NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 11 April 2018

Beli Nescafe Melalui Nestle Groceries Online

Sekitar hujung tahun lepas, saya ada menang e-voucher LAZADA bernilai RM50. Rasanya melalui cabutan bertuah Woop. Tetapi kod baucar hanya dihantar kepada saya melalui e-mel pada awal Februari. Masa tu tak terfikir nak beli apa lagi. Jadi, biar simpan dulu. Boleh guna nanti-nanti. Tempoh expiry pun lama lagi.

Nak dijadikan cerita, Nescafe Gold saya habis. Tak berjalanlah Encik Barista kegemaran saya tu huhuhuh (boleh baca mengenainya di sini). Saya hendak beli pek isian semula sahaja. Tak gemar botol-botok kaca ni. Tetapi di kawasan rumah saya, tak ada pula jual refill packs. Yang ada semuanya dalam botol.

Terfikirkan yang saya ada voucher LAZADA, saya pun survey refill packs Nescafe Gold di Nestle Official Store. Sebelum ini saya tidak pernah beli sebarang produk Nescafe atau produk Nestle yang lain secara online. Masa tu memang dapat the best deal untuk dua pek isian semula Nescafe Gold di Nestle Official Store. Kemudian, saya tambah pula beli Nescafe Gold 3-in-1 Dark Latte. Total sekitar RM50 ++. Tidak silap saya, saya hanya perlu bayar bawah 5 ringgit setelah ditolak voucher. The best part is, untuk pembelian RM50 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. Yeayyyy! Score! Pembelian saya kali ini lebih berbaloi nilainya berbanding jika saya beli di luar.
Servis penghantaran sangat memuaskan hati! In fact sampai awal sehari dari tarikh jangkaan. 👍 Inilah belian saya. Kotak berisi Nescafe Gold dah sampai...


Packaging cantik. Barang sampai dalam keadaan yang baik. Gelas percuma yang diperoleh dalam kotak tu pun selamat sihat sejahtera tanpa cela. Excited saya sebab melalui pembelian Nescafe Gold 3-in-1 Dark Latte tu, ada hadiah gelas double-wall.


Dua pek isian semula Nescafe Gold Blend + 1 pek Nescafe Gold 3-in-1 Dark Latte + 1 double wall glass (Percuma)


Bagi yang berminat untuk shopping di Nestle Official Store, klik sahaja pautan ini.


10 ulasan:

  1. Wah, boleh beli nescafe secara online rupanya

    BalasPadam
  2. Baru tahu produk Nestle boleh beli online jugak.

    BalasPadam
  3. alamak kita penggemar nescafe kena terjah ni..

    BalasPadam
  4. wah menarik juga beli secara online sebegini..

    BalasPadam
  5. tak pernah tau pun akak... menarik ni

    BalasPadam
  6. banyak la stok macam tu kan... boleh sampai bulan puasa tak ? heee

    BalasPadam
  7. Mudah sekarang beli Online jer kan

    BalasPadam
  8. Terus buka lazada.. Kikiki.. Mulalah rambang mata bila tengok produk Nestle..

    BalasPadam
  9. Bestnya....dah la harga ok, kos penghantaran percuma pulak tu - mmg berbaloi beli.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...