Babydoll Gel Sanitizer daripada Blogger Ako Retna

Khamis, Februari 03, 2022

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, ketika saya sedang leka buat kerja di hadapan komputer, kedengaran bunyi hon yang sangat familiar. Hon motosikal adik Poslaju. 

Kelam-kabut saya dibuatnya. Mana nak cari tudung, mana nak ambil air mineral. Dalam pada tu, sempat juga berfikir-fikir barang apa? Saya tidak menjangkakan sebarang penghantaran pada hari tersebut. 

Sampai sahaja di pintu gelangsar, saya terkejut sebab selain adik Poslaju, ada adik Ninja datang menghulurkan satu bungkusan pada saya. Kebetulan pula dua-dua datang pada masa yang sama. 😂 Tak cukup tanah saya berlari balik ke dapur ambil satu lagi air mineral untuk beri pada mereka.

Selesai kalut-kalut, saya masuk dalam rumah sambung kerja. Bertanggapan yang bungkusan-bungkusan tu barang saya beli secara online (dan saya lupa hendak periksa notifikasi tentang penghantaran), saya letakkan di atas meja. Biar Bott yang buka nanti.


Beli Tudung Fazura

Dua tiga hari ini kami berdua banyak urusan di luar. Jadi, semalam baru ada masa hendak duduk dan buka parcel. Sambil pegang bungkusan yang tertera label Fazura, Bott tanya saya beli tudung Fazura untuk siapa? Tudung Fazura? Aik, salah hantarkah? Periksa nama, nama penerima memang nama saya... 

Bungkusan yang diterima 😊


Hadiah Penghargaan daripada Kak Ret

Rupa-rupanya, saya terima hadiah daripada blogger Ako Retna a.k.a Kak Ret. Nama saya terselit di tangga akhir carta Top Commentator blog Kak Ret untuk bulan Disember 2021.

Babydoll Gel Sanitizer Fazura Skincare


Ini hadiahnya. Bukan tudung Fazura tau, tetapi dua botol Babydoll Gel Sanitizer, salah satu produk di bawah label Fazura Skincare. Punyalah saya gembira! Dan dan tu masuk sebotol dalam beg tangan.

Baunya wangi. Tekstur gel jenis ringan dan tidak melekit. Lembut je apabila kena pada kulit. Gel sanitizer ini juga mengandungi ektrak kaktus untuk melindungi tangan agar tidak kering. 

Domo arigato, Kak Ret

Terima kasih banyak-banyak, Kak Ret. Saya suka! Saya suka! Sebelum ini pun dah beberapa kali merasa titipan Kak Ret yang pemurah. Moga rezeki Kak Ret bertambah berlipat ganda, dirahmati dengan rezeki kesihatan baik, rezeki hidup bahagia dan ceria selalu. 

Bagi yang belum kenal Kak Ret, jomlah ramai-ramai pergi terjah Blog Ako Tetap Ako sekarang. Saya jamin kalian pasti terhibur baca entri-entri yang Kak Ret sajikan untuk pembaca. Macam-macam cerita ada! Cerita makan-makan, cerita jalan-jalan, cerita Kak Ret dengan kawan-kawan dan yang paling mahal, cerita hero ganteng imut banget (baca: Uyum) bersama abang-abangnya.



19 ulasan

  1. Hahaha... alhamdulilah dah sampai pun hadiah nyaa!!!

    Sama2 sebab sudi jenguk2 blog kita juga :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah . Tahniah . Sanitizer pun salah satu barang keperluan juga sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt la betol.
      di mana2 aida ada sanitizer.
      handbag. kereta. meja ofis.

      Padam
  3. oh ada sanitizer dr product fazura..tahniah dpt gift top komentar

    BalasPadam
  4. Begitulah bila tak tahu ada parcel sampai. Kelam kabut jadinya nak capai itu ini. Menarik sangat hadiahnya. Alhamdulillah...tahniah Kak Farrah :)

    BalasPadam
  5. tahniah kak. moga tangan sehalus Fazura lepas ni. hihihi

    BalasPadam
  6. Bayangkan kalau dapat tudung fazura tapi tak boleh ambik sebab cari tudung tak jumpa sebab kalau nak tudung kena ambik tudung fazura tapi tak boleh ambik sebab tak jumpa tudung fazura.

    Naib baik dapat sanitizer.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Tahniah Kak Farrah. Rezeki..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dapat hadiah. Moga pengirim dan penerima terus tambah rezekinya.

    BalasPadam
  9. wah...satu idea yang cukup sebab bagi adik kurier sebotol air...

    confirm mereka selalu haus sebab kerja tempat yang panas

    BalasPadam
  10. bungkusan tudung tu memula ammi ingat bungkusan pad tadi

    BalasPadam
  11. alamak, menarik nya sanitizer ni :)
    mcm nak beli la. cantik bila letak kat handbag kan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.