Assalamu'alaikum.
Saya sengaja memilih hiasan dengan warna-warna yang terang. Ingin wujudkan kontra antara hiasan kad dengan base card. Tambahan pula, saya mahu kad ini selari dengan karakter si penerima kad ini - ceria, berjiwa gila-gila dan happy-go-lucky 😃
Ini pula bahagian belakang.
Entri tutorial kraf kertas hari ini kita belajar buat screen divider card. Apa yang dimaksudkan dengan screen divider card? Kad yang diinspirasikan daripada screen divider atau pemisah ruang seperti dalam gambar di bawah.
Kredit |
- Kad berwarna merah jambu. Jika boleh, dapatkan kad yang ketebalannya 200gsm ke atas supaya kad ini mudah untuk ditegakkan.
- Kertas bercorak polka dots dan stripes. Pilihan warna dan corak untuk kad/kertas bergantung kepada cita rasa kalian.
- Kertas keras berwarna merah jambu/tona warna lain yang dirasakan sesuai.
- Glue tape
- Paper scorer
- Decorative Border Punch
- Gunting atau pisau
- Embellishments (Hiasan Kraf) yang bersesuaian. Saya gunakan chipboard embellishments, fonts embellishments, pelekat It's Party Time.
Langkah-langkah:
Mula-mula, bahagikan kad kepada beberapa bahagian yang sama besar (untuk panel screen divider).
Satu kad bersaiz A4 boleh buat tiga panel atau empat panel. Kad di bawah ini saya buat tiga panel sahaja. Jadi, kertas hanya perlu dibahagikan kepada tiga. Gunakan paper scorer untuk mendapatkan garis lipatan yang kemas.
Setelah itu, guna decorative border punch untuk trim bahagian atas kad. Jika tiada, boleh gunakan gunting kraf bercorak. Kemudian, potong sedikit bahagian bawah kad menggunakan gunting atau pisau untuk buat 'kaki' screen divider.
Seterusnya, tampal kertas bercorak pada setiap panel kad kita. Saya tampal kertas polka dots dan belang-belang merah jambu di bahagian hadapan kad. Bahagian belakang, ditampal dengan kertas keras merah jambu. Tidak terlalu sarat dengan hiasan. Saya biarkan kosong sebagai ruang untuk menulis. Kiranya pada tahap ini, base card kita sudah siap. Sekarang cuma perlu dilengkapkan dengan hiasan-hiasan yang sesuai.
Rupa paras kad bahagian hadapan.
Saya sengaja memilih hiasan dengan warna-warna yang terang. Ingin wujudkan kontra antara hiasan kad dengan base card. Tambahan pula, saya mahu kad ini selari dengan karakter si penerima kad ini - ceria, berjiwa gila-gila dan happy-go-lucky 😃
Ini pula bahagian belakang.
Hanya ada pelekat belon, panji-panji kecil dan tag mini.
Selamat Mencuba!
Ingin lihat tutorial buat kad ucapan yang lain? Klik di sini.
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
Wahhh, cantikkk.
BalasPadamThank you, Wawa :)
PadamWahhh mudah aje nak buat. Kreatif 😊
PadamYang penting barang-barangnya ada :)
Padamcantik... xpernah buat lg. mesti xjd akak
BalasPadamHihihi belum cuba belum tahu lagi. Yang ni tak susah, Nina. Insya Allah, jadi punyalah :)
PadamHye Farrah. selamat tahun baru 2018. dah lama 'tak-jumpa' farrah.hihihi. ingat saya lagi tak?hihi
BalasPadamHai, Intan. Selamat tahun baru buat Intan dan keluarga juga. Ingat,...takkanlah tak ingat. Sorry ye lama tak berkunjung ke blog Intan. Sekarang ni masa terhad nak jalan2 jengah kawan-kawan :)
Padamcantik, anak saya minat sangat ni
BalasPadamnanti boleh jadikan aktiviti cardmaking as hobi/aktiviti bersama dengan anak :)
Padamkalau ada kucing bahaya kalau letak... habis dicakarnya nnt... hahaahah
BalasPadamhahaahh kalau ada kucing memang tak merasalah nak fancy fancy pakai screen divider ;)
Padamwahhhh cantiknya...
BalasPadamSerious sangat comel!! Nanti Fatin nak tryy
BalasPadamDecorative boarder punch mana nak cari.. Dulu ada gunting tp dah buang rasanya.. Lupa dah nak beli dkt mana! 😅
BalasPadamBtw,nak tanya akak still duduk dkt alamat rmh akak yg haritu bagi ke? (*yg akak bagi kad bd tu...)
ya allah kak farrah..
BalasPadamrasa mcm tgk kt kedai je nih
knp cantik sgt nih!!!
green for me