Hari ini saya dan Bott minum petang dengan produk Nescafe Dairy Free. Satu oat latte manakala satu lagi almond latte. Dapat percuma sebab beli produk Nestle di Lazada. Selama ini apabila nampak di kedai atau di Lazada, tak tergerak hati pun nak beli. Yalah, sekarang memang beraneka produk minuman bebas tenusu yang ada untuk pengguna. Bukan setakat Nescafe, Milo pun dah ada produk bebas tenusu.
Nescafe Dairy Free Oat Latte dan Almond Latte |
Berbalik kepada Nescafe Dairy Free, alang-alang rezeki sudah ada di depan mata kita cubalah latte bebas tenusu Nescafe. Dua-dua sedap!
Biasanya saya akan lebih gemar susu badam. Tetapi, jika tanya saya antara kedua-dua ini yang mana lebih sedap, saya akan pilih oat latte. Ini pandangan peribadi saya sahaja. Oat latte lebih berperisa berbanding almond latte yang agak menyerlah rasa badamnya.
Dari segi kandungan gula dan kalori, tentunya ini pilihan yang lebih baik berbanding kopi dalam tin atau botol yang biasa.
Ada antara kalian yang sudah cuba? Suka yang mana?Latte dan Loukoumades Gabungan Terbaik
Loukoumades (Donat mini) |
Resepi Mudah Loukoumades Versi FAMF Tower
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan tepung naik sendiri. Memang kena guna tepung naik sendiri tau.
- 1 cawan plain yogurt atau greek yogurt
- minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)
- gula kayu manis untuk saluti donat (campuran gula halus dan serbuk kayu manis sesuai selera)
Langkah-langkah penyediaan:
- Gaul tepung dan yogurt sehingga menjadi doh. Masukkan ke dalam piping bag.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali.
- Setelah minyak panas, paipkan doh bersaiz bulatan kecil ke dalam minyak panas.
- Goreng sehingga warna bertukar kecoklatan.
- Angkat dan tuskan. Salut donat dengan gula kayu manis.
- Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah, Nescafe Dairy Free Latte dan loukoumades merupakan kombinasi terbaik untuk minum petang hari ini. Asal ada kopi, tentulah happy!
Pstt! Lama dah saya tak blogwalking kunjungi blog kawan-kawan. Tunggu ya… Insya-Allah saya akan datang singgah dan balas kunjungan dalam masa terdekat.
Ada kopi.. Senang hati ye. Hehe. Tak pernah pulak saya terjumpa 2 air ni. Kena perhati dengan lebih teliti lagi
BalasPadamKena perhati dengan lebih teliti lagi ye... hehehe ala Sal bukan jenis minum kopi sangat kan... tu yang mungkin tak perhati dengan teliti. Kalau jumpa nanti boleh cuba.
PadamBila dapat free, dapatlah merasa. Kalau nampak tu macam lambertt lagi nak membeli. Sedap pulak buat donut bulat bulat macam tu. Lagi senang nak makan.
BalasPadamBelum try lagi nescafe diary free tu.
BalasPadamComelnya donut mini tu. Kalau ada depan saya tentu berketul-ketulmasuk perut!
akak penah try nescafe ni tp mcm tak bolehh masuk he hee
BalasPadamsis kalau drive keta , mesti kena ada kopi kat sebelah. tapi x perasan pula perasan pula perasa nescafe ni. nnti nk cari n cuba juga inshaAllah Taala
BalasPadamTak pernah jumpa lagi nescafe diary free ni
BalasPadamkita tertarik sungguh dengan donat mini awak tu hahaha...
BalasPadamsusu badam ni klu badam dia terlebih rasa , mcm x sedap nak minum :D
nyaman tu pekena nescafe sejuk.. 😅
BalasPadamSaya suka yang ada badam.. Tapi yang oat tu agak mengenyangkan.. hehehe..
BalasPadamMinum pula sejuk-sejuk..
sha suka try benda baru ek?
Padambagus sgt :)
Cam jadi hobi lak.. hehehe..
Padamsedap pula tengok nescafe ni, nak beli juga satu..hehe
BalasPadamsempoi je bahan mini donat tu...ammi tak pernah beli greek yogurt
BalasPadamaida sgt jarang beli minuman selain dari nescafe original, farrah.
BalasPadamaddicted to it sehingga tak nak beli yg lain :) ha ha ha ha...
anyway, tq for sharing :)
sekrg ni dah mcm2 perisa nescafe...yg ni belumm dicuba..
BalasPadam