Donut Holes untuk Minum Petang

Isnin, Julai 26, 2021

Ingat lagi mengenai Donat Maaf Aku Tak Sempurna saya sebelum ini? Semasa mengerjakan donat tersebut, saya memang sengaja asingkan donut holes (lebihan doh yang diambil dari bahagian donat yang dilubangkan) dan tidak gabung dengan baki doh yang ada. Saya biarkan donut holes ini mengembang sama-sama dengan donat yang lain, kemudian saya bakar sekejap di dalam penggoreng udara (air fryer). Cukup-cukup sahaja untuk bagi ketulan-ketulan kecil ini masak dan kekal bentuknya.

Setelah sejuk, saya simpan di dalam bekas dan dinginbekukan. Donat holes kita jadikan stok dan simpan untuk minum petang hari-hari kemudian.

Dua tiga hari belakangan ini 'kan memang cuaca panas. Mulalah mulut tu asyik mencari benda hendak dimakan. Jadi, kita gorenglah donat holes.

Donat holes saya disaluti serbuk kayu manis. Dinikmati bersama kemanisan sos karamel.


Loukoumades, Tim bits, Lokma

Sebenarnya ketulan doh kecil-kecil begini ada banyak nama. Tak silap saya di Kanada donat holes dipanggil Tim bits. Ada sesetengah tempat memang hasilkan buat doh bersaiz kecil begini lalu digoreng. Rasa tentulah lebih kurang macam donat cuma tidak berlubang di tengah. Turki ada Lokma manakala di Samarkand, doh goreng ini dipanggil zalabia. Loukoumades, lokma, zalabia, puff puff ... macam-macam nama tetapi asasnya tetap donat.


Bagi yang teringin untuk buat donat comel-comel tetapi tidak mahu menggunakan yis, saya ada satu resepi mudah untuk kalian cuba.


Resepi Donat Mini Tanpa Menggunakan Yis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung naik sendiri 
  • 1 cawan plain yogurt atau greek yogurt
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)
  • gula halus untuk saluti donat


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gaul tepung dan yogurt sehingga menjadi doh.
  2. Masukkan ke dalam piping bag. Paipkan doh bersaiz bulatan kecil ke dalam minyak panas. 
  3. Goreng sehingga warna bertukar kecoklatan.
  4. Angkat dan tuskan. Salut donat dengan gula halus.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

*Jika tiada piping bag, boleh juga sekadar sudukan adunan doh tadi ke dalam minyak panas. 

**Ingin tingkatkan lagi keenakan donat mini kalian? Selain menggunakan gula halus, boleh juga tambah sedikit serbuk kayu manis, serbuk keju Parmesan atau guna sebarang serbuk malt seperti Milo, Ovaltine atau Horlicks. 

Kalau rajin, cubalah buat donat glaze.  Tidak pun,  cairkan sedikit coklat masakan untuk dilelehkan ke atas donat.


Selamat mencuba!


Maaf, minggu lepas memang tak sempat hendak blogwalking sangat. Ada kerja luar biasa bertimbunnya. 😅 Insya-Allah, perlahan-lahan nanti saya datang terjah blog kalian ya.

44 ulasan

  1. tolong sy... bantu sy... sy nak makan donut ituuu������

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh waduh waduh! Gimana mau dibantu nih! Donatnya jauh dibatasi daerah nih 😆

      Padam
    2. donutnya harus disuntik vaksin supaya dpt rentas daerah hahahahah

      Padam
  2. Sedap jugak kan buat donut holes ni. comel comel senang nak makan pun. Macam sedap jugak disaluti dengan serbuk kayu manis cicah bersama sos karamel. sensasi rempah dan manisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk mulut pun senang! Hahaha
      Akak memang suka cinnamon gabung dengan something yang sweet macam coklat atau karamel. Gabungan rasa tu walaupun kontra tapi menjadi 😊

      Padam
    2. Betul sangat. Senang macam tu sekali ngap.

      Padam
    3. Sekali ngap satu donut. Tapi kita ulanglah beberapa kali 😂

      Padam
  3. sedapnya donut! bru je mkn donut seketul pg td.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Donat memang tidak akan mengecewakan hari kita 😁

      Padam
  4. Balasan
    1. Semestinya... donut yang masih panas masuk mulut memang heaven!

      Padam
  5. Ok boleh cuba nanti ni tanpa yis.. Hari tu guna tepung donut kat eco pun fail. Tengok rupa donut tu rasa nak nangis.. Tapi rasa dan bau memang bau donut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Naniey. Mungkin hari tu tepung donat tu merajuk. Nanti boleh cuba lagi 😁

      Padam
  6. dkt sini ada kedai yg berjual kt kpg dia jual donut je... dia mmg jual donut dan donut ball... donut ball ni donut holes ni la... kalau beli kena beli 2 versi sekali sbb yg donut ball tu sekali ngap je dlm mulut.. hehhehe... cinnamon powder tu beli brand apa ye farrah? ssh betul nk carik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kakmim. Yang sekali ngap senang masuk mulut tu yang laku keras kan hahahah Cinnamon powder saya tak ada brand yang specific. Cuma saya akan beli yang berjenama macam McCormick dan Love Earth (ini brand serbuk cendawan yang Kakmim kongsi di blog tu).

      Mahal sikit tapi berbaloi.

      Kalau beli yang murah saya rasa diorang tambah tepung atau guna cinnamon yang kurang berkualiti sebab rasanya pun tak ketara.

      Padam
    2. cari jugak mcCormick kt supermarket tp xde pulak cinnanon sugar.. cinnamon utk marinade bbq tu je salu ada.. nmpknya kena jenguk shopee jugak kn? tp kalau nk brg dr shopee kenalah sabar menunggu.. itu je lah.. hahaha

      Padam
    3. Oh I see. Kena intai Shopee lah juga ya. Tak pun, cinnamon ground McCormick tu Kakmim boleh campur dgn gula halus. Banyak mana, ikut cita rasa nak lebih rasa cinnamon atau lebih manis gula 😊

      Padam
  7. Allahu,, saya memang peminatt setia donut. Donut cicah sos karamel first time dengar. Menggodanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki cubalah. Donut dengan sos karamel memang sedapnya berganda! 😁

      Padam
  8. Haah kan. Selama dok buat donut ni tak pernah terfikir donut holes tu boleh buat kudap2 waktu petang. Lahaiiii. Lepasni kalau buat baki tu kita gowenggg jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu kan kita uli balik dengan baki doh dan bentuk donat baru kan... haaa kali ni kita goreng terus donut holes tu :)

      Padam
  9. Sedapnyaaaa! Cicah pulakk dengan karamel tuuuu, memang menggoda sungguh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bab lawan dengan sos karamel tu yang jadi tak ingat dunia makan tu! 😂

      Padam
  10. menarik cara kak farrah ni..lama dah xmkn donut walau hari2 ngadap kuih muih kat pasar ^_^

    BalasPadam
  11. Thanks share resepi tu. Kalau ada budak-budak ni sekejap je habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah budak-budak, yang pangkat mak budak ni pun... licin-licau donatnya hehehe

      Padam
  12. sedap nya donut kecik2 ciach sos caramel

    BalasPadam
  13. Aha selalu lubang donut orang akan campur balik dengan doh sampai habis donut besar.
    Saiz kecil-kecil senang makan, terus sekali masuk mulut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecil-kecil begini memang laju je masuk mulut 😆

      Padam
  14. Senang nak makan bila saiz dia kecil-kecil macam ini.. lelehkan coklat pun sedap nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.