Assalamualaikum. Salam Ahad. Semoga kalian sihat untuk menjalani hari-hari terakhir Ramadan.
Hari ini kita ada keraian istimewa. Kita meraikan wanita hebat bergelar ibu. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mummy, mom, ummi ... you deserved to be appreciated not only on this special day, in fact every day.
Kalian ada sebarang perancangan istiwewa bersempena dengan hari ibu? Apa-apa pun, tolong jaga diri dan patuh SOP ya.
Rindu Cekebon
Disebabkan PKP, tahun ini tahun kedua saya tidak dapat sambut hari ibu dan hari lahir Cekebon bersamanya. Kami video call sahaja. Bagi yang memang ikut blog ini dari dahulu, kalian pasti tahu Cekebon atau Bon ialah panggilan saya untuk ibu. Adalah cerita masa kecil bagaimana tercetusnya Cekebon dan kekal sehingga ke hari ini.
Rindu hendak peluk cium Cekebon. Cekebon kategori warga tua rentan. Jadi, kami adik-beradik memang betul-betul jaga hal ini. Kalau datang rumah Cekengah (adik saya yang jaga Cekebon), memang dah lima belas minit sampai baru boleh bersua muka. Saya akan mandi, tukar baju, sanitise itu ini ... selesai semua baru boleh tenung wajah Cekebon saya.
Bagi yang berpeluang untuk bersama ibu pada hari istimewa ini, selamat meluangkan masa bersama mereka. Bagi yang terpisah dibatasi sempadan atau yang ibunya sudah kembali kepada Sang Pemilik Nyawa, kita sama-sama titip doa buat wanita istimewa yang mencurahkan kasih tanpa syarat ini. Hakikatnya, jauh di mata ... terpisah dunia ... ibu tetap dekat, subur di hati kita.
Lagu untuk Ibu
Oh, bagi yang hendak layan perasaan mengenang ibu, saya kongsi dengan kalian beberapa pautan lagu nasyid tentang ibu kegemaran saya berserta sebahagian daripada liriknya. Lagu-lagu ini sangat puitis dan menyentuh perasaan.
Jauh sudah langkah kujelajah,dakapmu laman yang kurinduLuas sudah ku lihat dunia,senyummu ukiran terindah.Tiap perilaku dan budimu,tiap air mata tumpah darahmenjadi perlambangan sejatikasih tak bersyarat.
Dikau gelaran yang muliadimartabat yang terutamamembuka jalan insan ke dunia.Kasih sayangmu maha besartak terbalas apa pun maharwangian syurga di telapakmu.Pengorbananmu tiada bibit paksamenyawakan iman di dalam dadatega kau berdusta nafi kepayahankauhirup hempedu kaualirkan madu.
Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahayamenggantikan mentari terangi malam nan gelitamembakar lilin memberikan cahayamembiar diri musnah terleburberkorban segalanya penuh rela.Biar dimamah arus usiatidak pernah kenal deritabagai sungai kasih yang mengalirtiada pengertiannya tak bertebing.
Engkau yang aku rinduengkau bertakhta di hatiku.Segalanya hanya tinggal kenanganpergi seorang insan yang amat kusayanglimpahan kasih sayangmuselautan rindukuyang pasti kau tak 'kan kembali.Ya Tuhanku tabahkanlahmenghadapi dugaanmu.
Akhir sekali, buat rakan-rakan blogger yang bergelar ibu, saya ucapkan Selamat Hari Ibu. Hari ini hari kalian. Nikmati momen ini sepenuhnya. 😊
Selamat hari ibu untuk ibu kak farrah dan ibu ibu di luar sana! :)
BalasPadamThanks, dik. Semoga kita terus berpeluang menghargai dan meraikan mereka :)
PadamBertabahlah.. Adik saya di KL pun dah 2 tahun tak balik beraya.
BalasPadamMoga kita semua bertabah menghadapinya.
PadamRindu babah mama..
BalasPadamSabar ya, PC.
PadamNasib baik duduk dengan emak dan abah. Saya memang tidak boleh berenggang. Duduk asrama selalu menangis tunggu hujung minggu mereka datang jenguk saya.
BalasPadamAlhamdulillah. Beruntung, NA. Dapat tatap wajah mereka setiap hari :)
PadamAlahai sedih baca entry ni. Semoga Cekebon dikurniakan kesihatan yang baik.
BalasPadamSedihhh nyaaaa. Teringat kat mak mertua.. 2 tahun gak xjumpa. Memang hari2 buat videocall 😁
BalasPadamSangat beruntung mereka yang masih berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu.. Sha doakan semoga mak kak Farah diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
BalasPadamTak perasan pun pasal hari ibu ini.. 🙈🙈
selamat hari ibu utk semua ibu yg hebat ;-)
BalasPadam