Dua tiga hari ini saya masih menghabiskan makanan yang dihantar oleh kawan saya pada hujung minggu lalu. Cerita lanjut di sini. Untuk fika hari ini, saya makan dua potong piza yang dibakar menggunakan ketuhar arang.
Alhamdulillah. Saya makan dengan gembira. Yang sebelah atas tu pepperoni dengan keju. Satu lagi tidak pasti apa perasanya. Saya suka tekstur dan aroma asap-asap pada roti piza. Dua potong di atas sekejap sahaja saya habiskan. Ada beberapa potong lagi di dapur, tetapi cukuplah dulu. Nanti terlebih makan mengantuk, terus tak jadi kerja.
Misalnya, individu yang suka piza keju tanpa tambahan bahan-bahan lain seorang yang tenang, boleh dijangka dan suka berada dalam zon selesa. Orang yang suka pepperoni pula jenis yang ceria, periang dan tidak fikir perkara berat-berat.
Bagi penggemar cendawan, kalian dikategorikan sebagai golongan yang bersikap terbuka, sangat memahami dan mudah dibawa berbincang. Yang suka pesan specialty pizza atau piza perasa baharu pula lazimnya seorang yang kreatif, adventurous dan suka mencuba.
Menarik, kan? Sejauh mana betul atau tidak, saya kurang pastilah. Jika kalian bosan-bosan, cuba cari personality test berkaitan dengan pizza toppings. Tengok tepat tak dengan personaliti diri.
Nanas atau Tanpa Nanas?
Satu lagi isu yang sering dibangkitkan tentang topping piza ni - nanas atau tanpa nanas? Saya ada seorang teman yang paling pantang andai di atas pizanya terdapat hirisan nanas. Menurutnya, nanas tidak wajar diletakkan di atas piza langsung kerana akan merosakkan keenakan doh lembut bersos tomato dari Itali ini.
Saya pula berpendapat sebaliknya. Saya suka kombinasi beraneka rasa masam, manis dan savoury dalam piza saya.
Kalian pula? Ya untuk nanas atau tidak?
saya suka makan nenas sebab dia juicy. Bila makan dengan crust rangup rasa best dekat lidah. Macam betul je description peperoni tu hahaha
BalasPadamBetul, bila nanas yang berjus kita lawan dengan crust dan isi ayam atau tuna... yummehhh! Kena eh description peperoni tu? Akak pun ada beberapa kenalan yang suka piza peperoni and they fit the descriptions as well :)
Padammenarik gak kaitan topping piza dgn personaliti..saya kurang suka ada nenas sbb rasanya kuat,tenggelam rasa yg lain..
BalasPadamOh, tak suka nanas tu ganggu rasa ya.
PadamWah ada informasi menarik..hal Fizza...
BalasPadamTidak pasti sejauh mana ketepatan ciri-ciri itu dengan si pemakan piza cikgu... tetapi kalau hendak cuba apa salahnya :)
Padamwah sedapnya!
BalasPadamAlhamdulillah, memang dap dap dap!
Padamsaya suka ada nenas. memang penggemar flavour Hawaian Chicken. Makan saja asalkan tak aneh-aneh. Baru tadi baca ada blogger review Pizza Sambal Petai dari US Pizza. Nampaknya saya tak cukup adventurous nak cuba
BalasPadamHahaha piza sambal petai tu kan, akak antara dua. Akak suka petai tetapi masih ragu - aku nak ke petai atas piza aku? 🤭
Padamtulah. kena cuba baru tau onz ke tak onzz.. hehe
Padammenarik..
BalasPadam😊😊😊
Padamsedapnya bau aroma asap2 arang tuuuu..
BalasPadamsampai ke sini bau nya.. hahakk
Haa... dah terbau-bau tu kena cari piza aranglah nampak gayanya :)
PadamPilihan tu shia lebih suka beef apa saja topping tambahan xkisah janji sedap je hehee..ade nanas pn sedap juga rasa juisy ^^
BalasPadamKita geng! Sep sikit!
PadamNampak sedap sangat . Ccl pun suka juga pizza yang diletakkan potongan cube nenas
BalasPadamRasa nanas tu macam enhance flavour lain kan :)
PadamSaya suka pepperoni. Taaapi....saya xlah ceria mana. Periang pun mehh. Paling hebat saya seorang pemikir agung. Bercanggah sungguh kan haha
BalasPadamAtau mungkin sebenarnya Aiedah ni suka piza lain hahahah
PadamSedapnya pizza dibakar dalam ketuhar arang. Suka topping tuna flakes, sosej, cendawan, capsicum, nanas, mozarella & cheese cheddar. topping salmon pun suka. Sedap! Saya okay je letak nanas. Dapat topping extra cheese lagi sedap!
BalasPadamOh my... baca komen Fiza ni buat akak terasa macam nak pergi order piza pula heheh. Topping extra cheese itu satu kemestian hehe
Padamsaya suka yang ada nanas sebab tu pilihan kata DP mestilah Hawaian chicken dan kalau PZ pastinya Aloha chicken
BalasPadamYa for nanas hehehe...
BalasPadamPizza favorite Mrs.A hawaian chicken dah tentu ada nanas
Suka nanas dan cendawan.. memang sedap..
BalasPadamwajib ada nanas! baru umph gitu!
BalasPadamdah lama juga tak makan pizza
Teringin hendak makan piza guna arang.
BalasPadamOh saya tidak kisah ada nanas ke tidak.
Suka piza ada cendawan.
pertama kali mkn pizza dah ada nanas. jadi sampai laa ni mkn pizza rasanya tekak ni dah serasi kalau ada nanas ;-)
BalasPadam