Khamis, Januari 28, 2021

Buat Bridge Card

Assalamu'alaikum. Hari ini bersiaran dari bilik kraf. Tengah kemas-kemas stok kad ucapan dalam simpanan. Sambil belek-belek kad dan gambar kad dalam komputer, baru perasan banyak juga 'bridge card' yang saya dah buat.

'Bridge card' ni saya peroleh inspirasi daripada seorang crafter, Jennifer McGuire. Dari dulu memang suka sangat tonton video-videonya di Youtube Jennifer McGuire Ink. Seronok tengok kad-kad yang dibuat menggunakan bahan dan peralatan kraf yang bukan calang-calang. Masa nilah selalu berangan nak ada ini, nak ada situ, semua naklah!

Kad ini dipanggil 'bridge card' kerana bahagian panel hadapannya seakan jambatan yang mengikat sisi kad. Jadi, kad boleh ditegakkan untuk display. Haaa, lihat kad tema flamingo di bawah.


'Bridge card' ini boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat seperti kad-kad biasa. Apabila dikeluarkan dari sampul, boleh dibentuk dan ditegakkan sebegini.


Kalau kad flamingo tadi posisinya menegak, yang rama-rama ini versi melintang. Bagi saya tidak kira menegak ke melintang, dua-dua cantik. Tidaklah flat dan biasa je nampak kad ucapan kita.


'Bridge card' ini pula merupakan tempahan kad hari lahir yang saya buat. Tema warna pastel pink. Memandangkan apabila kita letak panel 'jambatan' pada bahagian hadapan kad, ruang untuk menulis jadi terhad, saya tambah kad nota di bahagian belakang. Cukuplah untuk tulis ucapan puitis syahdu ke... lirik lagu ke... ahaks! 


Rupa bahagian belakang kad. Bahagian belakang pun kita hiaslah ikut tema. Biar berseri-seri dan menghiburkan hati si penerima.



Satu lagi kad. Yang ini saya guna kertas buatan tangan pemberian salah seorang teman crafter saya. Dia buat kertas kraf sendiri guna daun, bunga dan macam-macam lagilah. Sayanglah kalau saya tak guna untuk buat kad barang sekeping dua.

Macam mana? Bagi kalian, OK tak 'bridge card' begini? Unik ke biasa-biasa je? My next project, nak buat 'bridge card' untuk pengantin pula. Kad tahniah. 

14 ulasan:

  1. Unik. Bukan semua orang tahu buat.
    Selamat buat kad kahwin pula :)

    BalasPadam
  2. Cantik... dulu masa sekolah mmg suka kad² macam ni.. tp nk buatnya x penah.. mmg bkn sejenis yg kreatif... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak kreatif mana, Kakmim. Tapi sebab geram tengok kertas cantik kan... potong2 tampal2 jelah :)

      Padam
    2. Bila rajin semuanya menjadi..hehe

      Padam
  3. Bagi saya semua hasil kraf adalah unik sebab nampak hasil usaha pembuatnya kat situ. Terer kawan kak Farrah tu buat kertas sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, lebih bermakna sebab ada bekas tangan si pembuat. Iya, kagum akak tengok dia buat step by step. Kalau akak, beli jelah!

      Padam
  4. cantik. kreatif betul orang yg buat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Tiara. Tapi akak tak pandai lukis-lukis cam Tiara.

      Padam
  5. Waalaikumussalam.
    Cantiknya hasil tangan akaib ni.

    BalasPadam
  6. Kak.. saya nak tempah yang Flamingo tu boleh tak.. hehehe.. Comel sangat..

    BalasPadam
  7. Unik la bridge card ni. Pertama kali tengok. Macam ni best juga sebab boleh tegakkan jadi hiasan. Boleh sentiasa teringat pada si pemberi sebab bakal selalu tengok

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.