Jumaat, Oktober 14, 2016

Resepi Slow Cooker - Bubur Ayam Nyum Nyumm

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Jumaat.

Apa khabar semua? Maaflah saya tak sempat lagi nak melawat kalian. Proses pindah-randah masih belum selesai. Pack barang, unpack barang. Ada barang masuk kotak, ada barang tinggal dulu. Alih-alih saya sendiri gagal locate barang-barang saya! Saya memang bab packing barang ni lemah sikit ;)

Hari ini, saya nak kongsi resepi bubur ayam slow cooker kegemaran saya. Di tempat baru ini, saya cenderung masak menggunakan slow cooker. Pagi-pagi sebelum keluar, saya akan masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan tekan butang ON. Bila balik 4 - 5 jam selepas itu, dah ada hidangan panas siap untuk dimakan menyambut saya.

Kadang-kadang kalau esoknya saya nak bawa bekal, sebelah malam sebelum tidur, saya masaklah apa yang patut dalam slow cooker. Bangun pagi, makanan dah siap. Tinggal masukkan dalam bekas and I'm all ready to go!

Tak ada slow cooker? Tak ada masalah. Resepi ni sesuai untuk semua - slow cooker, pressure cooker, tanak atas dapur macam biasa,...apa yang beda cuma tempoh masa memasak je.

Bubur ayam yang dah siap untuk dimamam :)

Resepi Bubur Ayam Nyum Nyumm

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan beras
  • isi ayam secukupnya (dihiris/dipotong dadu) + saya masukkan juga 2 kaki ayam supaya bubur saya lebih berperisa
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 labu bawang merah (dihiris dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga caramelized)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • + 2 sentimeter halia (dihiris)
  • 1/2 - 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 helai daun salam
  • beberapa sudu sayur campur (mixed vege), jika tiada boleh masukkan lobak merah atau ubi kentang yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • garam secukup rasa

Untuk garnishing:
  • hirisan daun sup
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng

Cara-cara penyediaan:
  1. Basuh beras dan masukkan dalam periuk. Untuk satu cawan beras, biasanya saya letak lebih kurang 4 - 5 cawan air. Terpulang pada kalian nak tekstur bubur yang pekat atau cair.
  2. Kemudian, masukkan kaki ayam, isi ayam, serai, hirisan halia, bawang merah, bawah putih, daun salam dan mixed vege.
  3. Set slow cooker, tekan butang ON. Biarkan slow cooker buat kerja. Kita pergilah buat benda lain.
  4. Apabila bubur dah masak, masukkan garam dan lada putih secukup rasa diikuti dengan minyak bijan.
  5. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum nikmati bubur nyum nyumm ini.

Saya gunakan kaki ayam dalam hidangan ini untuk dapatkan lebih rasa ayam. Alternatively, kalian boleh masukkan satu kiub ayam/serbuk perasa ayam supaya bubur lebih yummy!

40 ulasan:

  1. Aih.. Nampak sedap bubur ayam kak farrah. Pos sikit blh? Hihihi nyum nyumm. Mmg sat g reen akan masak. Tp nk kne nengok dlu ade ke x bahannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh nak pos tak dan la, Reen. Dah selamat masuk peyot! Nway, selamat memasak ye!

      Padam
    2. Hahaha reen pun kak. Petang tu terus masak dan ngap!

      Padam
  2. buat bubur lambuk pon sedap gaknye.... lama tak buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS ada resepi bubur lambuk best tak? Ajar saya,.... :)

      Padam
  3. Wahhh, sedapnyaa. Slow cooker tu yang macam mana kak farah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slow cooker ni pakai elektrik juga. Macam periuk nasi tapi periuknya seramik. Kita masak on low temperature jadi selamatlah nak biarkan masakan kita tu unattended.

      Padam
  4. sedap.... kalau tengah panas, lagi sedapkan kak.. tambah sambal bilis lakkkk.. aiseyy

    BalasPadam
  5. Tengok waktu malam malam camni lagi terliur dibuatnya wuaaaa laparrr

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Hihihi nak makan pun main telan je,..tak payah susah2 kunyah :)

      Padam
  7. sedapnya! tapi nak buat tu malas. eh macam mana ni.

    BalasPadam
  8. daun salam tu daun ape yer? mcm bay leaf ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bay leaf, Hafiza :)
      Akak pun dulu2 blur gak bila resepi perlukan daun salam. Bila cari rupanya bay leaf,..

      Padam
  9. kalu sy demam boleh x buatkn bubur ni??? hahaha

    BalasPadam
  10. 2 hari lepas buatkan bubur ayam untuk anak2, dah request kan.. just letak ayam dan serbuk perisa ayam jer.. tu pun anak2 ulang cakap sedap..

    BalasPadam
  11. haha. rasanya last makan bubur ayam masa sekolah menengah dulu. fuh, lamanya

    BalasPadam
  12. xpernah lagi buat.... slalunya mak dok buatkan hihi

    BalasPadam
  13. kena simpan resepi.... nnt lepas operated gigi.. mmg xleh nk mkn pa sgt..bubur ja la

    BalasPadam
  14. Farrah! Ni kiranya pindah rumah dan tempat keeja lah ue? Ke mcm mana sbb kalau pindah umah sis JM nak minta alamat baru

    BalasPadam
  15. Slow cooker pun ada jual eh? Biasa dgr pressure cooker je

    BalasPadam
  16. X bazir letrik ke guna slow cooker ni ye lah kita tggalkan dia on 4-5 blk baru leh mkn kalau bg sisJM biar masak mlm sbb risau kalau biar on pastu d umah x de org

    BalasPadam
  17. Dah lama x masak bubur ni sbb pe tau ambik masa lama sbb guna periuk biasa tu then nanti bila agak kering tambah air dan kekadang berkerak kat bwh

    BalasPadam
  18. Kalau guna rice cooker pun sama jgk kesnya kan

    BalasPadam
  19. kalau ekin buat untuk ekin seorang jah hihihihihi suami n mok bubur2 kurang sikit

    BalasPadam
  20. npk mnyelerakan..
    ni kalau firash mkn ni mau menambah

    BalasPadam
  21. Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam
  22. Kaki ayam nyum nyum. Sedap!
    Esok plan nak buat bubur :-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.