Jumaat, November 11, 2016

Clear Stamps Beli di LAZADA

Sebelum ini, saya pernah tulis entri mengenai penebusan e-coupoun LAZADA menerusi Woop. Saya ada tiga pembelian yang boleh dibuat menggunakan 3 e-coupon bernilai RM10 setiap satu. Dua daripadanya guna untuk beli aksesori Si Kapok, satu lagi beli barang nak buat kraf :)

Apa yang saya beli?


Hehehe kononnya nak tambah-tambah koleksi. Senang buat kad nanti. Harga termasuk kos penghantaran - RM15. Jadi, dengan e-coupon, saya hanya bayar RM5! Berbaloi-baloi!

Produk ni daripada China. Makan masa seminggu lebih jugalah untuk sampai. Dari segi kualiti, lebih kurang sama dengan clear stamps yang saya biasa beli di POPULAR. Boleh baca mengenainya di sini.

Dah sampai!

Saya suka dengan setiap stamp dalam set ini. Cuma satu je yang 'peheng' sikit - YOU ARE MY HAPPY ;) Maklumlah, kalau beli barang dari sana, kena hati-hati sedikit dengan ejaan dan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Setakat satu stamp, saya pejam mata dan terus check out sebab yang selebihnya cantik-cantik.

Bagi yang berminat, bolehlah cari di LAZADA ye. Gunakan kata kunci 'clear stamps' dalam carian kalian. Then, pilihlah mana yang berkenan ikut bajet. Biasanya clear stamps kita boleh dapat semurah RM5 hinggalah ke seratus lebih. Bergantung pada saiz stamps dan kualitinya. Macam yang saya beli di atas, jika dibeli di POPULAR, harganya lebih kurang RM7-8. Jadi, RM15 dengan kos delivery sampai ke depan pintu rumah kira sangat berpatutan.

Haaa,..sempena Online Revolution ni, rebutlah peluang dapatkan barang-barang yang diingini dengan harga hebat! Bukan setakat clear stamps, macam-macam lagi ada! Klik sahaja banner di bawah.


SELAMAT MEMBELI BELAH!

23 ulasan:

  1. comel-comel sangat stamps tu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang comel kan,..tu yg akak beli tuh. Tak ada dalam koleksi akak lagi :)

      Padam
  2. yg ni mmg satu warna je ke? hitam putih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, ini macam rubber stamps, Nies. Nanti nak guna kita letaklah ink warna apa yang kita nak :)

      Padam
  3. Rajinnya kak farah kumpul clear stamp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe senang nak buat hiasan kad dan scrapbook :)

      Padam
  4. agak mahal kak eh...sally haritu beli kat Popular kak...dapat RM6 laa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang je Sally sebab ni campur sekali dgn kos delivery. Lagipun yg ada kat Lazada ni designnya tak jumpa di Popular :)

      Padam
  5. yang akak bagi hari tu tersimpan kemas je.. tak sempat nak usik.. masa memula je semangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takpe,..tunggu ada mood baru best & semangat nak buat :)

      Padam
  6. laza dah ade jual clear stamps?? hebat..

    BalasPadam
  7. lazada dah jual clear stamps. bagusss!

    BalasPadam
  8. lepas ni boleh la saya beli online jer barang2 kraft and art

    BalasPadam
  9. saya pun nak beli barang from lazada tp tak terbeli beli lagi haha

    BalasPadam
  10. eh ada lazada ada jual gak eh....

    BalasPadam
  11. ahaksss...sib baik satu je yg peheng

    BalasPadam
  12. cantiknye kak farrah...
    ayu kalau npk bnd2 kiut miut cmni mesti terigtkan kak farrah tauu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.