Cincau Ayraa Super Lembut

Ahad, Disember 06, 2020

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!

Hari ini kita borak pasal cincau ya.

Saya sebenarnya seorang penggemar cincau. Cincau dalam ABC, cincau dalam sirap bandung atau soda gembira, cincau dalam air soya, semua saya suka! Paling suka tentulah cincau dalam kopi saya! 

Tetapi, saya agak cerewet bab hendak memilih cincau sebab ragu-ragu akan kebersihan produk dan tempat produk itu dihasilkan. Maklum sahajalah, kerap sangat disogokkan dengan berita kilang tauhu, tempe, kilang itu, kilang ini yang ditutup kerana tahap kebersihan yang sangat teruk. Jadi loya dan kembang tekak dibuatnya.

Selalu kalau pergi kedai runcit, nampak cincau pun akan berkalau-kalau hendak beli. Makanya, hasrat nak menikmati minuman menyegarkan dengan cincau asyik tertangguh.

Rezeki saya, balik kampung ada dalam kalangan saudara saya, adinda Ann Izuani yang menjual cincau homemade. Cincau Ayraa nama produknya. Selama ini dah banyak kali lalu lalang di siaran Facebook saya tetapi saya tak sempat balik Kuang. 

Ada peluang balik sana, terus saya beli dua bekas. Puaslah saya ber-coffee moment dengan Cincau Ayraa ini. 

Satu bekas penuh ini cuma RM6. Beratnya lebih kurang 700g. Maaf, teruja lebih masa dapat cincau ni. Lupa nak ambil gambar penuh.

Produk cincau Ayraa memang boleh dinikmati tanpa ragu-ragu. Di akaun Facebooknya, Ann kerap siarkan video menunjukkan proses menyiapkan cincau. Kita boleh nampak dengan jelas di mana cincau dimasak, diproses dalam suasana yang bersih. Puas hati dah dekat situ.

Dari segi rasa, ini pandangan peribadi dan jujur saya sebagai seorang penggemar cincau. Kalian tahu kan blog saya ini memang tidak buat khidmat review. 😉 Kalau saya dah rajin  mengetuk keyboard tulis entri dalam blog tu, maknanya memang dah jatuh cintalah.

Ya, cincau Ayraa sangat menepati cita rasa saya! Teksturnya lembut, berkilat cantik dan velvety. Lihat gambar di atas. Bayangkan dalam cuaca panas, tekak kita dibelai dengan juraian cincau sejuk! Asyik!

Manis cincaunya sedang-sedang. Tidak terlalu manis hingga   mengganggu rasa minuman yang kita buat. Rasa herbanya memang just nice! Sempurna bagi saya.  

Satu lagi, apa yang menarik tentang Cincau Ayraa ini, kita boleh pesan cincau tanpa gula. Bagi yang berdiet atau hendak kawal gula dalam darah tetapi teringin hendak makan cincau, bolehlah request cincau tanpa gula daripada Ann.

Kopi kegemaran dengan Cincau Ayraa.


Bagi kalian yang duduk sekitar Sungai Buloh, Paya Jaras, Kundang, Kuang, Merbau Sempak dan kawasan-kawasan yang berhampiran, jika ingin cuba Cincau Ayraa, klik sahaja pada pautan di bawah ya. Mana tahu duduk rumah musim PKPB ni nak cuba resepi berasaskan cincau, carilah Cincau Ayraa.


Cincau Ayraa Cincau Homemade



16 ulasan

  1. Wah cincau dalam kopi. Saya boleh toleransi air cincau sahaja. Lain-lain tidak pernah cuba hendak letak.

    BalasPadam
  2. Thanks share. Bagus juga sebab dijamin bersih. Susah nak cari cincau yang diyakini pembuatannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Itulah, nak cari yang diyakini pembuatannya tu yang sulit, kan?

      Padam
  3. kan best kalau boleh post je cincau tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pos, sampai jadi air. Cincau tak boleh rentas daerah.

      Padam
  4. Kalau dah dapat balik Sungai Buloh bolehlah cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun kalau balik Sungai Buloh, marilah datang ngopi dengan saya 😊

      Padam
  5. saya penggemar kopi. tak sangka cincau boleh letak dalam kopi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cuba. Kopi cincau panas atau sejuk, dua-dua awesome!

      Padam
  6. Wah cincau boleh letak dalam kopi juga rupanya ya? Mesti sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Cik TK. Cubalah. Sejuk ke panas ke memang sedap!

      Padam
  7. Suka minum cincau kalau campur dengan soya. Memang extra sedap jadinya tapi saya bukan penggemar cincau sangat. Tapi kalau ada saya suka juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah ada depan mata enjoy je lah, kan ... akak pun suka minum soya sejuk letak cincau!

      Padam
  8. bestnya kalau dapat.. sha juga sukakan cincau..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.