Selasa, Mei 18, 2021

Peluang Jana Pendapatan Sampingan dengan Tinjauan Berbayar (Paid Surveys)

Kalian suka tak jana pendapatan online dengan buat paid survey (kajian berbayar)? Maksud saya, kita libatkan diri dengan jawab atau lengkapkan kajian  di platform tertentu secara online, kumpul mata dan boleh tebus baucar atau wang tunai.

Dahulu saya memang rajin sertai kajian sebegini. Meriah juga mengumpul baucar tunai dan menabung dalam Paypal. Untung apa ... sambil-sambil bosan tak buat apa, tekan-tekan phone, lengkapkan survey ... dapat baucar, dapat duit lebih buat beli jajan. Tetapi, sekarang saya dah tak rajin sangat dah. Lagipun saya cuba kurangkan screen time saya. Kesian dekat mata. 😀

Meskipun tidak seaktif muda-muda dahulu buat paid surveys, saya masih menggunakan aplikasi Milieu. Pernah dengar tentang Milieu? Milieu ni, salah satu aplikasi online surveys juga cuma bagi saya tinjauan-tinjauan di Milieu lebih santai. Format tinjauan/kajiannya pun menarik. Tak complicated.


Biasanya dalam seminggu ada beberapa kajian yang boleh kita buat. Setiap kajian yang dilengkapkan akan diberi markah. Markah-markah perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum kita layak menebus ganjaran seperti GrabRide, GrabFood, Decathlon, Shopee dan Lazada. Touch n Go e-wallet credit pun ada. 😊

Awal bulan lepas , saya tengok jumlah markah saya sudah melayakkan saya untuk tebus baucar. Yeayyy! Saya pilih baucar Shopee bernilai RM20. Lengkapkan proses penebusan, kemudian beberapa hari selepas itu, saya terima kod baucar saya melalui e-mel.

Sepanjang menggunakan Milieu, rasanya ini kali ke-6 atau ke-7 saya tebus hadiah. Jawab soalan yang mudah-mudah, dapat duit jajan. Kira berbaloilah. Bagi yang berminat untuk cuba Milieu, boleh cari aplikasi ini di Apple Store atau Google Play. Jika ingin dapatkan 500 mata tambahan, boleh masukkan referral code ini - FY8F0G


Surveytime pun okey 😊

Selain Milieu, saya juga sekali-sekala akan buat survey di Surveytime kerana kita tidak perlu bersusah payah kumpul mata untuk terima ganjaran. Siap je satu kajian, terus proses pembayaran akan dibuat. Setiap kajian bernilai sama ada USD0.5 ataupun USD1 yang boleh ditebus melalui Paypal dan beberapa kaedah pembayaran lain. Ini saya suka. Kita tidak rasa terbeban atau terikat perlu mengumpul amaun tertentu sebelum dibolehkan untuk cash out

Hendak cuba Surveytime? Daftar di sini.



Platform Survey Lain yang Berbaloi Dicuba

Di bawah ini, saya senaraikan beberapa platform kaji selidik yang legit, mana tahu ada yang berminat ingin cari pendapatan sampingan secara dalam talian. Kaji selidik yang telah diselesaikan akan diberi ganjaran sama ada dalam bentuk baucar atau wang ringgit. 


Bagi yang hendak berjinak-jinak dengan affiliate pula, boleh cuba daftar Involve Asia.





Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi yang di atas ni yang saya betul-betul percayalah. Pernah cuba dan berjaya tebus ganjaran. Tak susah nak tebus poin dan yang penting tak minta details yang bukan-bukan. Ada satu atau dua platform survey siap minta alamat lengkap dan nombor i/c lagi. Saya tak berkenan sangat kalau begitu.

28 ulasan:

  1. wahh., untungla dpt diskaun beli brg shopee., ;p

    BalasPadam
  2. tak pernah try yg ini...
    akak slalu jawab2 survey kumpul point air asia je hahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya pulak yang kumpul2 point Air Asia tu memang tak pernah buat :)

      Padam
  3. Terus saya joint yang payment direct ke Paypal tu kak Farah.. tq share ye kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Sha. Nanti kalau ada apa2 yang tak sure, tanya akak :)

      Padam
  4. menarik ni, tak pernah lagi try survey2 ni :)

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing. Selamat bershopee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopee shopee shopee shopee shopee shopee... tapi akak tak joget cam Iman Troye tulah ;)

      Padam
  6. Nice sharing kak farrah! Saya biasa yougov je, pernah dah redeem harituu 5000 points dapat RM70. Boleh la daripada tak ada hahahaha. Jenuh jugak lah nak collect 5000 points tu >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Yougov memang tak banyak survey sangat berbanding yang lain. Tapi, sekali dapat RM70 tu boleh senyum lebarlah juga kan :)

      Padam
    2. Hahahaha betul tu kak farrah. Senyum lebarr jugak dapat RM70 tu :D

      Padam
  7. Tq for sharing. Baru tahu tentang ni

    BalasPadam
  8. Kena rajin jawab soalan dan jujur tidak sambil lewa.

    BalasPadam
  9. baru tahu... kena extra rajin laa nmpk nya lps download app ni ;-)

    BalasPadam
  10. Tak pernah buat paid survery. Best jugak tu kumpul point dan tebus voucher. Satu penjimatan. Tq share :)

    BalasPadam
  11. Oh menarik juga ni.. tak pernah lagi cik tk join paid survey

    BalasPadam
  12. wahhh, first time baca ada dapat baucer ni.

    BalasPadam
  13. Nak tanya , voucher shopee tu gunanya mcm mana ye ? Ade tebus tapi belum dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah tebus di Milieu, nanti mereka akan hantar (dalam tempoh 10 - 12 hari) satu link untuk kita claim baucar tu. Salin code baucar dan terus boleh guna di Shopee semasa nak check out.

      Padam
  14. Alhamdulillah dapat tahu ada peluang dapat rezeki di sini. Tak da tanya info yang lebih-lebih tu nak jugak cuba. InshaAllah. Thanks Farrah for sharing.

    BalasPadam
  15. boleh dicuba ni..why not kan?

    BalasPadam
  16. Dulu rajin jugak jawab-jawab survey ni tapi tulah hangat-hangat tahi ayam memula je rajin dah lelama ke laut huhuhuu...

    BalasPadam
  17. Macam mana nak tebus ganjaran di milieu tu kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masuk aplikasi tu, pilih butang paling kanan di bahagian bawah. Nanti akan muncul ganjaran2 yang boleh ditebus andai points dah cukup. Pilih ganjaran, ikut langkah2 seterusnya. Nanti akan dapat emel confirmation 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.