Ahad, Mei 09, 2021

Kasih Tak Bersyarat

Assalamualaikum. Salam Ahad. Semoga kalian sihat untuk menjalani hari-hari terakhir Ramadan.

Hari ini kita ada keraian istimewa. Kita meraikan wanita hebat bergelar ibu. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mummy, mom, ummi ... you deserved to be appreciated not only on this special day, in fact every day.

Kalian ada sebarang perancangan istiwewa bersempena dengan hari ibu? Apa-apa pun, tolong jaga diri dan patuh SOP ya. 


Rindu Cekebon

Disebabkan PKP, tahun ini tahun kedua saya tidak dapat sambut hari ibu dan hari lahir Cekebon bersamanya. Kami video call sahaja. Bagi yang memang ikut blog ini dari dahulu, kalian pasti tahu Cekebon atau Bon ialah panggilan saya untuk ibu. Adalah cerita masa kecil bagaimana tercetusnya Cekebon dan kekal sehingga ke hari ini.

Saya dan Cekebon, partner-in-crime terbaik saya untuk buat kerja-kerja bodoh yang akan buat kami terbahak-bahak menyesal di kemudian hari. 😁


Rindu hendak peluk cium Cekebon. Cekebon kategori warga tua rentan. Jadi, kami adik-beradik memang betul-betul jaga hal ini. Kalau datang rumah Cekengah (adik saya yang jaga Cekebon), memang dah lima belas minit sampai baru boleh bersua muka. Saya akan mandi, tukar baju, sanitise itu ini ... selesai semua baru boleh tenung wajah Cekebon saya. 


Bagi yang berpeluang untuk bersama ibu pada hari istimewa ini, selamat meluangkan masa bersama mereka. Bagi yang terpisah dibatasi sempadan atau yang ibunya sudah kembali kepada Sang Pemilik Nyawa, kita sama-sama titip doa buat wanita istimewa yang mencurahkan kasih tanpa syarat ini. Hakikatnya, jauh di mata ... terpisah dunia ... ibu tetap dekat, subur di hati kita.


Lagu untuk Ibu

Oh, bagi yang hendak layan perasaan mengenang ibu, saya kongsi dengan kalian beberapa pautan lagu nasyid tentang ibu kegemaran saya berserta sebahagian daripada liriknya. Lagu-lagu ini sangat puitis dan menyentuh perasaan.


Jauh sudah langkah kujelajah, 
dakapmu laman yang kurindu
Luas sudah ku lihat dunia, 
senyummu ukiran terindah.

Tiap perilaku dan budimu, 
tiap air mata tumpah darah
menjadi perlambangan sejati 
kasih tak bersyarat.

 

Dikau gelaran yang mulia
dimartabat yang terutama
membuka jalan insan ke dunia.

Kasih sayangmu maha besar
tak terbalas apa pun mahar
wangian syurga di telapakmu.

Pengorbananmu tiada bibit paksa
menyawakan iman di dalam dada
tega kau berdusta nafi kepayahan
kauhirup hempedu kaualirkan madu.

Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahaya
menggantikan mentari terangi malam nan gelita
membakar lilin memberikan cahaya
membiar diri musnah terlebur
berkorban segalanya penuh rela.

Biar dimamah arus usia
tidak pernah kenal derita
bagai sungai kasih yang mengalir
tiada pengertiannya tak bertebing.


Engkau yang aku rindu
engkau bertakhta di hatiku.

Segalanya hanya tinggal kenangan
pergi seorang insan yang amat kusayang
limpahan kasih sayangmu
selautan rinduku
yang pasti kau tak 'kan kembali.

Ya Tuhanku tabahkanlah 
menghadapi dugaanmu.


Akhir sekali, buat rakan-rakan blogger yang bergelar ibu, saya ucapkan Selamat Hari Ibu. Hari ini hari kalian. Nikmati momen ini sepenuhnya. 😊


12 ulasan:

  1. Selamat hari ibu untuk ibu kak farrah dan ibu ibu di luar sana! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, dik. Semoga kita terus berpeluang menghargai dan meraikan mereka :)

      Padam
  2. Bertabahlah.. Adik saya di KL pun dah 2 tahun tak balik beraya.

    BalasPadam
  3. Nasib baik duduk dengan emak dan abah. Saya memang tidak boleh berenggang. Duduk asrama selalu menangis tunggu hujung minggu mereka datang jenguk saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Beruntung, NA. Dapat tatap wajah mereka setiap hari :)

      Padam
  4. Alahai sedih baca entry ni. Semoga Cekebon dikurniakan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  5. Sedihhh nyaaaa. Teringat kat mak mertua.. 2 tahun gak xjumpa. Memang hari2 buat videocall 😁

    BalasPadam
  6. Sangat beruntung mereka yang masih berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu.. Sha doakan semoga mak kak Farah diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Tak perasan pun pasal hari ibu ini.. 🙈🙈

    BalasPadam
  7. selamat hari ibu utk semua ibu yg hebat ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.