Assalamualaikum. Hari ini entri edisi makanan cekut. Nuget ikan dory yang disediakan menggunakan air fryer. Cekengah beri saya ikan dory beku. Agak lama jugalah duduk diam dalam peti dingin beku. Konon nak masak apabila teringin nak makan fish and chips. Atau mungkin ayam sweet sour ke.... Tetapi, sampai ke sudah statusnya masih ikan dory beku. Tak bertukar jadi sebarang hidangan menyelerakan pun.
Kebetulan, baru-baru ini saya tinggal seorang. Jadi, rasa malas pula nak masak nasi dan lauk. Selalu apabila duduk seorang diri, saya suka masak satu meal yang simple je. Buatlah agak-agak untuk dua kali makan. Senang, makan tengah hari bawa sekali ke makan malam.
Selongkar freezer, ikan dory ni macam memanggil-manggil je. Maka, terhasillah menu ringkas nuget ikan dory saya. Saya menggunakan air fryer. Mudah dan tidak perlu guna minyak. Tetapi, jika tiada air fryer, deep fry macam biasa sahaja pun boleh. Rangup krup krap krup krap rasanya!
OK, jom tengok resepi!
Resepi Nuget Ikan Dory
Bahan-bahan yang diperlukan:
- ikan dory beku - dipotong kepada potongan atau ketulan kecil
- tepung jagung
- telur
- sedikit lada hitam atau lada putih (sesuai selera)
- garam secukup rasa
- serbuk roti
Ada beberapa cara berbeza untuk salut dan sediakan nuget ikan ini.
- Masukkan potongan ikan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
- Seterusnya masukkan tepung jagung, telur, lada hitam atau lada putih dan garam. Saya menggunakan dua bahagian ikan dory beku. (Buat extra sebab nak jadikan rencah hidangan pasta. Malas nak masak banyak-banyak kali kan... 😜) Saya guna 2 sudu besar tepung jagung dan 1 biji telur gred A. Garam, lada putih tu agak-agak sahaja biar berasa.
- Gaulkan semua bahan-bahan bersama ikan. Just a light coating pada ikan supaya nanti senang serbuk roti nak melekat.
- Masukkan serbuk roti ke dalam pinggan. Ambil ketulan ikan dan golek-golekkan di atas serbuk roti sehingga keseluruhan permukaan ikan bersalut serbuk roti.
- Ulang proses sehingga habis.
- Sediakan tepung jagung, telur dan serbuk roti dalam tiga pinggan yang berbeza.
- Ambil ketulan ikan, salut dengan tepung, celupkan ke dalam telur yang telah dikocok sedikit dan akhir sekali salut sekata dengan serbuk roti.
- Tepung, telur, serbuk roti. Ulang proses sehingga habis.
nak sikittt saya laparrrr ;-)
BalasPadamMari datang sini. Saya buatkan batch baru 😊
Padampolis ada kat dpn rumah tu����
PadamCuba kenyit-kenyit mata kat dia sikit :D
PadamBertukar juga ikan dory jadi hidangan.
BalasPadamKena beli ikan dory.
Alhamdulillah. Tak sampai hati tengok ikan dory tu lama jadi warga freezer hahahah
PadamSedapnya ikan dory. Just keep swimming, just keep swimming
BalasPadamHahahah akak masa tengah gaul2 dory ni dok keep swimming keep swimming sorang2 😂
PadamKreatifnya! Nampak sedap sangat air fryer nugget ikan dory tu.
BalasPadamAlhamdulillah, Kak Amie. Bolehlah untuk tekak saya ni 😊
Padamwah senang nya kak..boleh try nii :)
BalasPadamSila sila... selamat mencuba, Nad!
Padammenarik menu ni..bole cuba nanti
BalasPadamSelamat mencuba, mama tisya :)
Padambudak² suka ni farrah
BalasPadamHehehe mak budak bernama Farrah ni pun suka, Kakmim :)
PadamSesekali makan nugget ikan bersalut bread crumbs goreng rangup sedap betul. Nyum nyum
BalasPadamMenarik juga buat macam nie..
BalasPadam