Sabtu, Mei 01, 2021

It’s May! Be A-MAY-ZING!

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Mei! Selamat Hari Pekerja!

Selamat beristirahat di hujung minggu.

Saya doakan mudah-mudahan bulan ke-5 2021 bakal melakar hari-hari bermakna buat kita semua. Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri fasa ketiga Ramadan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu istimewa ini akan bersama kita. Jadi, jom sama-sama rebut kesempatan yang ada untuk memanfaatkan baki Ramadan yang ada sebaiknya.


My junk journal spread untuk bulan lima. Hari ini sepanjang pagi saya menghabiskan masa di bilik kraf, buat journal setup untuk Mei. Laju bebenar aliran detik masa sekarang ini. Rasa macam baru beberapa hari lepas saya hias journal pages untuk April, tahu-tahu dah masuk bulan baharu!

Bulan 5 ini akan ada banyak keraian. Kita bakal sambut lebaran. Biarpun ini menjadi tahun kedua kita beraya dalam suasana dibelenggu ancaman Covid-19, we have to stay strong! πŸ’ͺ🏼 Bagi yang tidak dapat pulang beraya di kampung, jangan terlalu bersedih. Sabar banyak-banyak, insya-Allah suatu hari keadaan akan pulih dan dapatlah kalian pulang ke halaman dakapan yang tersayang.

Selain daripada Hari Pekerja, kita juga ada sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Jom raikan insan-insan hebat dalam hidup kalian!

Di pihak saya, bulan ini bulan kelahiran Cekebon dan adik ipar. So, celebration mode is ON!

Last but not least,  it’s May! Don’t forget to be A-MAY-ZING!😊

16 ulasan:

  1. Betul tu kak farrah, tak lama dah tetamu istimewa ni akan pergi. Sekejap je masa berlalu kan.
    Tup tup dahhh nak raya huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat sangat sekejap kan…

      Padam
    2. Sekarang pun dah tinggal berapa hari je lagi kannn.
      Tahun depan belum tentu dapat berjumpa dengan tetamu istimewa ni kannnn.

      Padam
  2. MayDay.. MayDay..
    Selamat hari pekerja. ✊🏼

    BalasPadam
  3. Bulan Mei harijadi adik perempuan dan seorang anak perempuan dia.
    Harap bulan Mei bulan beri keseronokan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan begitulah. Banyak keraian istimewa kan 😊

      Padam
  4. Bulan Mei dah datang.
    maknanya raya dah dekatlah

    BalasPadam
  5. Selamat berhujung minggu Farrah!!

    BalasPadam
  6. kejap jeee da nak masuk bulan raya kan.hikhik

    BalasPadam
  7. *Kalau tadi dah terkomen, sila abaikan. PC ting tong

    Selamat menyambut Mei. Takde mood nak raya sebab ada bau-bau PKP (bukan PKPB) Hahaha

    BalasPadam
  8. Sekejapan je dah masuk bulan mei.. memang pejam celik pejam celik nie..

    BalasPadam
  9. dia tak diam hari ni dah 20 may cpt betul ms berlalu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.