Kobis Masak Halia

Khamis, Disember 16, 2021

Resepi Kobis Masak Halia | Hari ini di kawasan saya mendung dari pagi. Matahari umpama main sorok-sorok pula. Lari mood dibuatnya. Setelah tenggelam beberapa hari, kononnya hari ni nak timbul semula. Masuk blog, taip padam ... taip lagi ... padam. Lemau! 😅

Semalam pun mendung lebih kurang begini. Mulalah tekak mengidam hendak makan itu ini. To be specific, saya inginkan sesuatu yang panas, sedap boleh dihirup. Tapi, tak rasa macam nak sup. Buka peti sejuk, nampak sayur kobis yang sudah siap dipotong. Cantik! Sayur stok lama sedia untuk dimasak. Biasanya di rumah ini, kobislah paling lambat habis dan lama tersimpan di dalam peti sejuk sebab tidak mudah rosak. Kami guna sayur yang perishable dahulu. Kobis masak paling akhir.

Saya basuh beras, buat nasi lembik. Lebihkan air macam hendak buat nasi himpit tu. Kemudian, sediakan hidangan kobis masak halia. 

Gambar langsung dari dalam kuali. Inilah hidangan makan tengah hari kami berdua semalam. Sedia dinikmati dengan semangkuk nasi lembik. Tabur chilli flakes supaya pedas-pedas sedikit.


Resepi Mudah Kobis Masak Halia 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sayur kobis, bergantung kepada saiz hidangan yang hendak dibuat
  • Isi ayam secukupnya
  • 3 - 5 ulas bawang putih, dicincang halus.
  • lebih kurang 3 sentimeter halia, dihiris memanjang. Saya lebihkan sedikit kerana saya suka rasa halia yang ketara. Jika ada halia muda, guna halia muda lebih sedap!
  • 1 biji tomato, dibelah lapan
  • 2 tangkai cili hijau, dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
  • garam secukup rasa
  • air masak secukupnya untuk sup/kuah


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan lebih kurang secawan air ke dalam periuk. Rebus isi ayam dengan bawang putih dan halia sehingga ayam masak.
  2. Setelah itu, masukkan hirisan kobis, hirisan tomato dan cili hijau. Masak seketika sehingga kobis lembut. Tambah sedikit lagi air jika ingin hidangan yang lebih berkuah.
  3. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Sedia untuk dihidangkan.


Boleh juga masukkan hirisan lobak merah atau lada benggala untuk tambah warna dan rasa. Letak beri goji pun bagus. Jika inginkan sup/kuah yang lebih berperisa, gunakan kiub ayam atau rebus sekali satu kaki ayam bersama dengan isi ayam. Bertambah-tambah marvelous rasanya!

Tak bertahan lama pun hidangan ini. Habis saya dan Bott ratah sekali hadap!


16 ulasan

  1. Kobis goreng camni mmg sedap makan panas2 kan....

    BalasPadam
  2. dapnye makan panas2...ada sup 2 skt..emmm..yum yum

    BalasPadam
  3. tak pernah ammi buat...tq kasi idea. At least takdelah asyik-asyik kobis tumis dengan bawang, ikan bilis je kan

    BalasPadam
  4. sedapnya. nanti nak cuba la buat menu ni

    BalasPadam
  5. Sayur macam ni ratah je pun sedap kak :)

    BalasPadam
  6. Belum pernah cuba .selalu kobis ni buat goreng biasa2 je .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi campak-campak je ni, CCL. Kalau lapar nak makan cepat... boleh buat ni :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.