Jumaat, Mei 26, 2017

Mi Band 2 - Fitness Tracker Mampu Milik yang Awesome dan Berbaloi!

Assalamu'alaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang salah satu fitness tracker yang tengah hot - Xiaomi Mi Band 2. Apa yang hot? Haaa, itu kena baca entri saya sampai habis ye :)

Kita semua tahu, peralatan untuk exercise and fitness bukan murah. It's quite costly. Kalau tak ada ratus-ratus dalam tangan, lupakan sahaja hasrat nak beli. Yes, memang ada equipment, gadjet atau fitness tracker yang boleh diperoleh dengan harga murah. Kita kena bersedialah dengan kualitinya yang crappp! Yang tak semenggah! Or lacking in certain important features.

Tetapi tidak dengan Mi Band 2. Apa yang saya boleh kata tentang fitness tracker yang satu ini -
 Mampu milik dan Berbaloi!


Xiaomi Mi Band 2
Ringan. Tali diperbuat daripada getah berkualiti yang selesa dipakai.


Ciri-ciri yang ada pada Xiaomi Mi Band 2 boleh dikatakan setanding dengan fitness tracker hebat lain yang berada di pasaran. Bagi saya, untuk sekian harga yang kita bayar, features yang kita dapat dengan Mi Band 2 ini memang berbaloi-baloi. Setakat ini, saya dah pakai Mi Band 2 selama dua bulan lebih. Sangat sangat berpuas hati!

Mi Band 2 boleh rekodkan steps dan aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Ini contoh jumlah steps saya. Steps sebanyak ini dapat achieve waktu hari rajin saya. Dapatlah 20 ribu lebih. Kalau hari biasa saya malas, I make it a habit to at least reach 12, 000 steps. Ada band dekat wrist, automatik rasa nak bergerak dan aktifkan diri. Mi Band 2 ini boleh diset supaya hantar reminder (dalam bentuk vibration) pada kita suruh kita bangun setelah detect kita tak bergerak selama satu jam. 

So, sesekali time dok leka menghadap laptop, tiba-tiba kena 'renjat' manja dengan Mi Band 2, faham-faham sendirilah ye.




Perincian aktiviti yang dilakukan - light activity, slow walk, fast walk and run. Ada sesetengah fitness tracker yang boleh rekodkan aktiviti dengan lebih details (contohnya jumlah anak tangga yang kita naik and etc). Personally, bagi saya ini dah mencukupi. Saya hanya perlu gambaran kasar tentang aktiviti saya. Bukannya nak buat analisis 😆




Mi Band 2 juga mampu track heartbeat/pulse. Sebelum ini saya pernah guna fitness tracker Garmin Forerunner 15 (version lama). Yang itu tak ada feature track heartbeat/pulse sebab kita kena beli tracker lain untuk heart seperately

Selain itu, kita dapat measure kualiti tidur kita setiap malam. Total time kita tidur, berapa lama tempoh deep sleep, berapa lama light sleep,.. This is a great feature especially untuk saya yang alami sindrom burung hantu / susah tidur malam. Mudah dan sangat berguna dalam bantu saya monitor tidur/rehat.

Macam di sebelah ni, saya tidur sekitar pukul dua dan bangun pukul 6. Ini one of my 'susah tidur' nights. Dalam tempoh tu, adalah terjaga kejap 2 minit. Tidur selama 3 jam lebih, deep sleep hanya 28 minit. Precise.


Ada lagi,..
Ada lagi,...

Jangka hayat bateri Mi Band 2 agak panjang. Selalunya nak dekat sebulan baru kena caj. Kita juga boleh buat vibrate setting untuk calls, sms dan Whatsapp. So, sambil-sambil buat aktiviti kecergasan, kita tetap akan dapat notification jika ada call atau message masuk.


Best kan?! 


9 ulasan:

  1. uiiii selim melim laaa datin kite sorg ni nnt.... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah tak de selim manalah kalau lepas tu menyumbat tak ingat! ;)

      Padam
  2. Selama ni dok terfikir macam manalah fungsi fitness tracker ni..
    Bila Farrah explain barulah faham..
    Thanks for sharing.. berbaloi sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau fitness tracker yang mahal tu lagi ada macam2 functionnya, LZ. Tapi, bagi saya yang baru berjinak-jinak nak bersenam ni,..dah memadai :)

      Padam
  3. wah bagus nyaaa ni. terus bersemangat nak kurus gini. chayokkk ;)

    BalasPadam
  4. menariknya.. dok survey juga, tapi takut nak beli.. takut tak berkualiti kalau harga terlalu murah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.