Ini entri susulan Sambutan Bertemakan Starwars untuk Uje di Makan Kitchen. Kali ini saya ingin tunjukkan gambar keseluruhan photo props yang disiapkan untuk keraian kecil kami.
Mula-mula macam tak ada idea. Rasa malas dan berat je nak buat photo props. Tetapi, dah namapun Starwars. Tema ini popular! Selalu orang jadikan tema untuk majlis hari jadi dan keraian-keraian lain. Saya dan Bott pun pergilah rujuk pada pakar. Sumber katalog idea terbesar - PINTEREST. Pelbagai idea-idea menarik yang kami jumpa. Tinggal pilih mana yang sesuai dan praktikal untuk dibuat je. OK, Starwars photo props is ON!
Di bawah ini set photo props yang berjaya dihasilkan. Ada sebelas batang kesemuanya. Setiap satu dibuat dengan penuh kesungguhan, ketelitian dan kasih sayang hahaha. Maklum sahajalah, saya ni bukan 'kaki Starwars'. Jadi kena beri perhatian lebih sedikit pada perkara yang kita tidak pakar.
Starwars Photo Props
The whole set. |
Ada logo Starwars, topeng Stormtrooper, Darth Vader, Yoda, senapang Stormtrooper dan selebihnya guna a few quotes popular filem Starwars: - The force is strong with this one, Beware of the Dark Side, Use the force, I am a Jedi, Do or do not, there is no try dan Judge me by my size, do you?
Stormtrooper dan Darth Vader. I was having so much fun doing these two masks. Pada mulanya, saya ingat nak print sahaja kedua-dua topeng ini. Terdapat beberapa printable template topeng yang available online. Tetapi, setelah dicetak, nampak dull rupanya. Rasa macam tak feel pula.
Jadi, saya buat sendiri guna kad berwarna hitam dan putih. Toreh sana, toreh sini. Tampal itu, lekat ini. Pada bahagian-bahagian tertentu seperti di mata dan mulut, saya gunakan dimentional tape supaya sedikit timbul dan lebih realistik (ala-ala 3D). Tidaklah topeng-topeng itu kelihatan flat sangat.
Untuk bubble talk, guna font Starwars. Boleh cari di internet dan muat turun secara percuma. Quotes untuk bubble talk si Bott yang pilih. Saya tukang taip dan susun reka letak perkataan-perkataannya sahaja. Kalau diikutkan, banyak lagi dia nak buat, tapi saya malas! Hahaha! 😆
Logo Starwars. Saya cetak logo epik ini di atas sekeping kertas photo glossy yang tebalnya 240gsm. Beli di Mr. DIY. Pertama kali cuba guna kertas foto ini dan hasilnya amat memuaskan hati!
Ini pula F-11D Blaster Riffle. Salah satu senjata Stormtroopers. Mohon jangan tanya episode berapa 😆. Saja-saha nak buat satu prop khas untuk si Uje. Jadi, saya cari gambar shooting target, tepek kat bahagian atas senapang dan tambah tulisan BIRTHDAY BOY guna font Starwars.
Masa untuk bergambar!
Si Cekengah lah yang paling enjoy. Macam-macam pose dia bergambar. Rasanya setiap satu props dia guna. Saya? Adalah menyelit sekali-sekala. Selebihnya pergi mengulang meja buffet.
Kemas dan menjimatkan bila buat sendiri...
BalasPadamsian yoda... dia sorg je yg ijo hahaha
BalasPadamwahh kreatifnya kakak
BalasPadamWah...saya suka starwars. May the force be with you Uje
BalasPadamMENARIK ..
BalasPadamSama la kak,tak minat star wars sgt tp haritu kan hahaha tgk sebab kakak dpt tiket free. Nak tgk movie lain tapi masa tak kena.
BalasPadamPhoto glossy mcm mana berfungsi eh? Kalau nak print ,ltk dlm print mcm biasa eh? Sebab selalu masuk MR.DIY nampak photo glossy terfikir juga apa dia benda tu.
tu dia...
BalasPadambufday ayu nnt buat theme doremon plssss