Selasa, Oktober 06, 2020

Buat Popia Goreng Frozen

Popia goreng antara kuih kegemaran saya. Sekali duduk, boleh makan beberapa ketul! In fact, di rumah ini, semua suka popia goreng. Dahulu, kalau tiba-tiba teringin nak makan popia goreng, sanggup pergi Restoran Rasamas di Sungai Buloh semata-mata nak beli popia goreng. Di sana popia gorengnya sedap. Kuih udang pun ada. Yang pentingnya, sos atau kuah cuka untuk dimakan dengan popia pun sedap. Sekali beli sampai 15 - 20 biji sebab nak elak rebut-rebut di rumah. Biar setiap seorang dapat makan puas-puas.

Sebab dah suka sangat makan popia goreng, maka tercetuslah idea untuk laksanakan projek buat popia frozen. Buat sendiri lebih puas hati. Dapat buat dalam kuantiti yang banyak. Kemudian, boleh pelbagaikan penggunaan bahan yang ada untuk intinya. 

Untuk batch yang ini saya guna sengkuang, lobak merah dan jagung manis. Kadangkala saya masukkan hirisan kobis. Banyak mana nak letak? Ikut suka sahaja tetapi yang pasti sengkuangnya kena banyaklah. Bahan-bahan lain dikira sebagai sampingan sahaja.

Semua bahan yang perlu disagat halus. Kemudian, untuk bahan tumis saya hanya tumis bawang putih yang dicincang halus dengan sedikit minyak masak. Ada orang guna udang kering, serbuk pati ayam ... saya buat yang mudah sahaja. Masak semua bahan yang disagat sehingga lembut. Letak dalam satu ke dua sudu besar sos tiram. Gaul sekata dan tambah serbuk lada putih secukup rasa.

Beginilah rupa inti popia saya. Dalam proses keringkan air sengkuang.

Dah selesai bahagian inti, tibalah waktu untuk menggulung popia. Bab ni si Bott jaguh! Dialah yang sabar carik kulit popia satu persatu, gulung popia cantik-cantik. Tengoklah hasil kerja dia. Kemas je, kan? Popia yang saya gulung, hanya saya je yang boleh makan. Tak lepas quality control hahaha!


Biasanya bila buat popia, kami akan buat dalam dua pek. Dapatlah dalam 100 biji. Simpan elok-elok dalam freezer. Bila teringin nak makan, popia tinggal digoreng dengan kasih sayang sahaja!


Popia goreng sedia untuk dimakan. Batch yang ini kami makan dengan kuah cuka. Selain itu, sedap juga dinikmati dengan sos keju atau mayones yang digaulkan sedikit dengan serbuk kari. Yummmss!


16 ulasan:

  1. Kalau saya bab gulung tu surrender. Comot macam budak 5tahun yang buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Sal. Itu yang popia akak gulung, akak sendiri makan. Haru sungguh kejadiannya 🤣

      Padam
  2. Samalah buat stok popia disejukbeku. Selain itu buat karipap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada stok dalam freezer, senang kan bila teringin nak makan.... 😊

      Padam
  3. Balasan
    1. Mesti kembang-kempis hidung Bott baca ni 🤣

      Padam
  4. Kami sekeluarga hantu popia! Hidang tak sampai 5 minit. licin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Popia memang best kan! Samalah, di rumah ini tak ada istilah popia tak habis heheh

      Padam
  5. teringat dlu zaman praktikal hotel. hari2 buat popiah sayur frozen utk dessert kitchen

    BalasPadam
  6. Idea yang menarik lama tak simpan popia frozen. Saya pun bab menggulung QC tak lepas.

    BalasPadam
  7. Suka buat sbb senang kan. Masak tu panas2 lg makan rangup. Kalau kedai ni da sejuk tak rangup sgt. Hehe. Puas hati buat sndiri

    BalasPadam
  8. Hehe sama la suka buat popia sendiri. selain ikut citarasa sendiri, dapat kuantiti banyak. bila2 nak terus goreng saja!

    BalasPadam
  9. dah buat jg last week. popa carbonara. tp part gulung tu hahahahha sik baik utk mkn sendiri je😆😆😆

    BalasPadam
  10. Kalau dah letak di freezer dalam 1 malam, besoknya perlu tggu beberapa minit lagi kah sebelum goreng atau boleh goreng terus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh digoreng terus tetapi kena pastikan minyak panas pada suhu sederhana dan goreng lama sedikit sehingga popia bertukar kecoklatan.

      Boleh juga keluarkan dan biar dalam sepuluh ke lima belas minit di suhu bilik untuk nyahbeku, baru digoreng.

      Jika guna air fryer, goreng terus tanpa perlu nyah beku. 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.