Assalamualaikum. Apa khabar semua? Lama juga saya tidak bersiaran di blog ini. Sebenarnya, minggu lepas pergi cuti-cuti. Kononnya nak berehat. Cuti dekat-dekat sini je. Tak ke mana pun. Duduk di dalam bilik, baca novel, layan filem dan TV shows, cukup waktu turun pergi makan, jalan-jalan ambil angin, mengopi, ulang. Tak fikir pasal kerja, tak fikir pasal blog. Bila masuk tower, boleh buat-buat terkejut pula, "Lamanya aku tak masuk blog?" 😂
Cerita cuti-cuti cerita lain kalilah. Hari ini cerita tentang nasi goreng sardin yang sedap, menyelerakan sehingga makan bertambah-tambah. Tak cukup kalau cuma sepinggan. Hahaha ayat bukan main lagi! Saya yang masak, kalau tak sedap pun kena mengaku sedap juga. Kira masuk bakul angkat sendirilah ni.
Ala, dah nama pun lauk sardin, apa yang tak sedapnya, kan? Buatlah hidangan apa sekali pun, sandwic, gulai, pasta, nasi goreng ... asal ada sardin mesti laku.
Buka peti sejuk, ada dua tiga ketul ikan sardin lebihan sambal sardin lauk semalam. Masa untuk nasi goreng sardin! Saya memang gemar nasi goreng. Rasa-rasa malas fikir hendak masak apa, nasi goreng jadi pilihan utama. Pelbagai olahan nasi goreng boleh disediakan hanya dengan menggunakan bahan yang minima. Campak-campak pun jadi!
Nasi Goreng Sardin |
Resepi Nasi Goreng Sardin
- Nasi putih anggaran makan untuk 2 - 3 orang
- 2 ketul ikan sardin saiz sederhana besar (lenyek dan hancur-hancurkan). Hendak lebihkan lagi baik. Lebih enak dan berperisa nasi goreng sardin nanti.
- 1 labu bawang besar dipotong dadu atau 3 biji bawang merah dihiris nipis (*)
- 2 - 3 ulas bawang putih dihiris atau dicincang halus (*)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari
- Beberapa sudu besar kuah sardin dalam tin atau sos tomato. Terserah selera masing-masing. Memandangkan sardin yang saya gunakan merupakan lebihan lauk sambal semalam, saya masukkan sahaja baki sambal yang ada. Biar lebih terasa masam-masamnya, lebih kawww rasa sardinnya dan nasi goreng kita tidaklah jadi terlalu kering.
- Sedikit mentega atau marjerin untuk menumis. Biar lebih beraroma nasi goreng sardin yang disediakan. Jika tidak mahu guna mentega atau marjerin, guna minyak masak biasa pun boleh.
- garam secukup rasa
- Paanaskan marjerin atau mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan cili kisar hingga terbit minyak.
- Masukkan ikan sardin yang telah dilenyek tadi bersama sedikit kuah dan sambalnya. Biarkan masak buat seketika. Saya lebih suka kalau cebisan-cebisan sardin jadi garing sedikit.
- Seterusnya, masukkan nasi dan goreng sehingga semua bahan tumis tadi tergaul sekata.
- Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.
sama la menu..pagi tadi pun wat nasi goreng..but without sardin
BalasPadamYeayyy! Geng nasi goreng! Sep sikit!
Padammmg sedap ni.. 2-2 pun fav
BalasPadamSamalah selera kita, Kakmim :)
PadamSedap nasi goreng sardin ditumis dengan butter/mentega. Breakfast pagi tadi pun saya buat nasi goreng sardin jugak. Kacang buncis tumis kilas sedap rasa kerangupan dan kemanisannya.
BalasPadamHehehe kira naluri sardin kita sama ya! :D
PadamMemang Fiza, akak kalau dapat buncis rangup-rangup begini seronok meratah!
sardin ni dijadikan apa pun sedap..
BalasPadambegedil, cekodok, pendamping roti, semualah..
Sardin tidak pernah gagal, tidak pernah menghampakan hehehe
Padamkan.
Padamsedap sgt.
pepun, bila ada sardin, takkan menghampakan.
sedap juga makan nasi goreng sardin :)
BalasPadamantara nasi goreng kegemaran akak ni :)
PadamSelalu sarapan nasi goreng sebab nasi semalam selalu tak habis
BalasPadamBetul tu, wak. Nasi semalam tak habis, kita bawa ke hari ini :)
PadamPerfect meal. Terliur tengok. Memang bertambah dibuatnya
BalasPadamMemang bertambah. Masa ni tak ingat dah diet ke kawal makan ke... sardin punya pasal :)
PadamNasi goreng sardin memang tak cukup sepinggan. Dan kena ada telur goyang. Terus goyang diet !
BalasPadamBaru makan sambal sardin semalam. Hehe terfikir lebih an buat apa.
BalasPadamLama juga saya tak buat nasi goreng.
BalasPadamSedapnya nasi goreng sardin. Saya suka...suka sangat!
Sedapnya nasi goreng sardin.. lepas masak sambal sardin, wajib buat nasi goreng sardin..
BalasPadamsardin is always sedap bagi aida, farrah.
BalasPadamwajib ada at least setin kat rumah ni, tin yg medium tu.
but tak pernah lagi aida buat nasi goreng sardin.
wajib try ni kot ek.
folo resepi farrah ni :)