Khamis, Februari 11, 2021

Bombolini Fluffy Sungai Buloh

Sesekali, saya dan Bott memang gemar reward diri dengan donut atau bombolini. Tak boleh selalu, puas nak bunuh kalori nanti. Kebiasaannya, apabila kami rasa banyak urusan yang berjaya diselesaikan untuk bulan itu, barulah berbaloi beri ganjaran manis buat diri.

Jika sebut tentang bombolini, pilihan bombolini pastilah Bombolini Fluffy Sungai Buloh. Inilah bombolini yang mula-mula tular dua tiga tahun dahulu. Masa tu saya memang tak pergi langsung. Pandang dengan ekor mata je sebab tak tahan nak beratur panjang. 

Di sini dan kawasan sekitar memang ada banyak gerai atau kedai yang menjual bombolini sejak orang kita pandai makan donut bulat berkrim pastri yang berasal dari Itali ini. Tetapi, saya hanya berani beli Bombolini Fluffy Sungai Buloh by Izzah sahaja. Yang lain saya tak yakin. Kenapa? Sebab kadang-kadang ada yang tak macam bombolini rasanya; ada yang sampai gagal dikenal pasti perisa apa (sebab manisnya kusmangat dah menyengat sampai ke kepala!); ada yang 'kempislini' hahaha.

Empat sebab mengapa saya suka Bombolini Fluffy Sungai Buloh

  1. Donutnya gebu.
  2. Isiannya banyak tidak lokek. Kadang-kadang itu fillingnya saya boleh simpan sedikit untuk makan dengan roti esok lusa. Dah inti mewah, takkanlah saya pun nak mewahkan paras gula dalam darah pula, kan? 😜
  3. Banyak pilihan. Memang banyak pilihan. Boleh rambang mata dibuatnya. Saya tidak pasti berapa jumlah keseluruhan perasa bombolini ini. Setakat ini, setiap satu yang saya pernah beli memang best! Tidak mengecewakan. Oh, Youtuber Mukbang Malaysia Isaac Osman pernah buat mukbang dengan semua perasa bombolini yang ada. Kalian bolehlah cari di saluran Youtube miliknya.
  4. Harga berpatutan. Bombolini sedap mewah rasa ini hanya RM2.50 sebiji. Berbaloi sangat-sangat!



Yang di tangan saya ini perasa durian. Yummeh! Nampak tak betapa lembutnya bombolini ini dengan isiannya yang melimpah ruah. Perasa kegemaran saya - durian, dark chocolate, salted caramel, tiramisu dan perasa kopi, something machiato (tak ingat sangat namanya.) Bombolini Fluffy Sungai Buloh ini cawangan utamanya di Kampung Kubu Gajah. Mereka ada banyak ejen. Di Saujana Utama, di Econsave Sungai Buloh dan beberapa kawasan lagi. Saya selalu beli di deretan gerai belakang Econsave, sekarang gerainya sudah di tepi Caltex.

Sesekali untuk treat diri memang awesome! Tidak boleh selalu. Kandungan kalori dan gula untuk pastri seperti bombolini ini tinggi. 

24 ulasan:

  1. Melimpah inti. Wah perisa durian pun RM2.50 juga ke? Kira murah harga sama semua.

    BalasPadam
  2. ingatkan kuih apa tadi, rupanya donut.. meleleh-leleh inti dalamnya. sedap :)

    BalasPadam
  3. Tempting nampak. RM2.50 besar, inti banyak memang berbaloi.
    Lama pula tak makan bomboloni. Teringin nak buat tapi tu la. Kurang rajin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah macam saya. Hajat hati kadang-kadang memang nak buat tau. Tapi alahai...banyak sangat prosesnya. Lagipun, kalau buat sendiri mesti terlajak makan! Huhuhu

      Padam
  4. Sesekali makan bombolini memang seronok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, sesekali memang nikmat. Banyak-banyak kali panggil penyakit namanya :)

      Padam
  5. Adoi.. banyak betul filling dia..
    Memang puas hati sangat ini..

    BalasPadam
  6. bambolini wak nk sebut pon payah., huhuhu

    BalasPadam
  7. ada terbaca kat IG psl bomboloni ni tp tu laa jauh nau... yuri, tlg pos ke sini sebutir😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkhidmatan pos-mengepos sekarang ambil masa... nanti jadi bombolini with fungi pulak 😅

      Padam
  8. melimpahhhh.. nampak sedap tp kalau manis kena kurangkan lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, akak sedar diri umur dah lanjut. Inti melimpah tu memang tak consume semua 😂

      Padam
  9. Saya jarang makan manis, tapi kalau bombolini tak pernah tolak. Yang sg buloh ni tak pernah try

    BalasPadam
  10. Wah inti banyak meleleh macam la best!!!

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Kenapa saya rasa nama bomboksigen ni boleh dikomersialkan hahahah

      Padam
  12. meleleh222 fillingnya...murah tu..biasa org jual rm3

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.