Sumpah Semalam Sepi? Kenapa sepi? Sebenarnya saya ingin bercerita mengenai Aina Abdul. Dalam ramai-ramai artis muda, Aina Abdul antara penyanyi kegemaran saya. Selain berbakat menggubah lagu, nyanyian Aina punya kelas tersendiri. Saya selalu juga tonton video-video di saluran Youtubenya. Suka dengar lagu-lagu cover yang dinyanyikan, buat jadi teman masa buat kerja. Cuma kalau waktu tengah tertekan atau fikir banyak, tak boleh dengar Aina nyanyi lagu yang tinggi-tinggi. Makin stress saya dibuatnya 😂.
Terbaharu, Aina Abdul melancarkan sebuah single yang tajuknya juga Aina Abdul. Pelik? Memang sedikit berbeza dan unik. Kali ini Aina menggabungkan tiga lagu popularnya sebelum ini, Sumpah, Semalam dan Sepi di dalam satu lagu. Ala-ala macam mash-up song lah. Sumpah, Semalam dan Sepi memang lagu yang sangat dekat dengan penyanyi ini sendiri, yang gambarkan susah senang dan pengalaman perjalanannya sebagai anak seni. Jadi, memang tepatlah gabungan Sumpah Semalam Sepi diberi judul Aina Abdul, simbol representasi dirinya. Nak dengar, cari di Youtube ya.
Photo by Lisa from Pexels |
Lirik Aina Abdul - Aina Abdul
(Sumpah Semalam Sepi)
Sumpah, tiada niat
Untuk aku
Mendustakan kita
Berat hatiku, sepi
Jauh ... engkau pergi
Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku
Sampainya hatiku lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu, kini dekatku
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Biar rebah tak mengapa
Biar sakit, kumelangkah
Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa, kuberserah
(Teguh berdiri dan terus bermimpi) mimpi
Sepinya di dalam hati
Dirundung pilu rasa perih
Sendirian aku berbisik
Oh, merintih
Pedih kau rasa dulu,
Kini dekatku.
Antara Sumpah, Semalam dan Sepi ... yang mana paling kalian suka?
Selamat memulakan minggu baharu! Dah makan ke belum? Saya hari ini rezeki makan nasi kuning untuk sarapan.
Nampak ada jiwa seni pada penyanyi ini. Bukan sahaja seni menyanyi, malah seni dalam lirik lagunya..
BalasPadamHappy Monday Farrah. Saya kalau disuruh pilih, saya paling suka Sumpah. Lagu ni unik & cara penyampaian bersahaja :)
BalasPadamooh lirik lagu rupanya., hehehe
BalasPadambaru dapat tgkap tajuk lagu rupanya hehee..shida suka juga kak nyanyian dari Aina ni..suara mantap!
BalasPadamtak apa..kesepian itu anugerah, sepi yang bermakna bila terisi kesepian dengan ingat Allah..pasti rasa bahagia ingat Dia yang maha satu
BalasPadamdah dengar juga lagu nyanyian aina abdul ni
BalasPadamTak ramai artis sekarang yang ada aura macam zaman 90an dulu kan. Aina Abdul memang talented. Saya suka Sepi. Sumpah hari-hari saya sepi. Haha. Takdelah, mana ada sepi. Blog kan ado
BalasPadamSuka Aina Abdul gak. Itulah tu, pelik gak tiba tiba single baru tapi ehhh lagu lama. Rupanya mash up gabungan tiga lagu. Tajuk disatukan jadi tajuk yang menarik pulak. Good idea.
BalasPadamSy kenal aina pun sbb dia protégé Ella. Lps tu agak tenggelam smpi laa dia muncul dgn single pertama. Tp x dinafikan voal dia mmg mantap!
BalasPadam