Isnin, Julai 12, 2021

Fika dengan Homebaker@Clover Cinnamon Rolls

Khamis lepas, Cekengah hubungi saya untuk maklumkan akan ada orang datang hantar cinnamon rolls. Adik saya yang seorang ni, dia memang ada satu perangai. Setiap kali makan kek atau desserts yang sedap, dia mesti akan teringat pada adik-beradik. Makan benda lain macam sate ke … stik ke … udang galah ke … dia tak ingat sangat pada kami hahaha. 😂 

Lazimnya, apabila dah teringat kami tu, dia akan buat pesanan tambahan untuk dihantar ke rumah saya dan adik bongsu. Jadi, kami tinggal bersedia untuk terima kiriman kasih sayangnya di muka pintu dengan senyuman gembira dan ruang perut yang agak kosong.

Kali ini Cekengah belanja cinnamon rolls dari Homebaker@Clover.

Bungkusan manis beraroma sudah tiba. Happiness starts here.

Cinnamon rolls Homabaker@Clover ada banyak perasa. Jika tengok di Instagram dan Facebook mereka memang terliur habislah. Ada pelbagai seleksi yang boleh menepati cita rasa semua. Cekengah ordered 4 perasa. Saya tidak pasti sama ada setiap satu ada nama spesifik ataupun tidak. Saya berpeluang rasa cinnamon rolls asli, yang ada Nutella, coklat cip dan yang berjem. Semua yummy! Kalau ikut tamak, boleh habis semua sekali gus ni. Tapi, saya sedar diri dan sedar kalori hahaha. Jimat-jimat makan. 1 roll untuk 1 sesi fika.

Yang ini cinnamon roll perasa asli. Kaya dengan rasa kayu manis yang sangat beraroma. Bagi saya ini antara cinnamon rolls yang sedap. Sesuai sangat untuk fika atau minum petang. Penat beberapa jam buat kerja di hadapan komputer, berhenti rehat sebentar untuk coffee break bersama ahli keluarga. Recharge diri dengan cinnamon rolls yang digandingkan dengan secangkir kopi. 

Lagi sedap jika sebelum makan tu, cinnamon roll dipanaskan dalam oven atau ketuhar gelombang mikro sebentar, kemudian dimakan ketika masih dalam keadaan suam-suam. Alhamdulillah, nikmatnya! Masa ni memang rasa sayang membuak-buaklah pada Cekengah! 😂

Andai kalian teringin hendak makan cinnamon rolls produk Homebaker@Clover ini, cari mereka di Instagram dan Facebook ya. Ada banyak cawangan, boleh self-collect atau minta sahaja dihantar ke lokasi anda.


Pstt! Nanti hari ni kalau sempat saya blogwalking ya. Rindu nak bertandang ke blog teman-teman semua. 

19 ulasan:

  1. sedapnya cinnamon rolls. favourite saya ni. Walaupun kurang makan dessert, tapi yang ni tak pernah tolak. thanks share kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan... akak memang tak akan tolak cinnamon rolls. Aroma dia punyalah semerbak, dah kenyang pun mengaku lapar 😆

      Padam
  2. Alhamdulillah. Sama-sama rasa dan nikmati.

    BalasPadam
  3. K ret x minat sgt cinnamon rolls bi sbb petisa nya tu hehe tp tgk yg farah dpt ni cam menarik plak.. Nnt nak g usha2 la kat fb dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya berjaya juga beli cinnamon ni heheh

      Padam
    2. Kak Ret, baru singgah rumah Kak Ret tadi tengok juadah berbuka cinnamon rolls hehehe. Ada a few flavours yang Kak Ret beli nampak menggoda sangat!

      Padam
    3. bagel dia pun sedap farah!!
      Hahaha alang2 beli jejauh kan, tu yg beli sekali byk flavor...
      semua pun sedap2.... :)

      Padam
  4. Dah macam-macam orang buat perisa. Kini roti kayu manis dipelbagaikan.

    BalasPadam
  5. huhuuuu..sedapnya..shida suka betul mkn roti2 mcm ni kak farrah..

    BalasPadam
  6. menarik brand ni..suka aroma kayu manis..

    BalasPadam
  7. Lama teringin makan cinnamon rolls ni. Nampak gebu dan menarik betul presentation dia. Rezeki ada orang kirimkan untuk kita juga. Kasih sayang adik beradik gitu sama sama merasa walaupun jauh. Dah tengok dah, cuma ada outlet di Shah Alam je. huhu..

    BalasPadam
  8. Wow,roti cinnamon nii nampak sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  9. sedapnya! Dah lama tak makan cinnamon rolls

    BalasPadam
  10. Kak Amie pun suka cinnamon rolls! Sedap kan Farrah.

    BalasPadam
  11. sedapnyaaa kalau dpt mkn ms minum petang dgn teh o panas fuhhh

    BalasPadam
  12. Tak pernah makan cinnamon rolls ni sebab tak suka cinnamon😅

    BalasPadam
  13. Sedapnya, rasa mcm nk buat sendiri pulak, yumss

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.