Assalamualaikum.
Dari hujung minggu lepas kecoh pasal janggut! Janggut rebonding, janggut tanglung, janggut kena iron, janggut ikut sunnah, janggut Maharaja Cina … .
Tak sangka isu cambang bauk boleh jadi tular satu Malaysia. Apabila sudah tular, perkara tersebut tidak akan berakhir di situ sahaja. Mulalah sesak media sosial dengan pelbagai hantaran, ciapan dan perkongsian berkaitan janggut.
Tidak cukup itu, iklan produk untuk janggut muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pomade untuk janggut … krim untuk lebatkan janggut …. Yalah, kenalah ambil peluang sementara isu janggut masih relevan dan hangat diperkatakan. 😂
Tetapi, dalam banyak-banyak itu saya rasa hantaran infografik DBP paling mencuri perhatian saya. Pihak DBP memanfaatkan isu janggut yang kini sohor di media-media sosial untuk membawa perhatian umum kepada peribahasa lama - seperti janggut pulang ke dagu.
Peribahasa seperti janggut pulang ke dagu membawa maksud memang sudah pada tempatnya. Kalian biasa gunakan atau tidak?
Peribahasa yang membawa maksud sudah kena pada tempatnya.
- Pinang pulang ke tampuk
- Harta pulang ke tuan
- Ayam pulang ke tautan
- Tiba di rusuk menjeriau
DBP ni bagus, pandai ambil kesempatan didik masyrakat dgn respons kpd perkara-perkara tular dgn cara yang tersendiri... peribahasa, pantun dsbnya
BalasPadamlain mcm janggutnya..lepas tu kahwin pulak dgn selebriti..terus viral terok...hehe..
BalasPadampertama kali dgr peribahasa tu..tapi mcm x brp tepat kan..sbb janggut tumbuh, is not detachable item (my 2 cents)..
tambahan : bagai sirih pulang ke gagang..
hahhahaha sejak perkahwinan sorang celebriti ngan seseorang 'berjanggut'... kemain janggut bertambah2 popular skrg ni ye muahahaha
BalasPadamHidup kembali ke sunah.
BalasPadamCerita janggut sana sini
ha ha ha..lawak plak isu ni. x terbaca plak...
BalasPadamemmm...kopi haruslan tiap2 pagi...secawan pun jadi la. :-)
Rakan-rakan saya yang jantan pun lorat di Facebook pasal janggut.. Saya yang sedia ada janggut ni pun tak lorat pun.. Haha
BalasPadamHahahaa berewok
BalasPadamjangan berawek sudak
sejak heliza kahwin abang janggut.. mcm2 topik janggut dh keluar.. best juga baca hehe
BalasPadamDBP memang sentiasa updated. bab bola sepak pun selalu dibuat perumpamaan
BalasPadamTerus popular isu janggut ni. Baru tahu peribahasa janggut.
BalasPadamPenangan Heliza Helmi & Dr Mahadi
BalasPadamtu la tu.
BalasPadam1st time gambar selebriti tu lalu kat timeline aida, terfikir, "janggut palsu ke?".
lain mcm sgt nampaknya, farrah.
dah tu pakai mask plak, kan. memang lain beno la :) ha ha ha ah ha...
abah berjanggut. asben aida berjanggut. ipar duai semua berjanggut.
rambut lurus, tapi janggut maintain kerinting :)
tetiba nampak yg lurus, acaner tu? ha ha ha a ha...