Isnin, September 20, 2021

Sumpah Semalam Sepi

Sumpah Semalam Sepi? Kenapa sepi? Sebenarnya saya ingin bercerita mengenai Aina Abdul. Dalam ramai-ramai artis muda, Aina Abdul antara penyanyi kegemaran saya. Selain berbakat menggubah lagu, nyanyian Aina punya kelas tersendiri. Saya selalu juga tonton video-video di saluran Youtubenya. Suka dengar lagu-lagu cover yang dinyanyikan, buat jadi teman masa buat kerja. Cuma kalau waktu tengah tertekan atau fikir banyak, tak boleh dengar Aina nyanyi lagu yang tinggi-tinggi. Makin stress saya dibuatnya 😂.

Terbaharu, Aina Abdul melancarkan sebuah single yang tajuknya juga Aina Abdul. Pelik? Memang sedikit berbeza dan unik. Kali ini Aina menggabungkan tiga lagu popularnya sebelum ini, Sumpah, Semalam dan Sepi di dalam satu lagu. Ala-ala macam mash-up song lah. Sumpah, Semalam  dan Sepi memang lagu yang sangat dekat dengan penyanyi ini sendiri, yang gambarkan susah senang dan pengalaman perjalanannya sebagai anak seni. Jadi, memang tepatlah gabungan Sumpah Semalam Sepi diberi judul Aina Abdul, simbol representasi dirinya. Nak dengar, cari di Youtube ya.

Photo by Lisa from Pexels

Lirik Aina Abdul - Aina Abdul

(Sumpah Semalam Sepi)


Sumpah, tiada niat

Untuk aku

Mendustakan kita

Berat hatiku, sepi

Jauh ... engkau pergi


Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu

Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini

Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri

Dengan seribu calar ungu


Bodohnya aku melepaskanmu

Sesal yang kurasa menghantui diriku

Sampainya hatiku lukakan cintamu

Pedih kau rasa dulu, kini dekatku


Mana pergi janji dulu

Mana cinta sayangmu

Mana semua itu

Mana pergi janji dulu

Mana cinta sayangmu


Biar rebah tak mengapa

Biar sakit, kumelangkah

Takkan pernah aku mengalah, kecewa

Biar gelita badai melanda

Tak terhapus perit jiwa, kuberserah

(Teguh berdiri dan terus bermimpi) mimpi


Sepinya di dalam hati

Dirundung pilu rasa perih

Sendirian aku berbisik

Oh, merintih


Pedih kau rasa dulu, 

Kini dekatku.


Antara Sumpah, Semalam dan Sepi ... yang mana paling kalian suka?

Selamat memulakan minggu baharu! Dah makan ke belum? Saya hari ini rezeki makan nasi kuning untuk sarapan. 






9 ulasan:

  1. Nampak ada jiwa seni pada penyanyi ini. Bukan sahaja seni menyanyi, malah seni dalam lirik lagunya..

    BalasPadam
  2. Happy Monday Farrah. Saya kalau disuruh pilih, saya paling suka Sumpah. Lagu ni unik & cara penyampaian bersahaja :)

    BalasPadam
  3. baru dapat tgkap tajuk lagu rupanya hehee..shida suka juga kak nyanyian dari Aina ni..suara mantap!

    BalasPadam
  4. tak apa..kesepian itu anugerah, sepi yang bermakna bila terisi kesepian dengan ingat Allah..pasti rasa bahagia ingat Dia yang maha satu

    BalasPadam
  5. Tak ramai artis sekarang yang ada aura macam zaman 90an dulu kan. Aina Abdul memang talented. Saya suka Sepi. Sumpah hari-hari saya sepi. Haha. Takdelah, mana ada sepi. Blog kan ado

    BalasPadam
  6. Suka Aina Abdul gak. Itulah tu, pelik gak tiba tiba single baru tapi ehhh lagu lama. Rupanya mash up gabungan tiga lagu. Tajuk disatukan jadi tajuk yang menarik pulak. Good idea.

    BalasPadam
  7. Sy kenal aina pun sbb dia protégé Ella. Lps tu agak tenggelam smpi laa dia muncul dgn single pertama. Tp x dinafikan voal dia mmg mantap!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.