Assalamualaikum. Ahad kalian okey tak setakat ini?
Saya dua hari ini duduk di rumah sahaja. Tidak ke mana-mana. Badan rasa macam tak sihat sangat. Jadi, tak perlulah rajin sangat nak merayau. Cubalah cari mood untuk tulis entri.
Rezeki sangkut pagar ini kisah saya semalam. Pagi-pagi lagi apabila tengok cuaca cantik, saya terus grabbed Yuri untuk mandikan dia. Bulu dah macam ambal lunyai saya tengok. Sekali-sekala keliru juga, ini kucing ke tenggiling?
Tengah bergelut mandikan Yuri, tiba-tiba dapat panggilan daripada Khudri, anak jiran lama saya yang datang hantar makanan. Apabila saya cakap saya sedang mandikan Yuri (Bott pula tiada di rumah ketika itu), terus dia gelak besar dan beritahu yang dia sangkut makanan pada pagar. Sebelas tahun jaga kucing seekor ini, usaha memandikan Yuri memang tidak pernah mudah.
Selesai sesi lencun bersama Yuri (dan kemungkinan besar saya juga berjaya melengkapkan satu sesi kardio), saya keluar ambil makanan. Tersengih-sengih seorang diri apabila lihat apa yang tergantung di pagar rumah.
Lontong Pecal Saujana Utama dan Roti John Ayam
Lontong pecal dan roti John |
Lontong pecal ini memang kesukaan saya. Adalah beberapa kali kongsi mengenai hidangan ini di blog. Kalau hendak tengok bagaimana rupanya lontong pecal, boleh lihat entri - Lontong Pecal Khud Fully Vaccinated.
Rasanya kali terakhir saya makan roti John pada Ramadan tahun lalu. Jadi, apabila dapat roti John yang masih panas, rotilah yang saya makan dahulu. Lontong pecal simpan untuk makan tengah hari.
Roti John Ayam |
Terliur tak tengok? Masa ni Yuri dengan badan separuh keringnya lalu-lalang depan saya pun saya tidak perasan!
Lauk Orang Kahwin
Sebelah petang, saya merumput di belakang rumah. Tak terdengar sebarang panggilan masuk. Sesudah selesai, tengok ada pesanan Whatsapp yang maklumkan lauk kenduri untuk saya disangkut di pagar rumah. Berhampiran rumah ni, ada dewan dan homestay untuk acara perkahwinan. Biasanya, apabila usai kenduri ada lebihan lauk, memang pekerjanya akan datang hantar pada kami.
Lauk kenduri dewan sebelah |
Rezeki merasa lauk kenduri lagi minggu ini. Nasi minyak, ayam masak merah, daging kicap dan kuah dalca, menu makan malam saya.
Alhamdulillah, mudah hari saya. Semalam memang tak perlu masak langsung. Kiranya dari sarapan sehinggalah ke makan malam makanan sudah tersedia. Walaupun tinggal sendiri, perut tidak sendiri hahaha. Moga insan-insan yang bermurah hati ini akan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan ganjaran berlipat ganda.
Alhamdulillah, rezeki...
BalasPadamRasa nak cari rumah dekat dewan kenduri jugalah haha
Alhamdulillah . Rezeki tu . Gantung kuali tak perlu masak
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamRezeki tersangkut di pagar
Tak payah masak
Alhamdulillah rezeki .. Sedap pulak tengok roti john tu. hehe
BalasPadamtgk roti john mmg akn ingt bazar ramadhan dan bulan puasa.. hihi..
BalasPadamterliurnya!
alhamdulillah.. dpt merasa makanan org kawen..
Alhamdulillah.. rezeki.
BalasPadamBoleh la skip masak lagi lagi bila badan tak larat lepas tu ada rezeki menjengah macam ni...
alhamdulillah....syukur!!
BalasPadamRezeki lepas Yuri mandi tu. haha
BalasPadamDua dua makanan sangkut pagar yang sedap. Alhamdulillah, orang berkongsi rezeki kita dapat merasa sekali. Dapat bayangkan pergelutan mandikan Yuri tu. Dengan bisingnya lagi kan. Pernah mengalaminya. Tapi ada kucing yang tak takut air, cool je bila kena air tu.
BalasPadamalhamdulillah :)
BalasPadamsuka aida membacanya.
Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki mereka yang memberi.. Aamiin..
BalasPadam