Khamis, Mei 20, 2021

Ketam Batu Tangkai Jering

Assalamualaikum. 😊

Hari ini kita belajar perkataan baharu ya. Perkataan hari ini merupakan sebahagian daripada bahan ulang kaji Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 2 saya. Topik Spending Money, jadi saya turut dedahkan mereka dengan perkataan-perkataan yang berkait dengan wang, perbelanjaan dan pengurusan wang. Sekadar aktiviti tambahan buat tambah -tambah kosa kata dan ajak mereka guna kamus.

Antara perkataan baharu yang dipelajari ialah:

Penurious (kata adjektif) bermaksud sangat kedekut atau bakhil. Selain daripada itu, perkataan ini juga membawa satu maksud lain iaitu sangat miskin. Jadi, jika hendak guna kena ikut situasilah ya.


Contoh penggunaan penurious (kedekut) dalam ayat:

1. She was so penurious, that she did not give me what was necessary to sustain life.

2. His penurious behaviour is getting on my nerves.


Dalam bahasa kita, ada simpulan bahasa yang merujuk kepada orang sebegini. Pertama, ketam batu. Satu lagi, tangkai jering. 😁


Terdapat beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada orang yang kedekut:

  • skinflint 
  • cheapskate 
  • pinchpenny
  • miser


Saya biasa guna skinflint dan cheapskate sahaja. Cheapskate tu pun lebih kepada bahasa informal. Haa... lepas ni bolehlah guna perkataan-perkataan di atas ikut keadaan. 


Perkataan lain yang berkaitan dengan tabiat berbelanja pula:

  • spendthrift - orang yang boros berbelanja
  • frugal - jimat atau berbelanja secara hemat
  • thrifty - boros


Semasa kelas, saya minta pelajar-pelajar saya untuk bina satu ayat menggunakan mana-mana perkataan di atas. Ada satu yang betul-betul mencuit hati saya:


I don't like the character of Haji Miser in the movie that I watched last night.


Rasa-rasa dapat agak tak Haji Miser tu siapa? Filem apa? 😁

Selamat menikmati hari! Insya-Allah, hujung minggu nanti saya blogwalking ziarah raya. 😎

18 ulasan:

  1. Haji Miser tu dari cerita P.Ramlee ke kak.. hehehe..
    Kreatif bila anak-anak ini bina ayatkan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul! Memang kreatif! Panjang je akal masing-masing :)

      Padam
  2. Haji Miser ialah watak dalam Labu Labi.
    Tambah pengetahuan pasal ketam batu.

    BalasPadam
  3. Bagusss.. Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak. Inilah skrip pak haji Miser tu.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Pak Haji Miser memang bijak merancang ekonomi :D

      Padam
  4. Balasan
    1. Terjangkau dek akal tu pikirkan Haji Miser ;)

      Padam
  5. suka nya belajar benda baru hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak belajar, kita belajar sama. Diorang ni bila bagi perkataan-perkataan baru, celik mata sikit dalam kelas.

      Padam
  6. hhhaha.... pandai dia buat ayat ye :p

    BalasPadam
  7. Good sharing. tak pernah tahu pun sebelum ni..

    BalasPadam
  8. New knowledge kak farrah. Biasa pakai cheapskate aje hehehe. Tak pernah nak guna perkataan lain hahaha :D

    BalasPadam
  9. Tq share ilmu hari ni. Hehe..Tahu, Haji Bakhil kah?

    BalasPadam
  10. Selama ni saya ingatkan thrifty tu berjimat. Salah rupanya. Saya selalu guna perkataan cheapskate. Nak guna pinchpenny la lepas ni. Sound so bri'ish

    BalasPadam
  11. Haji miser - haji bakhil!! Kreatif!! Cik TK belajar benda baru hari ni!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.