Assalamualaikum. Selamat hari Sabtu!
Selamat berhujung minggu.
Hari ini seawal pagi saya dah lengkapkan rutin senaman. Selesai semua terus masuk bilik kraf. Sekarang bersiaran dari bilik kraf. Rasanya dalam setengah hari juga akan berada di sini.
Sudak agak lama saya enggan terima sebarang tempahan kraf baik kad ucapan, scrap book atau hiasan untuk jurnal atau planner. Saja nak berehat konon-kononnya. Tetapi, apabila dah lama tak buat projek kraf dan DIY, terasa macam ada yang kosong… ada yang tak kena hahahah.
Jadi, saya mulalah ambil beberapa tempahan. Sebelum mula siapkan pesanan orang, panaskan enjin dengan buat projek DIY saya terlebih dahulu.
Dah nak mula kerja 😊 |
Ini projek kraf terbaharu saya. Saya hendak hadiahkan pada seseorang yang sedang ubah suai home office.
Okey, waktu untuk mula buat kerja. Jumpa lagi. Bott tengah godek semua gajet saya. Harap lepas ni tak ada masalah sangat nak blogwalking. Insya-Allah, kita jumpa nanti.
Selamat menikmati hujung minggu kalian!
Jaga diri baik-baik!
Zaman belum berdiy, Farah dah lama berkraft dan diy kan, tak sabar nak tengok hasilnya.. Selamat berhujung minggu.
BalasPadamYa, lamalah juga, babYpose. Tapi buat diy kecil-kecil je. 😊 Enjoy the rest of your weekend!
PadamHantar sikit semangat nak bersenam kat sini.
BalasPadamTak sabar nak tengok hasilnya nanti.
Hahaha semangat yang ada ni pun dah macam ultraman waktu dada dia bunyi siren, Naniey 😂 tak sempat sampai kalau hantar…
PadamWah... Hepi bekerja farah hehe
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak, Kak Ret 😘
PadamTak sabar nak tengok hasill. Agak2 kak farrah share tak hasilnya nnti
BalasPadamSelamat bekerja dan behujung minggu jugaaa!
Thanks, Ain. Selamat beristirahat hujung minggu buat Ain. Insya-Allah, kalau sempat akak share. Yang ini lebih kepada akak tambah hiasan sahaja 😊
PadamSelamat panaskan enjin..dan berkarya.
BalasPadamTerima kasih, PC 😊 Enjoy the rest of your weekend!
Padamminat kita kalo xbuat mmg akn terasa 'kosong'
BalasPadamselamat kembali berkraf tangan k.farah.. =)
Kannnn … macam ada yang sumbang gitu! 😂
PadamThanks, ezy!
Have a great weekend kak Farrah. Hari Sabtu saya dihabiskan mengemas bilik dan menonton hindustan je
BalasPadamYou too, dik! Wahhh, nanti jangan lupa buat review, Sal! Akak tunggu recommendation, Sal. Lama tak tengok cerita hindustan ni.
PadamFilem lama je. Zaman Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan. Filem lama tengok balik, rasa sangat tak make sense. Hahaha
PadamSelamat membuat kraf.
BalasPadamTerima kasih, NA.
PadamWah menarik sekali
BalasPadamTerima kasih, cikgu. 😊
PadamMacam nak buat lampu tidur/lampu meja je.. kan?
BalasPadamTepat sekali. Ini lebih kurang macam lampu Ukeer yang Tuan Fairus beli untuk hadiah hari lahir anak tuan melalui blogger Anies tu. Tetapi, yang ini versi murah… tak ada ukir-ukir. 😊
PadamMasih lagi rajin berkraf diy pula tu.....dah lama tak menjengah.....
BalasPadamSis Fida, terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari. Lama tak dengar khabar berita. Moga sis Fida dan keluarga baik-baik sahaja 😊
PadamNampak menarik . Tapi masih belum boleh agak projek DIY tu . Tak sabar nak tengok kesudahan final project diy
BalasPadamBuat lampu dwifungsi, CCL. Lampu dan memo board mini. Insya-Allah, ada kesempatan akak kongsikan di sini hasil akhirnya.
PadamWah tak sabar nak tengok final project .jangan lupa kongsi
PadamWahhh bagusnya rajib buat benda begini!
BalasPadamBestnya! projek ape agaknya tu..teruja nk tahu heheee
BalasPadamSaya pun rasa macam tu. Kurang mood nak design sejak pkp ni. Walau masa tu lebih banyak tapi bila mood tak ada, tak jadi jugak. Kerja seni ni perlukan idea, masa dan mood. Bila ada mood tu jangan diganggu. Hihi..
BalasPadamTak sabar nak tengok hasilnya.
bila semangat nak buat mesti hasil dia lebih cantik kan. All the best for current and future projects!
BalasPadamutk sy kan? kan? hehehe
BalasPadam