Rabu, Mei 19, 2021

Menang Contest #Luckyblog by AO

Assalamualaikum. Selamat pagi, semua. Salam Syawal ke-7. Masih makan-makan raya lagi ke? Saya dah mula sibuk dengan kelas tuisyen online. Jadi, memang kebanyakan masa duduk depan komputer menghadap muka dan telatah comel anak-anak murid cilik saya. 😊 Selamat kembali bekerja. Selamat kembali meneruskan rutin biasa dan untuk anak-anak, selamat ber-PdPR.

Semalam semasa nak approve komen-komen di blog, saya baru perasan ada komen daripada Alien Oren (AO). AO maklumkan yang saya salah seorang pemenang untuk contest #luckyblog yang dianjurkannya.

Lihat entri pengumuman dan senarai pemenang di sini. 👇🏻


Alhamdulillah, saya menang hadiah tempat kedua. 😊 Tak sangka juga sebenarnya sebab menjelang hari-hari akhir contest, saya sibuk siapkan tugasan edit manuskrip. Jadi, memang tak sempat langsung hendak kumpul points. Dah raya, sibuk makan pula hehehe 

#luckycontest AO ni menarik tau konsepnya. Berlangsung  selama sebulan (15 April - 15 Mei), saya kira contest ini berbeza daripada GA lain yang pernah saya sertai. Sepanjang tempoh contest ini, kita kena usaha untuk mengumpul sebanyak points yang boleh menggunakan SweepWidget. Masuk contest inilah baru saya tahu apa itu SweepWidget.

Etsy Template

Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang best! Hadiah untuk pemenang tempat kedua ialah

1 x Etsy Template bernilai RM30 termasuk

  • Header Blog
  • Customize Colors





Gembira saya bukan kepalang. Rezeki Syawal, merasalah From FAMF Tower ‘tukar baju’ nanti. Selepas ini, hendak pergi intai-intai templates di Etsy lah.

Terima kasih banyak-banyak, AO. Tahniah juga kepada rakan-rakan lain yang turut terpilih sebagai pemenang!



17 ulasan:

  1. Tahniah atas kemenangan ini. ����

    BalasPadam
  2. Lepas ini berbeza baju blog ini.
    Tidak sabar tengok warna tema baju blog raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tengah pening kepala nak pilih warna apa ni, NA :)

      Padam
  3. Tahniah....x sabar nak tgok rumah baru x lama lagi..

    BalasPadam
  4. Tahniah Farah MF!!Boleh lah tukar baju blog nanti,hi3

    BalasPadam
  5. Tahniah Farrah! Berbaju baru lah nanti ye..hehe

    BalasPadam
  6. Tahniah! Rezeki di hari raya.

    BalasPadam
  7. wah bestnya dapat template baru nanti. tahniah sis :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Kak Farah..
    Tak sabar nak tengok perubahan.. hehehe

    BalasPadam
  9. wowww, seronoknyaaaa. x sabarnyaaa nk tengokk blog akk bertukar wajah nty ;)

    BalasPadam
  10. Tahniahh kak farrah! Saya kecundang jatuh no 5 hahahaha sebab tak sempat collect points. Tak apa, tak ada rezeki kan farrah hehehe. Tak sabar nak tengok ghupa baru blog kak farrah ni :P

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..tahniah kak Farrah. Tak sabar nak tengok rumah baru Kak Farrah :)

    BalasPadam
  12. Tahniah kak. Saya pun lupa pasal GA ni. Memang ciput la point lama tak collect. Hehe. Tak sabar tunggu wajah baru Tower ni

    BalasPadam
  13. Wahh tahniah kak!! Tak sabar nak tengok baru baru blog ni nanti!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.