Beli Syampu Rambut Murah 3 Liter

Selasa, Februari 09, 2021

Baru-baru ini saya beli syampu rambut murah 3 liter. Teman saya, Angela yang sarankan satu online shop di Shopee. 

Teman saya ini rajin berkongsi perkara-perkara baik yang bermanfaat untuk saya. Asalnya kami berkenalan sebab sama-sama suka buat kraf. Bila dah makin rapat tu, macam-macam bendalah yang dikongsikan. Baik dan caring orangnya. 

Ada satu masa, saya selesema, time tu juga dia hantar resepi sup herba untuk saya buat. Saya kata nak start diet, ambil makanan lebih sihat, berdedai-dedai resepi sedap dengan bahan-bahan budget-friendly yang masuk inbox saya. Siap nak hadiahkan saya pressure cooker baharu untuk memudahkan saya rangka menu diet. Malah, ketika mula-mula PKP dahulu, dia yang ajar saya di mana hendak beli hand sanitizer, multiporpose sanitizer, bleach apa semua tu dalam saiz jumbo dengan harga yang amat berpatutan. Saya kalau bab-bab jimat, diskaun, pembelian berbaloi memang suka sangat! Happy tak terkata!

Samalah dengan syampu rambut 3 liter ni. Kira kita beli produk penjagaan rambut dengan harga borong. Tak pernah terlintas pun sebelum ini. Selama ini, paling besar saiz syampu yang saya beli 1 liter je, yang Family Pack. Ini 3 liter tau! Jimat? Memang jimat sangat!



Setiap botol berisipadu 3 liter di atas cuma berharga RM12/ sebotol.  Sebelah kiri perapi rambut manakala sebelah kanan, syampu.

Syampu ni syampu serai. Bau wangi-wangi herba gitu. Memang puas hati. Selalu kalau kita beli syampu yang murah, bau pada rambut tak tahan sangat, kan... syampu ni wangi dan bau tahan lama. 

Selain daripada syampu serai, ada juga varian cool mint dan jasmin. Perapi rambut pun OK. Cuma bau yang saya pilih ini ada hint macam bedak bayi sikit. Nanti pada masa akan datang, saya hendak cuba syampu cool mint dan perapi honey dew pula.

Rambut saya jenis normal, tiada masalah dan tidak perlu penjagaan khusus. Jadi, tak sukar sangat bab pilih syampu ini. Saya pula memang kerap bersyampu. Sesuailah produk ini untuk kegunaan saya. Tetapi, seandainya rambut kalian perlu rawatan khas, syampu di atas mungkin tidak sesuai untuk kalian ya.

Jumlah pembelian hanya RM24 (guna baucar free shipping), saya boleh berlapang dada tanpa memikirkan stok syampu dan perapi untuk satu tempoh masa yang agak lama. 😂

Berbaloi, kan?

Bagi yang berkenan, bolehlah cuba intai-intai kat Shopee. Saya lupa nak ambil link. Kalian cari pakai nama tu jelah ya.




30 ulasan

  1. Menarik ni...nak tgok and survey la..akak pun xde masalah rambut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nanti kak SA intai-intailah kedai tu. Mana tahu ada produk yang berkenan 😊

      Padam
  2. Menarik sangat ni. Sangat menjimatkan. 3 liter harga murah tu. Boleh guna lama/ramai boleh guna.
    Terima kasih sharing. Nak terjah tengok la nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menjimatkan. Lagi-lagi kalau nak guna satu keluarga.

      Padam
  3. wahh sampai 3 liter boleh tahan setahun ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha satu tahun tak perlu fikir pasal beli syampu 😂

      Padam
  4. Hehe tempoh masa lama. Elok juga tidak suka kerap membeli atau setia satu produk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang, NA. Bab syampu dah tak payah fikir selalu dah heheh

      Padam
  5. Rezeki dapat kawan macam Angela. Kalau rambut takde masalah memang senang beli syampu big bulk macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang kalau rambut normal, bolehlah beli begini. Tapi kalau perlukan rawatan khas, memang tidak digalakkan.

      Padam
  6. Sungguh menjimatkan! Ada syampoo dan perapinya sekali. Lengkap. Tahan lama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh tahan lama ni, kak. Pakai pun berdua je 😊

      Padam
  7. wah, bestnya kak xde masalah rambut beli syampoo pape brand mesti rambut okay je kan?:)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Berbaloi, kan? Lagi2 untuk kegunaan satu keluarga 😊

      Padam
  9. Balasan
    1. Itu yang akak double triple happy 😀

      Padam
  10. Memang berbaloi banyak ini dengan harga tu..
    Bau serai tu memang wangilah.. Sha pun suka..

    BalasPadam
  11. lps 3 thm guna pun masih berbaki lg ni berbaloi2👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin saya tak sampai 3 tahunlah sebab saya jenis kerap bersyampu hahahah tapi conditioner tu mungkin 😀

      Padam
  12. murah dh berbaloi.. kalau tak ada masalah rambut boleh beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kalau ada masalah rambut jangan cari pasal. Lain pula jadinya nanti

      Padam
  13. Sangat berbaloi ni kak! Banyak boleh jimat!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.