Selasa, September 21, 2021

Piza Arang

Dua tiga hari ini saya masih menghabiskan makanan yang dihantar oleh kawan saya pada hujung minggu lalu. Cerita lanjut di sini. Untuk fika hari ini, saya makan dua potong piza yang dibakar menggunakan ketuhar arang. 

Alhamdulillah. Saya makan dengan gembira. Yang sebelah atas tu pepperoni dengan keju. Satu lagi tidak pasti apa perasanya. Saya suka tekstur dan aroma asap-asap pada roti piza. Dua potong di atas sekejap sahaja saya habiskan. Ada beberapa potong lagi di dapur, tetapi cukuplah dulu. Nanti terlebih makan mengantuk, terus tak jadi kerja.


Sebut tentang piza, apa toppings kegemaran kalian? Biasa tak apabila berkumpul ramai-ramai dan hendak beli piza ... sukar untuk tentukan piza mana yang hendak dipesan? 

Saya pernah baca artikel santai mengenai piza dan toppings. Pilihan toppings untuk diletakkan di atas piza dikatakan boleh menggambarkan karakter seseorang.

Misalnya, individu yang suka piza keju tanpa tambahan bahan-bahan lain seorang yang tenang, boleh dijangka dan suka berada dalam zon selesa. Orang yang suka pepperoni pula jenis yang ceria, periang dan tidak fikir perkara berat-berat.  

Bagi penggemar cendawan, kalian dikategorikan sebagai golongan yang bersikap terbuka, sangat memahami dan mudah dibawa berbincang. Yang suka pesan specialty pizza atau piza perasa baharu pula lazimnya seorang yang kreatif, adventurous dan suka mencuba.

Menarik, kan? Sejauh mana betul atau tidak, saya kurang pastilah. Jika kalian bosan-bosan, cuba cari personality test berkaitan dengan pizza toppings. Tengok tepat tak dengan personaliti diri.


Nanas atau Tanpa Nanas?

Satu lagi isu yang sering dibangkitkan tentang topping piza ni - nanas atau tanpa nanas? Saya ada seorang teman yang paling pantang andai di atas pizanya terdapat hirisan nanas. Menurutnya, nanas tidak wajar diletakkan di atas piza langsung kerana akan merosakkan keenakan doh lembut bersos tomato dari Itali ini.

Saya pula berpendapat sebaliknya. Saya suka kombinasi beraneka rasa masam, manis dan savoury dalam piza saya.


Kalian pula? Ya untuk nanas atau tidak?


29 ulasan:

  1. saya suka makan nenas sebab dia juicy. Bila makan dengan crust rangup rasa best dekat lidah. Macam betul je description peperoni tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bila nanas yang berjus kita lawan dengan crust dan isi ayam atau tuna... yummehhh! Kena eh description peperoni tu? Akak pun ada beberapa kenalan yang suka piza peperoni and they fit the descriptions as well :)

      Padam
  2. menarik gak kaitan topping piza dgn personaliti..saya kurang suka ada nenas sbb rasanya kuat,tenggelam rasa yg lain..

    BalasPadam
  3. Wah ada informasi menarik..hal Fizza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak pasti sejauh mana ketepatan ciri-ciri itu dengan si pemakan piza cikgu... tetapi kalau hendak cuba apa salahnya :)

      Padam
  4. saya suka ada nenas. memang penggemar flavour Hawaian Chicken. Makan saja asalkan tak aneh-aneh. Baru tadi baca ada blogger review Pizza Sambal Petai dari US Pizza. Nampaknya saya tak cukup adventurous nak cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha piza sambal petai tu kan, akak antara dua. Akak suka petai tetapi masih ragu - aku nak ke petai atas piza aku? 🤭

      Padam
    2. tulah. kena cuba baru tau onz ke tak onzz.. hehe

      Padam
  5. sedapnya bau aroma asap2 arang tuuuu..
    sampai ke sini bau nya.. hahakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... dah terbau-bau tu kena cari piza aranglah nampak gayanya :)

      Padam
  6. Pilihan tu shia lebih suka beef apa saja topping tambahan xkisah janji sedap je hehee..ade nanas pn sedap juga rasa juisy ^^

    BalasPadam
  7. Nampak sedap sangat . Ccl pun suka juga pizza yang diletakkan potongan cube nenas

    BalasPadam
  8. Saya suka pepperoni. Taaapi....saya xlah ceria mana. Periang pun mehh. Paling hebat saya seorang pemikir agung. Bercanggah sungguh kan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atau mungkin sebenarnya Aiedah ni suka piza lain hahahah

      Padam
  9. Sedapnya pizza dibakar dalam ketuhar arang. Suka topping tuna flakes, sosej, cendawan, capsicum, nanas, mozarella & cheese cheddar. topping salmon pun suka. Sedap! Saya okay je letak nanas. Dapat topping extra cheese lagi sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh my... baca komen Fiza ni buat akak terasa macam nak pergi order piza pula heheh. Topping extra cheese itu satu kemestian hehe

      Padam
  10. saya suka yang ada nanas sebab tu pilihan kata DP mestilah Hawaian chicken dan kalau PZ pastinya Aloha chicken

    BalasPadam
  11. Ya for nanas hehehe...
    Pizza favorite Mrs.A hawaian chicken dah tentu ada nanas

    BalasPadam
  12. Suka nanas dan cendawan.. memang sedap..

    BalasPadam
  13. wajib ada nanas! baru umph gitu!
    dah lama juga tak makan pizza

    BalasPadam
  14. Teringin hendak makan piza guna arang.
    Oh saya tidak kisah ada nanas ke tidak.
    Suka piza ada cendawan.

    BalasPadam
  15. pertama kali mkn pizza dah ada nanas. jadi sampai laa ni mkn pizza rasanya tekak ni dah serasi kalau ada nanas ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.