Rabu, Jun 29, 2016

Resepi Kek Lemon Paling Mudah

Resepi ini sangat mudah. Masuk semua bahan dalam satu bowl, then terrrrrrrr...(beat dalam mixer) Boleh panggil kek lemon,...lemon squares,..apa-apa jelah. Untuk kek ni,  kita banyak guna parutan kulit lemon. Jus boleh simpan buat lemonade atau guna buat icing leleh :)



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250g tepung naik sendiri
  • 225g mentega/marjerin
  • 225 gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • parutan 3 biji lemon
  • 4 biji telur
  • 3 - 4 sudu besar susu segar

Untuk icing:
  • 180 g gula icing
  • 3 sudu besar jus lemon
  • parutan 1 biji kulit lemon
  • 2 sudu besar air (jika adunan terlalu pekat)

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sediakan loyang untuk bakar kek. Lapik dengan kertas baking dan lengser dengan marjerin.
  2. Masukkan semua bahan kering ke dalam mixing bowl. Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan bahan basah.
  3. Pukul dengan mixer selama lebih kurang dua ke tiga minit sehingga semua bahan tergaul sekata.
  4. Bakar selama 35 - 45 minit (bergantung pada oven). Apa yang pasti bakar hingga kek masaklah :)
  5. Setelah masak sejukkan kek di atas redai. Boleh dimakan begitu sahaja untuk hidangan minum petang. Tetapi, jika mahu rasa kick extra lemony, boleh drizzle lemon icing di atas kek.
  6. Campurkan bahan-bahan untuk icing sehingga halus dan sekata. Tuang ke atas kek dan ratakan. Pastikan kek sudah betul-betul sejuk sebelum tuang lemon icing. Lemon icing ni pun, ikut citarasa masing-masing ye. Nak lebih masam lebihkan jus lemon. Nak lebih manis lebihkan gula aising, kurangkan jus lemon. Nak pekat, jangan guna air langsung. Macam yang saya buat di atas, jenis cair. Bila serap masuk ke dalam kek, heaaavennnnnnn! :)
  7. Setelah icing mengeras sedikit, barulah dipotong kek dan dihidangkan.
 
 SELAMAT MENCUBA!

30 ulasan:

  1. Nmpk sedap je... Boleh try lps pantang nie..

    BalasPadam
  2. Mama siqah suka buat kek ni. Cuma guna oren.. Sedap! Boleh buat untuk tetamu datang di hari raya nanti :)

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaaaa! Tapi still tak pandai guna oven kat rumah tu haha

    BalasPadam
  4. Resipi kek Lemon paling mudah? tu yg nak thau sbb ta ksusah kalau yg rumit2 sgt

    BalasPadam
  5. alaaaa...resipi dah senang...nak 'terrrrr' dalam apa...takkan nak masuk blender..ke kena guna mixer tuk buat kek sahaja tu

    BalasPadam
  6. alamak!! kena sukat dalam gram ke...wajiblah cari penimbang buat kueh tu

    BalasPadam
  7. mmg x leh bua lagi lahh...oven tak de..mixing bowl tak de..ambik resipi dulu lah

    BalasPadam
  8. tgk icing meleleh camtu..perghh..terliur

    BalasPadam
  9. Soalan saya sekarang ialah ...

    APSAL SAYA MASUK SINI PUKUL 9.46 AM....

    hwaaaaaa .... melting nya kek tu...

    owh noooooo

    jemmmm

    BalasPadam
  10. nampak menyelerakan.. nyum3.. posa2 nih semua lapar kan..

    BalasPadam
  11. Nampak menyelerakan... Telan liur...

    BalasPadam
  12. sedap akak nampak meleleh dh. heheh
    kalau guna kulit tu tak rasa pahit ke? atau akak letak sikit

    BalasPadam
  13. nmpk sedap niiii



    td kan sblm msk opis sy tido sekejap pastu mimpi sy bake kek marble hahahaha

    BalasPadam
  14. p/s terima kasih krn meletakkan 'meriam buluh' kat blog sy ;-)

    BalasPadam
  15. i want !!! a slice pun jadila hahaha.. request ni kak.. lontong CT bila nak dapat ? sob sob..

    BalasPadam
  16. terkenang kan mak mertua aida time baca ni, farrah.
    memang feveret dia la kek perisa limau lemon gini.

    BalasPadam
  17. :) parut kulit nya je kan isinya tak yah letak ke kak , nak tanya jugak biarlah macam soalan org tak pandai

    BalasPadam
  18. Sedap nampak kek lemon ni bila dapat buat kek ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.