di atas papan scrabble. Ala-ala macam teka silang kata jugalah. Di bawah pula, lebih simple. Tetapi, tetap sweet untuk diberikan kepada guru. Base cardnya saya guna kad wood design (baca mengenainya di sini). Kemudian, susunlah THANKS ke, TERIMA KASIH ke, MERCI ke,..ARIGATO....nak susun nama cikgu pun boleh! Akhir sekali, hiaslah dengan reben atau apa-apa hiasan kraf yang ada.


Apa yang saya tunjukkan ini hanya contoh mudah, yang simple dan jimat untuk hasilkan kad hari guru buatan tangan. Jangan bataskan kreativiti anda. Boleh tambah hiasan dan corak untuk mencantikkan lagi kad. Terpulang pada peruntukan anda dan bahan/barang yang ada. Buatlah bersama anak-anak untuk para guru mereka :)

Nak buat sampul surat untuk kad? Boleh lihat tutorial di sini.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

18 ulasan

  1. menarik! 👏👏👏👍👍👍

    BalasPadam
  2. kreatif...dulu2 suka jg main scrabble ni...

    BalasPadam
  3. cantik dan menarik hasilnya..

    BalasPadam
  4. menarik... dulu semangat potong tulisan dalam surat kbr kak farrah..hihihih

    BalasPadam
  5. sengihlaaa cikgu2 dapat kad lawa cenggini =)

    BalasPadam
  6. Alamak bila hari guru? Lupe... Adesss

    BalasPadam
  7. bagus juga nih, idea untuk buat kad hari guru anak akak nanti

    BalasPadam
  8. salam , yana nak buat jugak .. tapi tak terbuat lagi ..dah download dah XD

    BalasPadam
  9. aida memang x buat kad diy farrah.
    takde masa! frust dgn diri sendiri.
    sgt suka. especially reben tu.
    stok kraf aida tergendala di suatu sudut.
    sejak keje jauh ni out langsung mood kraf :(

    BalasPadam
  10. hadoi..mampu tgk je lah tutorial ni huhuh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.