Rabu, Januari 27, 2021

Roti Malabar Kawan

Ini semua pengaruh iklan! Saya nampak iklan Roti Malabar jenama Kawan ini masa main game. Dua tiga hari jugalah iklan yang sama asyik bersiar layar depan mata. Jujur, iklan tu betul-betul menggoda! Cara roti naik menggelembung ketika digoreng atas kuali, betapa flakynya cebisan roti apabila disiat dan dikunyah ... siap ada gambar teh tarik lagi!

Memang tergerak hati nak beli dibuatnya. Puas cakap kat diri sendiri, kalau teringin kan boleh buat. Sia-sia je belajar buat roti canai tanpa perlu tebar. OK, konon-kononnya berjayalah jinakkan nafsu. 😂

Nak dijadikan cerita, saya ke Econsave untuk beli barang dapur. Masa tengah memilih-milih barang, nampaklah kelibat seorang pekerja Econsave bawa troli penuh dengan produk dingin beku Kawan dan dapat teka tak produk apa yang melintas betul-betul depan mata? Ya, Roti Malabar!

Saya dah mula goyah dah. Kemudian, saya pergi ke bahagian dingin beku hendak ambil mixed vege. Dan dan dekat sebelah tulah pekerja tengah punggah dan susun pek-pek Roti Malabar. Aishhh! Tak boleh elak dah! Terus rembat satu pek.

Inilah rupa pembungkusan Roti Malabar Kawan. Roti Canai Mamak Style. Maaf, gambar produk sebelum dimasak tak ada sebab roti dah habis baru teringat nak ambil gambar. 😉



Berat 400g. Ada 5 keping. Harga sekitar RM5.++.

'Detik indah' apabila roti mula menggelembung di atas kuali leper. Tidak perlu dinyahbeku. Tidak perlu minyak. Setiap keping roti dipisahkan dengan plastik jadi doh tidak akan melekat. Dari peti dingin beku terus sahaja ke atas kuali. 


'Detik indah berganda'. Roti dicarik-carik dan sedia untuk dimamam.

Dari segi rasa dan tekstur, memang sedap! Memang puas hati. Ini antara roti canai frozen yang saya suka. Sesetengah roti canai frozen agak liat dan tidak flaky tetapi yang ini boleh beri lima bintang! Aku bisa senyum sumringah karna rotinya enak banget! Eh, syok makan roti tetiba tukar bahasa pula! Hahaha ini antara rare cases saya tak rasa tertipu sebab beli barang semata-mata kerana tergoda dengan iklan. Roti Malabar Kawan, berbaloi-baloi!

15 ulasan:

  1. sedapnya..suka roti canai yg flaky mcm ni..

    BalasPadam
  2. Asyik ternampak tu jodoh namanya kak. Kena beli and makan kalau tak nanti teringat-ingat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat, Sal! Dah asyik terserempak tu dah kira jodoh kan...

      Padam
  3. sedapnyaaa.. lama tak mkn brand kawan. rasanya econsave di rumah mak tak ada. mungkin lps pkp boleh singgah tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau jumpa boleh cuba. Akak pun baru perasan, untuk roti canai/prata je pun ada banyak jenis produk Kawan ni.

      Padam
  4. Cantiknya bila dah dicarik2. Tak jumpa pula jenama Kawan di LD. Dulu ada.

    BalasPadam
  5. X pernah try roti malabar ni farrah.. selalu beli yg roti paratha tu je... nnt sy cuba ye... jenama kawan ni mmg puas hati

    BalasPadam
  6. boleh cari ni nnt... tggu mggu dpn keluar beli brg dapur

    BalasPadam
  7. dari gambar nampak macam order dari mamak. kena cari ni..hehe

    BalasPadam
  8. Adoi.. geram pula Sha tengok dia mengembang cantik camtu.. Tak pernah nampak lagi dekat sini Roti Malabar ni.. Selalu beli capati dan naan je..

    BalasPadam
  9. Menggoda ni.. dia punya flaky flaky tu nampak best!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.