Sabtu, Ogos 14, 2021

Kegembiraan ialah ... MAKANAN

Santai hujung minggu. Perkongsian ilustrasi Happiness Is untuk menceriakan hari. Kali ini berkisar tentang makanan.


Happiness is knowing that there's new food somewhere that you haven't tried.

A foodie, orang yang kaki makan, suka explore pelbagai makanan, memang akan boleh relate dengan perasaan ini. 

Thinking of food ... new food ... new food.

Dahulu, kalau dengar ada makanan viral atau hidangan yang sedap dekat suatu tempat, bolehlah kita main terjah je. Sekarang ini, terpaksa bertahan. Masuk dalam senarai dahulu ya, kawan-kawan. Keadaan dah betul-betul pulih, baru boleh kembali berkembara cari makanan. 

Setakat ini, ada tak makanan tertentu yang dah masuk senarai food to hunt?


Happiness is great food and great company.

Time to catch up and omnomnomnom.


Makan di luar, ramai-ramai dengan keluarga dan geng. Saya pasti, ini antara yang paling dirindui ketika ini. Malah, apabila makan ramai-ramai begini, lebih meriah. Makanan pun terasa lebih enak. Tetapi, apakan daya .... 


Happiness is watching the waiter bringing your food in a restaurant.

Momen ini paling berharga, kan? Pramusaji akan jadi insan yang paling mendapat perhatian ketika datang membawa makanan yang dipesan. Apatah lagi jika makanan berkenaan berwap-wap asap panasnya naik ke udara, yang sizzling atau yang ada banyak lelehan keju. Antara kita sedar atau tidak, rasa teruja tengok makanan tu jelas nampak di muka.😁

Happiness is finding food in the fridge at midnight.

Yang ini pula, tatkala perut menggigit minta diisi pada waktu tengah malam.

Late night treasure


Siapa macam ni? Malam-malam suka korek peti sejuk. Jumpa sesuatu untuk dimakan seolah-olah jumpa harta karun! Perut kalau dah buat orkestra malam-malam memang tidak boleh bawa bincang dah! Kalian ada tak midnight snack tertentu yang digemari? Maksud saya, kalau lapar pada waktu tak terduga begini, apa yang kalian akan makan?

Tiba-tiba teringat pada seorang chef Inggeris, Nigella Lawson. Chef ini terkenal dengan aksi 'geladah peti sejuk malam-malam buta'. Di akhir rancangan masakannya, akan selalu kelihatan aksinya membuka peti sejuk untuk mengambil lebihan makanan yang telah dimasak pada sebelah siang.




... dan yang paling mahal.

Happiness is getting home to the smell of your favourite dish being cooked by your mom.



Setuju tak?


 Credits to lastlemon dailyhappyquotes.

21 ulasan:

  1. Hehe. Makanan itu menggembirakan hati.. :) PKP ni asyik makan je..

    BalasPadam
  2. mcm sy asyik makan makan
    buka peti sejuk cari makanan

    BalasPadam
  3. Haah ada tengok Nigella geledah peti sejuk.
    Alamak kalau peti sejuk saya penuh. Kadang-kadang kena geledah betul-betul. Tapi tidak pernah geledah tengah malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau peti sejuk penuh, kena apply extra caution, NA. Nanti tak pasal-pasal kena mengemas pula.

      Padam
  4. Kalau malam-malam lapar, simple je ambil roti sapu peanut butter or if ada lebihan sambal ke kuah asam pedas or kari etc, buat cicah. Memang hepi kalau nampak waiter bawak makanan,tapi tetibe tengok tu sebenarnya untuk meja lain. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...kalau jumpa lebihan kuah atau sambal tu kira - SCORE! Oh akak gelak besar jap kat sini. Feeling bila waiter bawak makanan yang akhirnya bukan makanan suka is indescribable 😂

      Padam
  5. hhahaah baca tajuk pun dah hepi :D

    BalasPadam
  6. sekarang rasanya paling happy kalau dapat pergi jalan2 tapi bilalah tu hahaha

    BalasPadam
  7. Kakmim jarang geledah peti sejuk tgh mlm.. sbb tdo awal kot.. hehehe.. skrg ni kalau bab mknn selalu fikir #theimans ni je la.. diorg ni stok kunyah2 x boleh x ada.. nk order mkn ln fikirkan apa yg diorang suka

    BalasPadam
  8. Banyak lagi tu yang boleh menerangkan mengenai kegembiraan... Setiap orang lain cara gembiranya.

    BalasPadam
  9. perempuan be like. Haha dengar makan je hepi. Tapi masak.. Allah~ Aien la tu. Haha kaki makan. sampai laki yang bukan jenis pemakan sangat terpengaruh. Haha

    BalasPadam
  10. Happy weekend kak farrah! Food & cik timm pun xdpt dipisahkan, hehe..

    BalasPadam
  11. Waiting for the waiter to bring food tu rasa heppi bila ingat, sbb sekarang ni bertabah jadi waitress merangkap tukang masak jadian ja..hehe..

    BalasPadam
  12. Bila nak tidur, mula la perut mintak diisikan hahaha, kadang kadang saya cari jugak makanan, kadang kadang terus tidur, malas nak layan permintaan perut hahaha >.<

    BalasPadam
  13. laaaaaagggiiii happy kalau org tu blanje mkn eh ehhh😆😆

    BalasPadam
  14. Setuju! Itu sebabnya makanan disebut sebagai keperluan asas. kalau perut kosong, tak ada makanan...dunia tiada maknanya hihihiii.

    BalasPadam
  15. makan buat kita happy. Tak dapat makan ramai ramai di kedai. Dapat makan dirumah ramai ramai pun dah buat rasa happy. Lately macam jarang geledah apa yang ada. Mungkin kalau sibuk tak sempat nak lapar. Huhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.