Sesekali, saya dan Bott memang gemar reward diri dengan donut atau bombolini. Tak boleh selalu, puas nak bunuh kalori nanti. Kebiasaannya, apabila kami rasa banyak urusan yang berjaya diselesaikan untuk bulan itu, barulah berbaloi beri ganjaran manis buat diri.
Jika sebut tentang bombolini, pilihan bombolini pastilah Bombolini Fluffy Sungai Buloh. Inilah bombolini yang mula-mula tular dua tiga tahun dahulu. Masa tu saya memang tak pergi langsung. Pandang dengan ekor mata je sebab tak tahan nak beratur panjang.
Di sini dan kawasan sekitar memang ada banyak gerai atau kedai yang menjual bombolini sejak orang kita pandai makan donut bulat berkrim pastri yang berasal dari Itali ini. Tetapi, saya hanya berani beli Bombolini Fluffy Sungai Buloh by Izzah sahaja. Yang lain saya tak yakin. Kenapa? Sebab kadang-kadang ada yang tak macam bombolini rasanya; ada yang sampai gagal dikenal pasti perisa apa (sebab manisnya kusmangat dah menyengat sampai ke kepala!); ada yang 'kempislini' hahaha.
Empat sebab mengapa saya suka Bombolini Fluffy Sungai Buloh
- Donutnya gebu.
- Isiannya banyak tidak lokek. Kadang-kadang itu fillingnya saya boleh simpan sedikit untuk makan dengan roti esok lusa. Dah inti mewah, takkanlah saya pun nak mewahkan paras gula dalam darah pula, kan? 😜
- Banyak pilihan. Memang banyak pilihan. Boleh rambang mata dibuatnya. Saya tidak pasti berapa jumlah keseluruhan perasa bombolini ini. Setakat ini, setiap satu yang saya pernah beli memang best! Tidak mengecewakan. Oh, Youtuber Mukbang Malaysia Isaac Osman pernah buat mukbang dengan semua perasa bombolini yang ada. Kalian bolehlah cari di saluran Youtube miliknya.
- Harga berpatutan. Bombolini sedap mewah rasa ini hanya RM2.50 sebiji. Berbaloi sangat-sangat!
Melimpah inti. Wah perisa durian pun RM2.50 juga ke? Kira murah harga sama semua.
BalasPadamHa ah, NA. Flat price semua RM2.50/biji.
Padamingatkan kuih apa tadi, rupanya donut.. meleleh-leleh inti dalamnya. sedap :)
BalasPadamMemang dap dap dap!
PadamTempting nampak. RM2.50 besar, inti banyak memang berbaloi.
BalasPadamLama pula tak makan bomboloni. Teringin nak buat tapi tu la. Kurang rajin :)
Samalah macam saya. Hajat hati kadang-kadang memang nak buat tau. Tapi alahai...banyak sangat prosesnya. Lagipun, kalau buat sendiri mesti terlajak makan! Huhuhu
PadamSesekali makan bombolini memang seronok.
BalasPadamYes, sesekali memang nikmat. Banyak-banyak kali panggil penyakit namanya :)
PadamAdoi.. banyak betul filling dia..
BalasPadamMemang puas hati sangat ini..
Betul-betul puas hati :)
Padambambolini wak nk sebut pon payah., huhuhu
BalasPadamSebut donut je wak. 😄
Padamada terbaca kat IG psl bomboloni ni tp tu laa jauh nau... yuri, tlg pos ke sini sebutir😆
BalasPadamPerkhidmatan pos-mengepos sekarang ambil masa... nanti jadi bombolini with fungi pulak 😅
Padammelimpahhhh.. nampak sedap tp kalau manis kena kurangkan lah
BalasPadamYes, akak sedar diri umur dah lanjut. Inti melimpah tu memang tak consume semua 😂
PadamSaya jarang makan manis, tapi kalau bombolini tak pernah tolak. Yang sg buloh ni tak pernah try
BalasPadamInsya-Allah, nanti ada rezeki boleh try.
PadamWah inti banyak meleleh macam la best!!!
BalasPadamMeleleh begini baru bombolini heheh
Padamkempislini = bomboksigen ;-)
BalasPadamKenapa saya rasa nama bomboksigen ni boleh dikomersialkan hahahah
Padammeleleh222 fillingnya...murah tu..biasa org jual rm3
BalasPadamItulah ... murah, kan? 😊
Padam