Ini kisah dua minggu yang lalu. Saya sedang sibuk menguruskan material untuk kelas di bilik kerja. Tiba-tiba Bott masuk tanya kenapa saya beli double sided tape lagi sedangkan masih ada banyak pita tersebut dalam stok barang kraf saya. Ketika itu dia sedang buka bungkusan-bungkusan pembelian online kami yang baru sampai.
Double-sided tape? Pelik. Saya tidak beli sebarang bentuk gam atau pita pelekat pun. Setelah dibuka bungkusan berkenaan betul-betul dan diteliti, ini yang saya terima.
Memang double-sided tape. Tapi, bukan yang baharu. Ini gelung double-sided tape yang telah digunakan.
Di dalam gelungan itu baru barang yang saya beli. 😎
Saya beli satu tiub kecil Advocate Cat Flea & Tick Spot-On Solution untuk Yuri. Yuri pakai ubat kutu ni tiap-tiap bulan untuk perlindungan jangkitan kutu dan earmites. Sebenarnya, dalam simpanan kami ada satu kotak yang mengandungi 3 tiub ubat kutu. Malangnya, simpan punya simpan, sampai tak jumpa letak di mana.
Mujur ada kedai pet online yang jual satu tiub secara berasingan. Jadi, saya belilah satu unit sementara hendak menjejak kotak ubat kutu yang terlampau disimpan itu.
Kreatif penjual ini, kan? Sedaya upaya lindungi produk yang kecil cenonet dengan menggunakan bahan terpakai. Boleh beri markah lebih di situ. Barang selamat sampai tanpa cela. Dah selamat calit pada tengkuk Yuri pun.
Tengok gelung double-sided tape teringat pada satu cerita yang saya baca sebelum ini. Seorang pelanggan ni beli alat sparepart secara online. Apa yang menariknya, penjual telah bungkus sparepart yang dibeli menggunakan sabut kelapa. Memang kalahlah bubble wrap, inflatable air packaging tu semua. Betul-betul berfikir di luar kotak. 😂
Terhibur saya dapat barang dibungkus unik sebegini. Penjual-penjual macam ni layak untuk dapat ulasan yang baik kerana mereka berusaha cuba untuk pastikan barang sampai kepada kita dalam keadaan sempurna.
Ada juga segelintir penjual yang bikin panas hati, bungkus produk tanpa ambil sebarang langkah berjaga-jaga. Asal boleh sahaja.
Saya pernah beli chia seeds. Pek chia seeds diletakkan di dalam sebuah kotak yang dibuat sendiri (ada lubang di sana sini dan tidak dibungkus dengan sebarang plastik tambahan atau bubble wrap). Hendak dijadikan cerita, plastik chia seeds itu sendiri tidak di-seal dengan betul. Bayangkan, menjelang sampai kepada saya produk yang beratnya 250g dah tinggal 80g! Selebihnya, buat jejak dari kedai - fasiliti logistik - kereta adik Ninja - rumah saya.
Bila saya hubungi penjual, hanya sebaris sahaja ayat - So sorry dear. Lepas tu, siap lampirkan dasar tak boleh return atau refund. Saya pun kalau ikutkan memang tak adalah nak bersusah-payah keluar rumah semata-mata nak refund barang. Lagi-lagi chia seeds tu harganya sekitar RM6 - 7. Cuma geram dengan sikap tak bertanggungjawab si penjual. Paling tidak, boleh je dia guna plastik flyer biasa tu. Sekurang-kurangnya, apabila seal plastik chia seeds terbuka, biji-biji chia kekal dalam flyer.
Kalian pula bagaimana? Ada pengalaman menarik (atau yang kurang baik) tak dari segi pembungkusan melalui sebarang pembelian online? Kongsi-kongsilah di sini.
macam cara peniag online bungkus barang mereka, pernah juga beli barang kecil macam ni tapi dapat kotak besar gedabak..haha
BalasPadamHahaha akak pernah juga dapat begitu! :D
PadamKreatifnya!!!!! saya rasa cantik sangat packagingnya uuuuu
BalasPadamBijak peniaga tu guna barang-barang yang ada :)
PadamPernah dapat barang (rak pinggan besi) kemek sebab tak letak bubble wrap. Kotak pun hancur. Nasib baik item belum completed lagi (shopee) terus buat return refund sbb item tak boleh guna. Dented teruk
BalasPadamMujurlah platform sebegini ada polisi untuk protect pembeli dan boleh refund, kan? Kadang-kadang tu frust juga dengan peniaga macam ni... macam tak boleh guna common sense nak lindungi barang.
PadamBagusnya seller tu jaga rapi bungkusan yg nak disampaikan pada customer .
BalasPadamEffort yang patut dipuji. :)
PadamBagus dan kreatif seller tu! Saya pernah beli skincare trial, sampai dah hancur sikit sebab tak ada bubble wrap, almaklumlah beli yang trial aje kan, murah sebab tu kot seller tak letak bubble wrap huhuhu :')
BalasPadamAkak rasalah kan seller yang nak jimat kos pembungkusan dan tak mahu guna bubble wrap ni at least letak pilihan kat listing item yang membolehkan kita request (bayar) bubble wrap untuk packaging. Bila dah letak pilihan begitu, at least kita boleh decide on whether or not nak 'extra care' dalam shipping. :)
PadamNasib baik barang Tiqah tu hancur sikit je. Dibuatnya hancur bersepai semua, apa yang nak kita try nya? 😆
PadamBetul kak farrah, mujur hancur sikit, kalau total hancur, apa benda saya nak try pun tak tahu lah hahaha. Memanglah murah je sebab trial, tapi itulah. Add on bubble wrap takde. Kann, kalau dia ada letak option add on bubble wrap, memang saya selalu beli. Extra care. Tapi seller tu tak letak.
PadamYang penting barang yang kita order tu sampai dengan selamat
BalasPadamBetul tu, wak.
PadamSaya dan isteri sebagai peniaga di Shopee mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam pembungkusan.. Bahan-bahan pembungkusan antara kos yang diambil kira, kotak, plastik buble, pelekat, plastik hitam pembungkusan dan macam-macam lagi.. Bukan senang rupanya nak meniaga online ni.. Alhamdulillah, buat masa ni, semua sambal-sambal yang saya jual sampai ke destinasi dengan selamat walaupun sambal saya menggunakan botol kaca.
BalasPadamAlhamdulillah, semoga bisnes Encik Fairusn dan isteri terus berkembang dan sukses.
PadamKreatif penjual. Pernah nampak yang balut guna sabut tu. Memang terbaik. Ada je seller yang asal boleh, janji hantar. Pernah beli kinetik sand, seller hanya letakkan dalam plastik pelekat nipis tu. plastik tu koyak dari dalam kot. mujurlah luar dia plastik parcel tebal sikit. kalau dua dua bocor, lansung dapat bungkusan kosong je lah.
BalasPadamFuh, nasib baik!Kalau tak, dari kinetik sand jadi invisible sand pula 😂
Padamnak bagi yang terbaik untuk barang customer nyaa.. :)
BalasPadamGigih usahanya hehehe akak suka!
Padamseller berusaha nk lindungi brng kita.. xkisah cara apa skali pon.. guna sabut kelapa pon ok je asalkan brng selamat.. hikhik..
BalasPadamYang penting barang selamat sampai kan...
PadamKreatifnya penjual ubat kutu kucing tu. Thumbs up. So far beli online pernah kecewa sekali je. Beli mouse pad, dah siap pesan jangan lipat, tapi dia lipat juga 2,3 keping. Dah kemek, x cantik nak buat hadiah giveaway,nasib baik beli extra. Tapi chia seed dalam kotak tu memang tak patut sangat la.
BalasPadamAihh... nak kena luku dahi ni! Siapa ajar dia mouse pad boleh lipat2? Akak memang terkilan jugak memikirkan chia seed akak bertebaran di jalan hahahah tapi anggap tak ada rezeki jelah. :)
PadamAnggaplah tu rezeki burung. Huhu
PadamBetul betul.. itu rezeki burung hehehe
Padambagusnya seller��������
BalasPadamamboiiii cekelat... tgh tiru Farah Ann buat gimnastik ke tuuuu������
Hahaha dia tengah training lagi tu. Farah Ann bersara nanti dia take over :)
Padamcntik lah packaging dia... kreatif!
BalasPadamKreatif kan...
PadamAsal boleh protect barang dari rosak atau kemek..boleh ajer guna ape pn hehee :)
BalasPadamBetul. Itu yang penting! :)
PadamJarang beli secara talian sebab saya suka lihat dan pegang untuk puas hati. Buat masa ini alhamdulillah beli dalam talian barang dalam keadaan baik.
BalasPadamBagusnya seller ini.. suka seller macam ini..
BalasPadam